Khamis, 8 September 2011

Idham Lim mengkritik lawatan Najib ke Istana Kehakiman

Petikan dari blog Cina Islam (Pas)

Saya ingin menjawab kenyataan oleh Datuk Seri Najib Razak berkenaan hasratnya mahu membersihkan sistem kehakiman Negara sekaligus mahu menyatakan kepada seluruh warga bahawa malaysia adalah sebuah Negara yang bersih dari sebarang penyalahgunaan kuasa terhadap jentera kerajaan khususnya mahkamah.

Bagi saya ucapan tersebut adalah kesinambungan pemimpin Bn yang terus menerus berusaha mengaburi mata rakyat bagi mendapatkan sokongan setiap kali pilihanraya akan menjelang.

Ianya sekadar pemanis mulut tanpa app-apa tindaklan dan peruban yang sewajarnya sejak 54 tahun negara merdeka. Kata Najib kepercayaan rakyat boleh terhakis bukan sahaja kepada sistem kehakiman tetapi juga kepada kerajaan secara keseluruhannya jika berlaku kepincangan dalam pentadbiran mahkamah. 

Walhal pada hakikatnya mahkamah malaysia sejak Negara diterajui oleh Tun Mahathir, sistem perundangan semacam hanya untuk rakyat, manakala pimimpin tertinggi Negara kebal terhadap sebarang siasatan, jika disiasat sekalipun ia hanya berlaku secara bersyarat.

Sistem kehakiman yang sepatutnya menjadi simbol keadilan yang paling telus di Negara kini telah berlaku sebaliknya apabila perlembagaan berhadapan dengan pemimpin Umno-Bn .

Di sekeliling kita ada banyak kes-kes yang berprofil tinggi yang tidak disiasat secara telus dan adil, bahkan banyak darinya tergantung tanpa keputusan yang jelas.

Begitu juga dalam krisis politik di Perak telah menyebabkan semakin terhakis kepercayaan rakyat terhadap badan kehakiman malah mendapat cemuhan demi cemuhan yang tidak sewajarnya.

Puluhan kes yang melibatkan krisis politik di Perak satu piun tidak menyebelahi Pakatan Rakyat dan menimbulkan seribu persoalan yang sukar dijawab .

Bagi saya walaupun PM Najib mengumunkan NKRA untuk memerangi rasuah diutamakan dengan mewujudkan 16 Mahkamah Khas Rasuah sekalipun, jika sistem ini berada dalam penguasaan BN, selagi itu badan kehakiman boleh dimanipulasi.

Sebagai bukti, jika benar NKRA ini digubal sedemikian rupa, persoalannya mengapa apabila negara sepatutnya menyambut ketibaan seorang peguam terkemuka dari Perancis (Wiliam Bourdon) yang hadir bagi mendedahkan skandal pembelian kapal selam Scorpene, tiba-tiba dihantar pulang ke negaranya dengan tanpa sebarang alasan yang jelas?.

Pengusiran Wiliam Bourdon menggambarkan ketakutan kerajaan pimpinan Najib Razak, sepatutnya beliau (Najib) tidak perlu khuatir kerana peguam ini mahu dedahkan penjenayah sebenar mengenai isu rasuah besar yang telah berlaku dalam Negara,

Sebagai pemimpin hasrat ini perlulah dialu-alukan demi membuktikan ucapannya untuk memerangi jenyah itu. Adalah tidak munasabah jika tindakan tersebut dilakukan jika tidak ada pemimpin BN yang terlibat dengan skandal rasuah .

Kenapa mereka perlu menghalau keluar seorang yang masuk ke dalam negara kita secara sah kalau bukan sesuatu isu yang sedang menghantui benak pemikiran beberapa orang pemimpin negara.

Sehinggakan perbicaraan dan laporan kes tersebut bakal dibicarakan di mahkamah London, ini mengambarkan bahawa mahkamah malaysia sudah tidak berfungsi sebagai mahkamah.

Maka tidak hairanlah mengapa Najib begitu teruja menyatakan perasaan bangganya terhadap prestasi badan kehakiman Negara seperti yang dinyatakan dalam ucapannya.

Inilah sikap talam dua muka pemimpin Negara (Umno-BN). Sedangkan pada realitinya mahkamah Malaysia walaupun segala bukti dibentangkan bagi perbicaraan sesuatu kes, setelah segala dokumen dikemukakan, segala fakta ditunjukkan,semuanya perlu ditentukan oleh orang atasan yang berkepentingan sebelum kes berjalan di mahkamah.

Jelas Parti Melayu ciptaan British ini terlalu kotor, bukan sahaja kotor luaranya, bahkan kotor dari akarnya, dan pernah dikatakan oleh bekas Presidennya sebagai busuk sampai ke usus.

Maka rakyatlah perlu jawab segala persoalan ini, dan rakyat juga punyai kuasa untuk menghalang sistem rimba yang korup ini, Merekalah yang menaikkan dan menjatuhkan pemimpin setiap kali pilihanraya.

Oleh itu tolaklah BN yang saban tahun "menternak pemimpin yang rasuah".

Drs Khalil Idham Lim Parit Buntar,
8 September 2011.

Kritikan Idham Lim atau Cina Islam adalah merujuk kepada lawatan Najib ke Istana Kehakiman seperti dua artikel berikut

KUALA LUMPUR 7 Sept. – Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi hari ini menyangkal laporan portal berita propembangkang, The Malaysian Insider mengenai lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Istana Kehakiman sebagai tanda campur tangan politik dalam badan kehakiman negara.

Zaki berkata, hakim-hakim kanan yang lebih lama dalam perkhidmatan seperti Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum juga sependapat bahawa lawatan itu bukanlah satu ‘campur tangan politik’ seperti yang didakwa.

