Khamis, 28 Julai 2011

Punca kepada malapetaka ini adalah DAP

DAP konsisten untuk merosakkan sistem yang ada hari ini. Apa yang menjadi target mereka untuk terus kekal berkuasa dengan memainkan isu-isu perkauman dan lantang menyerang institusi kerajaan yang telah terbina sedia ada.

Antara yang menjadi sasaran ialah Polis dan juga SPRM. Ini fact yang tak boleh lari dan disangkal. Seperti mana PAS yang konsisten menyerang aset kerajaan seperti Felda dan sebelum ini aset sistem pertahanan turut juga dipersoal oleh DAP.

Kengganan DAP menerima keputusan Suruhanjaya siasatan kematian Teoh Beng Hock adalah tindakan terbaru DAP untuk menyerang insititusi kerajaan. Sebelum ini, depa yang beriya-iya mendesak kerajaan supaya diwujudkan inkues dan suruhanjaya tetapi setelah kerajaan mengumumkan keputusan depa enggan menerima.

Yang menjadi persoalan apakah jika keputusan itu memihak kepada DAP dengan menjatuhkan hukuman terhadap salahlaku pegawai soal siasat SPRM akan memuaskan hati keluaga mendiang?

DAP sedar eksploitasi kematian Teoh BH adalah kesempatan politik untuk DAP mencipta sejarah tersendiri. Peluang seumur hidup untuk berkuasa penuh dalam sejarah moden negara.

Rakyat ketika ini dimomokkan dengan persepsi bahawa Teoh BH telah dibunuh ketika disoal siasat tetapi disatu sudut logik itu tidak boleh diterima memandangkan Teoh BH adalah saksi penting terhadap salah laku pemimpin DAP.

Keinginan DAP dilihat sampai kemuncak apabila ditubuhkan inkues dan suruhanjaya dengan konsistensi pemimpin DAP mencanang kepada umum bahawa Teoh BH telah dibunuh dan bukan membunuh diri bagi menyelamatkan maruah suci DAP menjadi pentadbir yang baik.

Dengan label suruhanjaya yang berstatus DIRAJA mungkin menonjolkan prestij terhadap siasatan setelah bukti-bukti yang dibawa peguam menjurus kepada salah laku pegawai SPRM.

Apa sebenarnya yang berlaku sehingga isu asas yang diperdebatkan telah hilang dan sengaja dilupakan. Isu asas yang membawa kepada Teoh BH kepada bilik soal siasatan SPRM.

Jika tidak kerana bukti dan laporan rasuah yang membabitkan Ean Yong Hian Wah, mana mungkin Teoh BH dibawa untuk diambil keterangan. Ini isu asas yang mahu dilupakan DAP bagi menyorok salah laku pemimpinnya.

Rakyat perlu faham kronologi membawa kepada Teoh BH ke pejabat SPRM untuk diambil keterangan. Baiklah jika benar sekali pun prosedur siasatan yang aggresif dan penderaan mental yang keterlaluan, itu adalah perkara biasa bagi badan pelaksana undang-undang untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki.

Jika tidak melakukan kesalahan mengapa perlu takut dan gentar.

Tak mungkin, badan enforcement diseluruh dunia mengguna pakai kaedah 'berlembut' dalam mendapatkan maklumat. Badan terhebat perisikan dan pelaksana undang-undang di US pasti ketawa jika Malaysia masih primitif kaedah siasatan.

Teoh BH telah menamatkan riwayat hidupnya bagi menyelamatkan DAP atas salahlaku rasuah. Itulah keputusan penting dan 'suci' untuk dikenang sebagai hero yang tidak didendang.