Sabtu, 16 Julai 2011

Melayu ini masih tertinggal bas.



Gerai ini telah didirikan beberapa bulan lepas, tetapi perniagaannya hangat-hangat taik ayam. Kini sudah tutup mungkin sebab sudah kaya atau terlalu asyik ikut ceramah politik. Mungkin juga dapat banyak upah kerana menyertai demo berShit di Kuala Lumpur.

Ini lah jadinya kalau termasuk dalam golongan orang tertinggal bas, utusan tak mahu baca. Orang lain boleh buat pinjaman perniagaan dengan Yayasan Bina Upaya, Tekun, Amanah Ikhtiar dan sebagainya, pemilik gerai ini masih seperti cerita P. Ramle dalam filem Do Re Mi.

Apakah tindakan MPT terhadap benda-benda buruk seperti ini, lokasi ini ialah tidak jauh dari toll N4, Ia juga menggambarkan betapa lemahnya pentadbiran PBT.

Bagaimana jika Tuanku melalui kawasan tersebut petang ini?