Jumaat, 16 September 2011

Apa kata PAS tentang ucapan Najib? PAS kantoi

YAB Dato Seri Najib Razak telah menggemparkan tanah air dengan ucapan berani mati beliau sempena Hari Malaysia esok.

Ucapan khas yang sebelum ini hanya dirakam dalam studio sahaja tetapi melalui transformasi politik Najib telah membuat perubahan dimana ucapan disampaikan dihadapan saf kepimpinan kerajaan samada dari mereka yang menggubal undang-undang dan kakitangan yang melaksanakan hasarat dan cita-cita kerajaan.

Cuma bezanya Najib berdiri tegak di rostrim dan membaca teks melalui dua layar kaca di kiri dan kanan beliau.

Ia berbeza dengan Anwar Ibrahim sewaktu melancarkan program Demi Rakyat beberapa bulan lepas. Anwar berpakaian santai dan mundar mandir di atas pentas dengan pasukan sorak di kiri kanan pentas seperti CEO Apple sedang mempromosi produk baru mereka.

Sebenarnya tidak ada pun kejutan, apa yang disebut oleh Najib tadi bukanlah datang dari beliau seorang, sudah semestinya Najib telah mengarahkan bijak pandai yang arif dengan undang-undang negara untuk merangka satu hala tuju baru sesuai dengan kematangan 54 tahun penubuhan Malaysia.

Manusia bersifat baharu dan hanya Allah yang maha besar kekal abadi selama-lamanya. Setiap yang baru akan berubah mengikut masa.

Anak yang lahir kedunia, terus membesar menjadi remaja akhirnya menjadi ayah, nenek dan akhirnya kembali menemui maha pencipta, tetapi walau pun kita sudah tiada didunia ini wajah kita, susuk tubuh kita akan diwarisi oleh anak cucu kita untuk beribu tahun lagi, selagi kita diizinkan Allah menghuni muka bumi ini.

54 tahun negara terbentuk dan pelbagai peristiwa telah menjadi lipatan sejarah yang akan dibaca oleh anak cucu kita. Pahit, manis , getir, semuanya akan menjadi pedoman dan teladan.

Ambil contoh kisah Bukit Kepong, walaupun serangan komunis terhadap anggota polis dan kaum keluarga mereka berlaku dalam tempoh satu hari tetapi ia dikenang untuk seribu tahun lagi. terima kasih kepada YB Senator Tan Seri Dr Jins Samsudin .

Tan Seri Dr Jins Samsuddin juga telah mencipta sejarah untuk dirinya dan negara Malaysia kerana berjaya menterjemahkan peristiwa pembunuhan kejam oleh pengganas komunis melalui filem. Tidak lupa juga sekalung tahniah buat Tan Seri Dr P Ramlee yang berjaya dengan hasilnya dalam file Sargent Hassan.

54 tahun juga negara diancam oleh Parti Pas dan 43 tahun juga negara diancam oleh Dap dan kemuncaknya berlakulah peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969.

Negara juga 13 tahun diancam oleh revolusi jalanan yang diasaskan oleh seorang lagi pengkhianat bangsa iaitu Anwar Ibrahim.

Hari ini Pas, Dap dan Pkr telah bergabung dan berjaya menggegarkan negara dalam PRU 12 pada 8 Mac 2008 lalu.

Kerajaan BN dilanda tsunami politik dan BN hilang 4 lagi negeri setelah Kelantan jatuh kembali ke tangan Pas dalam PRU 1991.

Pembangkang telah menggunakan desakan demi desakan jalanan atau revolosi jalanan untuk menuntut itu dan ini.

Dato Fuad Hassan dalam ucapan beliau dalam satu perhimpuan di PWTC berkata, mereka menuntut sampai ke dalam rahim dan kita tidak boleh bertolak ansur dengan desakan demi desakan kerana bimbang kita akan ditolak beransur-ansur dan akhirnya kita hilang segala-galanya.

Toleransi ada batas dan hadnya, 7 wasiat raja-raja melayu harus diamati dan difahami oleh semua bangsa yang bernama warganegara Malaysia. Kami tidak menuntut hak orang lain, kami mempertahan hak kami sahaja.

Akta ISA Internal Security Act (Malaysia) telah dihapuskan oleh Najib sebentar tadi. Kita jangan lah terperanjat. Akta ISA ini terlalu luas istilah dan maksudnya. Akta ISA pertama kali digunakan ialah pada tahun 1948 untuk membendung ancaman komunis PKM.

