Beberapa hari lepas saya menerima komen dari seorang pembaca yang meminta saya menyiasat mengenai identiti Mohd Rashid Bin Ismail yang dikatakan memiliki dua kad pengenalan dalam satu masa.
Komen beliau adalah :
Salam bro, ni ade satu lagi BANGKAI yg tak abis2 nak cari kesalahan org lain, harap bro cuba ungkaikan lagi...
http://biaqpila.blogspot.com/2011/08/lelaki-misteri-boleh-undi-4-kali-di.html Sebagai menghargai keprihatinan pembaca di laman blog ini, saya cuba mendapatkan maklumat mengenai lelaki yang bernama Rashid. Jadi hari ini sedikit jawapan kenapa lelaki ini memiliki dua kad pengenalan dalam satu masa yang sama.
Kedua-dua paparan skrin di atas dimiliki oleh individu yang sama iaitu Mohd Rashid Bin Ismail, namun yang menjadi persoalan adalah mengapa individu ini memiliki dua kad pengenalan yang nombornya adalah berbeza.Hasil risikkan saya dengan 'informer' saya mendapati, ya memang benar Mohd Rashid Bin Ismail memiliki dua kad pengenalan, namun kad pengenalan 620108-08-6713 adalah berstatus TIDAK AKTIF dan kad pengenalan ini telah digunakan oleh penyamar atas ADUAN pemilik kad pengenalan ini sendiri.
Kad pengenalan bernombor 620108-08-6713 telah disenarai-hitamkan dan berstatus TIDAK AKTIF, mengapa kad pengenalan ini boleh ada dalam sistem SPR - kerana Mohd Rashid Bin Ismail pernah menggunakan kad pengenalan pertama yang dimiliki beliau untuk mendaftar pemilih.
Kad bernombor 620108-08-6713 tidak lagi boleh digunapakai dalam sebarang tranksasi atau sebagai no.pengenalan diri sama ada oleh pengadu atau pun penyamar!
Ekoran ADUAN daripada Mohd Rashid Bin Ismail sendiri, pihak JPN telah mengnyah-aktifkan kad pengenalan ini dan digantikan dengan kad pengenalan yang baru bernombor 620108-08-6991. Selepas mendapat kad pengenalan baru, Mohd Rashid Bin Ismail bertindak mendaftar sekali lagi sebagai pemilih dengan SPR. Di sebabkan itulah data yang ada dalam SPR hari ini menunjukkan Mohd Rashid Bin Ismail memiliki dua kad pengenalan berbeza.
Silapnya di sini adalah, pengadu iaitu Mohd Rashid Bin Ismail mendaftar kali kedua dengan SPR menggunakan kad pengenalan bernombor 620108-08-6991 tanpa memaklumkan bahawa dirinya sudah mendaftar sebagai pemilih sebelum ini dengan menggunakan kad pengenalan yang bernombor 620108-08-6713. Namun hakikatnya Mohd Rashid Bin Ismail sekarang ini hanya layak mengundi SATU KALI sahaja dengan kad pengenalan bernombor 620108-08-6991 kerana kad pengenalan yang diadukan digunakan oleh penyamar 620108-08-6713 tidak lagi boleh digunakan dalam sebarang transaksi kerajaan mahupun swasta kerana ianya telah dinyah-aktifkan!!! Dimaklumkan kepada saya bahawa JPN akan mengeluarkan laporan rasmi hari ini.
Lagi Politik dalam masjid (PERANAN MOHD RASHID DALAM PAS)
Kempen politik parti Pas di Masjid As-Shariff, Gombak.
Penceramah ini berasal dari Bukit Jana Kamunting dan bekas Imam Masjid Kuala Selangor
Penceramah ini berasal dari Bukit Jana Kamunting dan bekas Imam Masjid Kuala Selangor