DARI MEJA KETUA PENERANGAN PERKASA DAERAH LARUT MATANG dan SELAMA, PERAK
Sejak sekian lama kita dapat melihat satu senario yang membimbangkan telah melanda umat Melayu iaitu satu trend mempengaruhi umat Melayu untuk turun berdemonstrasi di jalanan. Bangsa kita dihasut supaya menunjukkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kerajaan yang sah yang dipilih oleh rakyat melalui PRU.
Adalah lebih malang lagi apabila bangsa Melayu telah dijadikan sebagai buah catur dan berlawan sesama sendiri. Buah catur telah disusun rapi dan kita telah digerakkan oleh petualang bangsa sendiri dengan disokong oleh mereka yang memang terang-terangan anti Melayu. Lebih malang lagi golongan 'cerdik pandai' agama turut merestui percaturan ini dengan bersandarkan kepada nas dan dalil mereka. Bagi mereka tiada salahnya semua ini asalkan akan mendatangkan keuntungan politik sempit mereka.
Alangkah malunya apabila melihat bangsa Melayu terkial-kial berarak dan berdemonstrasi di jalanan dengan dikepalai oleh mereka yang bukan Melayu lagi bukan Islam. Bangsa kita telah berjaya dikerah oleh mereka untuk turun di jalanan dengan membawa anak dan isteri. Bangsa mereka sibuk mencari duit dan membina luas empayar ekonomi. Bangsa Melayu semakin jauh ketinggalan..
Tidak kira apa ideologi politik anda (jika anda Melayu), anda harus lebih sensitif dan peka serta berhati-hati dengan niat jahat mereka untuk melagakan kita sesama Melayu. Samada anda Melayu dari Umno, PAS mahupun PKR, anda harus menghentikan segera perkelahian politik kita ini kerana nyawa politik kita semakin menuju ke 'telur di hujung tanduk'. Anda masih tidak sedar atau sengaja mahu tidak sedar? Para pemimpin Melayu harus segera mencari titik tolak kearah perdamaian dan penyatuan. Ingatlah apa yang kita buat di dunia ini akan dipersoalkan di akhirat kelak. Samada Umno, PAS mahupun PKR, azab neraka Allah tetap sama jika kita melakukan kemurkaan Allah. Apa salahnya Umno, PAS dan PKR bersatu? Atau kita memang sengaja tidak mahu bersatu?
Sedarlah wahai umat Melayu janganlah kita diheret di jalanan sedangkan mereka lena dan selesa di mahligai menawan.
Fikirkanlah dengan cahaya keimanan,
MUKTHER RIZAM B AHMAD
18 JULAI 2011
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.