Pakatan Pembangkang yang terdiri daripada Pas, Dap dan Pkr ternyata cakap tak serupa bikin. Masih terngiang-ngian ditelinga bagaiman mereka terutama Anwar Ibrahim yang melaungkan slogan good governance and transparency tetapi hari ini mereka yang mengkhianatinya. Malah hampir tidak lagi kedengaran slogan tersebut dimainkan dalam kempen Demi Rakyat.
Kempen Demi Rakyat pula menukar strategi dengan memperalatkan anak-anak muda seperti Peguam Fadiah Nadwa Fikri, Yassin Brothers, Pak Jabit aka Pak Turut, Vernon Kerdit bekas pengurus Ning Baizura dan ramai lagi untuk terus mengkritik kerajaan. Dalam dialog mereka pun tidak lagi menyebut slogan tersebut.
Hari ini kita dikejutkan lagi dengan berita panas dari pihak Dap supaya pakatan menutup mulut daripada membuat sebarang kenyataan awam mengenai perebutan kerusi Dewan Rakyat dan Dewan Dun.
Kita tahu dari dahulu lagi bahawa gabungan ketiga-tiga parti ini tidak seikhlar BN yang mempunyai 14 gabungan parti. Mereka pula hanya 3 parti dan sepatutnya pengagihan kerusi cukup mudah untuk dikongsi sama banyak, setiap parti ambil 74 kerusi selesai masalah.
Pembahagian kerusi yang begitu mudah pun tak dapat diputuskan kerana mereka masing-masing mempunyai agenda sendiri.
Pas dari tahun 1990 dan 1995 lagi telah berkata mereka hanya ingin bersama Dap adalah untuk menjatuhkan kerajaan BN sahaja, mereka tidak percaya kepada Dap yang anti Islam. Setelah BN jatuh baru lah mereka akan memikirkan tentang kuasa yang patut dikongsi bersama Dap. Ketika ini Semangat 46 masih bersama Pas.
Dalam PRU 1999 Pas sekali lagi bersekutu dengan Dap dan juga parti baru milik Anwar Ibrahim iaitu parti keadilan. Keadilan menang kesemua 5 kerusi yang dipertandingkan.
Percakaran dalaman antara Dap, Pas dan Pkr amat ketara selepas mereka menang besar dalam Pru 12. Dap berjaya mempengaruhi undi Cina untuk tidak memangkah MCA dan Gerakan. Mereka berjaya melaga-lagakan dan menakut-nakutkan kaum Cina 2 tahun sebelum Pru 12.
Strategi Dap berjaya cuma mereka gagal kerana kesedaran pengundi Cina amat rendah ketika itu. Bayangkan seminggu sebelum 8 Mac 2008 terdapat ramai anak-anak muda cina datang ke pejabat Pos untuk mendaftar kononnya untuk membolehkan mereka mengundi.
Dalam PRU 13, Dap ternyata sudah siap siaga untuk menang besar, Pas dan Pkr akan dilihat sebagai pelengkap kemenangan sahaja.
Dalam tempoh terdesak ini ketiga-tiga parti ini akan merencanakan strategi tikam belakang. Dap nak tikam Pas dan Pkr, Pas dan Pkr pun sama. Cuma degree Pkr semakin merudum kerana mereka sudah nampak parti itu sebenarnya sudah rebah dan tidak bernyawa. 2011 Pkr langsung tidak mengadakan persidangan lagi diperingkat cabang, ranting dan batang, sedangkan sekarang sudah 3 suku tahun.
Berikut adalah petikan akhbar mengenai ketidak sefahaman parti pakatan haram .
DAP Rabu meminta pemimpin dan anggota pakatan PKR-DAP-PAS tidak membuat sebarang kenyataan terbuka tentang rundingan mereka berkaitan peruntukan kerusi bagi pilihan raya umum akan datang.
Naib pengerusi dan pengerusi biro pilihan raya DAP Tan Kok Wai berkata para pemimpin dan anggota pakatan pembangkang perlu mematuhi resolusi bersama yang dicapai pada pemukiman kepimpinan pakatan pembangkang pada 19 Julai 2011 agar rundingan mengenai pengagihan kerusi dibuat secara dalaman dan mengelak daripada membincangkannya atau mengkritik anggota gabungan lain secara terbuka.
"Anggota DAP diingatkan bahawa sebarang perselisihan pendapat yang tidak dapat diselesaikan di peringkat kepimpinan negeri, dirujuk kepada kepimpinan pakatan pembangkang peringkat kebangsaan untuk diselesaikan.
"Sehubungan itu, para pemimpin dan anggota DAP dinasihati supaya mengelak daripada membuat sebarang kenyataan terbuka yang boleh dilihat seolah-olah anggota pakatan -- PAS, PKR and DAP -- berbalah mengenai pengagihan kerusi," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata semua anggota pakatan itu perlu menjunjung dan memupuk semangat perpaduan, kerjasama dan saling mempercayai yang menjadi asas pakatan mereka.
"Pada peringkat ini, rundingan mengenai peruntukan kerusi di pelbagai negeri masih berjalan dan belum dimuktamadkan. Bagaimanapun, kemajuan positif telah dicapai untuk memuktamadkan peruntukan kerusi dalam kalangan anggota pakatan pembangkang bagi pilihan raya umum akan datang," katanya.
Tan berkata kepimpinan pakatan akan membuat pengumuman pada waktu yang sesuai sebaik saja proses rundingan mengenai pembahagian kerusi dimuktamadkan.
Rundingan pembangkang mengenai pengagihan kerusi tidak mengalami kebuntuan di sekurang-kurangnya lima negeri walaupun pemimpin mereka di peringkat negeri bertungkus-lumus cuba menyelesaikan perbezaan pendapat dan ini menyebabkan tercetus berita sejak beberapa hari lepas bahawa wujud perbalahan dalam kalangan mereka.
Pakatan PKR-DAP-PAS masih belum dapat memuktamadkan rundingan mengenai pembahagian kerusi untuk mereka tandingi di Johor, Pahang, Sarawak, Perak dan Kedah hingga menyebabkan para pemimpinnya meminta diberi lebih banyak masa untuk menyelesaikan perbezaan pendapat, kebanyakannya berhubung tuntutan bertindih.
Pada Pilihan Raya Umum 2008, pakatan pembangkang itu memenangi 82 kerusi Parlimen, dengan PKR muncul sebagai parti pembangkang terbesar setelah menguasai 31 kerusi. DAP mempunyai 28 kerusi dan PAS, 23.
Pas masih berangan-angan untuk menjadi Perdana Menteri kerana Hadi Awang yakin akan mendapat 60 kerusi. Mahukah Dap atau Pkr menyerahkan jawatan Perdana Menteri sekiranya Pkr menang 97 kerusi dan Dap 65 kerusi?