Ahad, 14 Ogos 2011

Fatwa Bodoh :



Penggunaan pembesar suara bukan agenda utama, tetapi agenda besar ialah melenyapkan syiar Islam di Pulau Tersebut. Majlis Fatwa, Malik Itik dan Salleh Man dah jadi tunggul kayu dan tidak ada kuasa lagi.

Dr Asri dan Dr Juanda juga nampaknya menyokong usaha Dap untuk menyekat penggunaan pembesar suara

Kepada semua pihak yang menyokong larangan tersebut cuba fikir perkara ini,

PA System ialah alatan yang penting dalam penyiaran. Dalam kapal terbang pun pembesar suara digunakan tetapi tidak pula mengganggu penumpang. Sekolah, Shopping komplek, pejabat kerajaan, Bank, dll semuanya menggunakan pembesar suara.

Begitu juga dengan majlis tilawah, pembesar suara digunakan untuk membolehkan penonton dalam dewan mendengar dengan jelas bacaan, oleh itu qari atau qariah tidak perlu menjerit-jerit dalam bacaan untuk membolehkan penonton yang berada di belakang atau di luar dewan mendengar bacaannya.

Qari hanya perlu membaca dengan nada dan tekanan suara yang biasa saja. Pihak yang menyokong fatwa bodoh ini telah menggunakan contoh Nabi Muhammad SAW yang menegur seseorang yang membaca Quran dalam masjid dengan nada suara yang tinggi.

Bersuara tinggi atau sengaja meninggi suara tanpa sebab sama dengan menjerit-jerit.

Bayangkan kalau jurucakap di shopping komplek yang menyebut nama anda atau menyebut nombor kereta anda yang perlu diubah dengan jeritan dan nada yang tinggi. Apa perasaan anda?

Bayangkan ceramah perdana yang dihadiri oleh Dr Asri dan Dr Juanda tidak boleh menggunakan PA system sebaliknya hanya menggunakan kekuatan anak tekak sahaja. sudah tentu tak sampai 5 minit Dr Asri dan Dr Juanda akan terbatuk batuk yang berhenti berceramah.

Cuba lihat pula Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim, Nga Kor Ming berceramah, walau pun ada PA System yang baik mereka tetap menjerit-jerit.

Adakah qari tilawah menjerit jerit tak tentu pasal dalam dewan?

Majlis Fatwa Pulau Pinang sudah pun jadi Majlis Fatwa Dap, bukan lagi Majlis Fatwa Agama Islam Pulau Pinang.

Perkara memekak dengan bacaan quran ini sering terjadi kerana pegawai masjid atau surau sengaja meninggikan volume pada PA maka bingitlah satu kawasan atau satu taman.

Bacaan quran yang merdu dan lunak pun akan hilang seri dan menyakitkan telinga.Bukan saja kepada bangsa lain yang sentiasa mencari peluang untuk tenyeh kita.

Perkara ini juga sepatutnya tidak dirujuk kepada Majlis Fatwa yang bodoh tetapi rujuk kepada Kementerian Kesihatan. Biarkan Kementerian Kesihatan Hal Ehawal Alam Sekitar menyiasat dan menentukan dB yang tidak membingitkan telinga.

Kalau nak ikut bising, penduduk Pulau Pinang juga kena komplain bunyi bising pusat-pusat hiburan yang mengeluarkan bunyi yang dB nya melebih had. Ia bukan sahaja membingitkan tetapi boleh merosakkan telinga dalam jangka masa panjang.