Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, Najib dan Rosmah tidak mungkin dapat menyembunyikan penglibatan mereka dalam kes itu, sekiranya dipanggil ke mahkamah.
Ini kerana bukti menunjukkan Najib berjumpa dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan, dua hari sebelum pengadu itu membuat laporan polis pada 28 Jun 2008, mendakwa diliwat Anwar. Selain itu Saiful juga bertemu Datuk Mumtaz Jaafar iaitu pembantu khas kepada Rosmah.
Kenyataan Najib dan isterinya turut direkodkan oleh Pegawai penyiasat DSP Jude Pereira sepertimana yang diberitahu pegawai polis itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Mac lalu.
“Dalam dua-dua latar belakang ini, Najib dan Rosmah ada peranan penting dalam keseluruhan kes fitnah ini. Kalau mereka disoal siasat, saya tidak yakin mereka boleh sembunyikan konspirasi ini.
“Ia akan mengesahkan pendapat rakyat bahawa mereka terlibat dalam keseluruhan konspirasi fitnah ini.
“Kita tahu di mahkamah, soalan akan ditanyakan secara khusus, sebab itu mereka tidak berani tampil sebagai saksi,” kata Rafizi kepada Keadilandaily.
Tambahnya lagi, Najib sepatutnya menggunakan peluang yang ada untuk membersihkan imejnya dengan hadir ke mahkamah, namun ternyata mengelak berbuat demikian.
“Kalau betul Najib tak terlibat dia boleh hadir sebagai saksi kerana ia baik untuk imejnya dan Rosmah. Lebih baik tampil di mahkamah berikan keterangan yang betul,” katanya.
Sementara itu, beliau turut menyatakan kes itu hanya mengulangi semula skrip pada 1998 dengan beberapa watak masih dikekalkan.
“Kaedahnya sama dari segi cara , malah watak-watak dari 1998 juga adalah orang yang sama seperti Musa Hassan (bekas Ketua Polis Negara) dan Rodwan Yusof (bekas Ketua Polis Melaka).
Justeru mahkamah akan memutuskan Isnin ini sama ada permohonan Anwar memanggil 15 orang saksi termasuk Najib dan Rosmah untuk dibawa ke mahkamah dibenarkan atau sebaliknya.
NOTA KAKI:
RAFIZI RAMLI sekali lagi menjadi ayam sabung Anwar dalam isu liwat Anwar vs Saiful. Rafizi dan ramai lagi balaci dan macai Pas dan Pkr diseru untuk terus mainkan isu keengganan Najib, Rosmah, bekas IGP Musa Hassan dan Rodhwan Yusof untuk turun ke mahkamah sebagai saksi kes liwat Anwar Saiful.
Anwar sudah pun didapati bersalah oleh mahkamah ( sekarang Anwar perlu membela diri ) atas tuduhan meliwat Saiful. Tuduhan liwat kali ini lebih kuat berbanding kes liwat Azizan Abu Bakar pada tahun 1997 dahulu.
Kes liwat Anwar dan Azizan, doktor tidak menemui sebarang sampel DNA dalam dubur Azizan tetapi dakwaan Azizan diliwat sebanyak 18 kali adalah benar. Ia kerana pemeriksaan dubur menunjukkan memang terdapat kesan liwat. Ia juga termasuk pemeriksaan dubur terhadap mangsa liwat yang lain seperti Sukma dan juga benggali Pakistan yang menjadi penulis teks ucapan Anwar.
Bukan kes liwat sahaja yang berjaya dibongkar oleh polis, ia juga termasuk aktiviti seks Anwar dengan wanita-wanita lain termasuk isteri orang yang bekerja di butik Sukma. Hasil siasatan membuktikan Shamsidar juga terlibat dan mengaitkan saksi utama kes iaitu Dato Nallakarupan.
Nala ialah paling naya kerana dalam mencari bukti-bukti kes seks yang melibatkan Anwar, pihak polis telah menemui pistol dan peluru yang disimpan secara haram oleh Nala di dalam peti besinya. Nala akhirnya merengkok di dalam penjara kerana kesalahan menyimpan senjata api tanpa lesen.
Anwar merengkok dalam penjara kerana salah guna kuasa dalam dengan mengarahkan polis mengikut telunjuk beliau dalam memanipulasikan kes liwat dan salah laku seks yang didedahkan oleh Ummi Hafilda.
Anwar didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 2(1) Ordinan 22 (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1970 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman maksimum penjara 14 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Seramai 52 saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan terhadap beliau atas empat pertuduhan rasuah bagi melindungi salah laku seksnya.
Perbicaraan yang sepatutnya berjalan dengan aman dan baik akhirnya menjadi huru hara kerana penyokong Anwar telah membuat demontrasi jalanan (Reformasi mendedah Tun Mahathir meletak jawatan) dan lapan belas hari kemudian pada 20 September beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam negeri (ISA) kerana para penyokongnya mencetuskan kekacauan di Kuala Lumpur selepas satu perhimpunan haram. (berlaku episod mata lebam)
Akan tetapi dalam kes liwat terhadap Saiful, Anwar gagal mencetus huru hara di jalanan seperti 1998. Kejayaan Anwar hanya bertahan beberapa jam sahaja pada 9 Julai 2011 yang lalu dengan memperdajalkan Ambiga dan PASBODOH dalam agenda berShit 2.0.
Rafizi Ramli hanya berusia 21 tahun sewaktu Anwar dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan pada ketika itu Rafizi hanya seorang pelajar kolej di Scotland sebelum memasuki Leed University. Apalah yang dia tahu tentang Anwar.
Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dimaklumkan oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden bahawa Najib dan Rosmah,akan hanya ditemubual jika mereka disepina dengan alasan mereka bukan saksi utama. Ia termasuk juga bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas ketua polis Melaka Datuk Mohd Rodhwan Yusof.
Inilah yang membuatkan Anwar menjadi gusar dan mengajak macai-macai Pas dan Pkr yang tak berapa kerat untuk menghentam Najib suami isteri dan juga bekas pegawai polis kanan.