Jumlah tahanan ISA tidak seramai manapun, jumlahnya jauh lebih kecil daripada pengguni pusat serenti atau pemulihan dadah, juga jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan mereka yang berada di dalam penjara.

Sejak tahun 1960 akta ISA telah dipinda sebanyak 20 kali supaya ia sesuai dengan keadaan dan keselamtan semasa.

Mereka yang ditahan bukan sahaja yang terlibat dengan kegiatan subversif tetapi juga mereka yang terlibat dengan pengedaran dadah, percetakan wang haram, kumpulan militan seperti Daulah Islamiah, pemalsuan dukomen dan pasport antarabangsa, penyeludupan pendatang tanpa izin, perdagangan manusia, kumpulan haram seperti HINDRAF , dalam Ops Lalang dan Ops Talkak ramai ahli-ahli politik ditahan.


Pada malam ini 15 September 2011, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan terus dan digantikan dengan undang-undang baru yang lebih bersesuaian dengan hak asasi manusia dan lebih efektif dalam menandingi masalah keganasan.

Beberpa bulan kebelakangan dilihat akta ISA tidak lagi kuat dan mereka yang ditahan berjaya mencabar kerajaan di mahkamah dan mangsa tahanan dibebaskan melalui  habeas corpus.

Oleh itu kerajaan melihat bahawa Akta yang sudah dipinda 20 kali itu sudah tidak releven lagi. Beberapa jam selepas pengumuman tersebut perbincangan maya oleh pengamal-pengamal media sosial seperti BBM, Facebook , twitter hangat memperkatakan pro dan kontra.

Itu pendapat masing-masing. Bagaimana pun Najib bukan lah berseorang dalam membuat keputusan ini. Ia adalah hasil perbincangan yang cukup profesional oleh mereka yang arif akan sismtem perundangan ini. Percayalah , apa yang diumumkan oleh Najib harus dilihat kebaikannya dari pelbagai sudut.

Kita hendaklah melihat daripada mata burung helang yang nampak dari segenap sudut, baik buruknya atau istilah yang lebih tepat ialah conceptualization.

Hari ini pembangkang keliru dengan ISA, mereka ingat ISA hanyalah untuk menahan mereka yang terlibat dalam politik pembangkang sahaja. Kita harus ingat bahawa Najib sendiri hampir ditangkap oleh Polis kerana insiden TPCA di Kampung Baru.

ISA tidak kira siapa, Umno, Pas, Dap, Mca dan lain-lain parti politik, jika ia mengancam keselamatan negara akta ISA boleh dikenakan kepada mereka dengan tahanan selama 60 hari. 

Justeru, jangan risau dan jangan melatah, tarik nafas panjang-panjang dan cuba berfikir secara positif.

Paling seronoknya malam ini Harakah terus respon dan mereka seperti biasa buat lawak bodoh,

  1. Salahudin Ayub atau Din Pudu berkata "Kerajaan didesak mohon maaf kepada rakyat yang pernah ditahan di bawah ISA.  Punya bangang sungguh Din Pudu. Ini bermakna kerajaan kena mohon maaf kerana menahan pembuat wang palsu, pengedar dadah, kumpulan militan dan sebagainya- apa punya baghal Din Pudu......
  2. Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata " Najib tunduk kepada Buku Jin-Gay. (Pas buat buku Hijau tu pula tunduk kepada Dap.........hua hua bengong punya Pas,
  3. Dr Dzulkifli bangang pula berkata ' Najib akui demokrasi negara pincang.....OOOiii Dr Dzul! Hang dapat doktor dari universiti mana? beli ijazah guna pos kut? Sebelum kutuk orang cuba lah cermin diri sendiri dulu. Pas telah menukar konsep negara Islam kepada negara kebajikan tu pasai apa? 
Akhir kata dengan ucapan tadi,  Pakatan Pembangkang mati kutu , terduduk cetok tak boleh bangun lagi. Apa lagi modal mereka nak kutuk kerajaan. tranformasi politik fasa baru telah diperkemaskan oleh Najib.

Nak komplen BN barang naik pun dah tak boleh lagi. Hari ini orang Pas sendiri pergi membeli barang di kedai 1 Malaysia, bila sakit pening pergi ke klinik 1 Malaysia. Tak lama lagi mungkin Najib akan perkenalkan bank 1 Malaysia dan pajak gadai 1 Malaysia. tunggu dan lihat sahaja.







Sebarang pindaan akta perlu mendapat persetujuan daripada Ahli Dewan Rakyat yang akan bersidang dalam masa yang terdekat.