Sebentar tadi berita TV3 jam 1.30 pm mendedahkan kemiskinan warga emas yang tinggal di rumah setinggan di jalan Tanjung Kidurong.
Rumah mereka didirikan berhampiran jirat cina. Isah berasal dari Sri Aman.
Kebanyakan penduduk setinggan di situ telah mendiami kawasan tersebut sejak tahun 80an lagi.
Kebanyakan mereka bekerja sebagai buruh binaan semasa pelbagai projek pembangunan seperti projek baja urea, petronas dan pelabuhan.
Setelah siap semua projek mereka terus menetap di kawasan tersebut.
Pihak kerajaan memang ada menawarkan tanah toll di kawasan kampung baru yang tidak jauh dari kawasan tersebut tetapi mereka enggan berpindah dengan alasan tidak mempunyai wang untuk membayar premium tanah atau membayar TOL.
Walaupun tanah TOL amat murah sewaannya mereka masih berdegil dan enggan pindah.
Sarawak adalah negeri yang paling rendah bayaran cukai tanah. Malah bayaran premium juga boleh dibayar secara ansuran dalam tempoh 10 tahun.
Warga emas tadi adalah saki baki mereka yang pernah bekerja dengan projek pembangunan Tanjung Kidurong.
Kerana kurang ilmu pengetahuan suami isteri terus ketinggalan dalam arus pembangunan dan kemajuan. Manakala rakan-rakannya yang lain kini selesa berumah di kawasan kampung tersusun yang disediakan oleh kerajaan.
Bagaimanapun kerajaan negeri perlu melihat masalah ini dan hulurkan bantuan apa juga yang patut untuk mereka. Lupakan kisah lama mereka.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.