Menurut beliau, Perdana Menteri sebelum ini, termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad juga pernah menghadiri dialog dengan badan kehakiman dalam usaha menambah baik sistem pentadbiran kehakiman negara.

Katanya, kerajaan bertanggungjawab dalam soal pentadbiran contohnya membiayai pembinaan dan penyelenggaraan bangunan mahkamah serta kelengkapan sistem Transkripsi Rakaman Mahkamah (CRT).

“Perdana Menteri adalah ketua badan kehakiman bagi tujuan pentadbiran terutama dalam soal peruntukan kerana beliau akan mewakili kami di Parlimen. Ia adalah fakta yang tidak boleh dinafikan. “Selama ini, beliau (Najib) sentiasa menjarakkan hubungan dengan pihak hakim tetapi kini, mungkin memikirkan bahawa saya akan bersara tidak lama lagi, maka dia sudi melawat kami. Itu sahaja.

“Kerajaan membelanjakan banyak wang bagi memantapkan badan kehakiman. Bukankah sesuatu yang wajar untuk beliau memastikan bagaimana peruntukan itu dibelanjakan? Adakah kami akan terpengaruh dengan hanya minum teh bersama Perdana Menteri?,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan The Malaysian Insider bertajuk PM tea’s with judges implies political tempering, say legal eagles pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Tahunan Majlis Hakim-Hakim Malaysia 2011 di sini, hari ini.

Zaki turut mempersoalkan kenyataan bekas Presiden Majlis Peguam, K. Ragunath yang mendakwa bahawa sesi bergambar hakim bersama Najib akan memburukkan imej badan kehakiman berkenaan sebagai sebuah badan bebas. “Adakah salah bergambar?

Saya mengambil gambar bersama Najib setiap kali kami bersama-sama menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara atau ketika bertemu majlis berbuka puasa rasmi.

“Adakah ini membuatkan saya menjadi kurang bebas? Sedangkan saya tidak menghadiri mana-mana majlis politik atau yang berbau politik.

“Najib sebelum ini tidak pernah melawat kami di Istana Kehakiman sehingga ada hakim berasa kecewa apabila ketua kerajaan tidak datang melawat,” tegasnya.

Menurut Zaki, pertemuan minum petang itu bukan sesuatu yang dirancang sebagai satu acara dalam persidangan tahunan Majlis Hakim kali ini, tetapi mereka hanya dimaklumkan bahawa Perdana Menteri mahu melawat Istana Kehakiman pada minggu lalu.

Sementara itu, beliau berkata, kemajuan yang dikecapi badan kehakiman negara hari ini adalah hasil sumbangan semua warga badan kehakiman terdiri daripada hakim-hakim dan staf sokongan badan tersebut.

Zaki berkata, semua itu dicapai hasil kerjasama semua pihak dalam badan tersebut sebagai sebuah pasukan. “Walaupun mungkin ramai menyangka idea-idea pembaharuan dan inovasi yang dibuat adalah idea peribadi saya, namun ia tidak benar. “Idea itu datang daripada hakim pengurusan lain.

Kami memikirkan bersama bagaimana untuk menambah baik badan kehakiman dan hasilnya telah berjaya membawa kemajuan yang besar,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa Bank Dunia dalam laporannya dua hari lalu, mengakui keberkesanan sistem kehakiman negara ini dalam mengurangkan kes tertunggak, sekali gus boleh dicontohi negara lain. - Utusan



PUTRAJAYA 7 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan di bawah pentadbiran beliau amat menghormati dan memahami keperluan kebebasan sistem kehakiman di negara ini.

Tegas Perdana Menteri, pihaknya komited kepada pelaksanaan sistem kehakiman yang bebas kerana ia adalah asas utama kepada kejayaan membina mana-mana negara.

"Sebenarnya dalam menimbang untuk membuat lawatan kerja ke Istana Kehakiman ini, saya mengambil sikap berhati-hati supaya tidak timbul sebarang tanggapan atau perspektif negatif mengenai hubungan antara badan eksekutif dan badan kehakiman.

"Jalinan hubungan ini bukan hanya perlu sempurna tetapi ia juga perlu nampak sempurna," katanya ketika berucap sempena melakukan lawatan kerja kali pertamanya ke Istana Kehakiman di sini hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi.

Sempena lawatan itu, Perdana Menteri meluangkan masa melawat Istana Kehakiman yang siap dibina pada Julai 2003 dan diduduki sepenuhnya pada November tahun yang sama.

Najib berkata, beliau hanya bersedia melakukan lawatan kerja ke Istana Kehakiman tersebut apabila menerima undangan daripada Zaki sendiri.

Malah, beliau menambah, Zaki sendiri menganggap lawatan itu tidak akan memberi sebarang tanggapan atau perspektif negatif dari masyarakat umum.

"Saya berani buat lawatan ini apabila Ketua Hakim Negara (Zaki) yang mengundang dan beliau menyatakan tidak ada masalah kerana pertemuan seperti ini pernah berlaku sebelum ini," katanya.

Beliau berkata, tujuan lawatan kerja beliau itu untuk meninjau dengan lebih dekat pembaharuan-pembaharuan yang telah dilaksanakan oleh badan kehakiman di negara ini di bawah pimpinan Zaki.

"Melalui pengamatan saya dan juga penerangan oleh Tun Zaki, saya percaya badan kehakiman telah melangkah ke satu tahap yang membanggakan terutama menerusi usaha-usaha yang dilakukan untuk mengurangkan kes-kes tertunggak," katanya.- Utusan

Nota Kaki:


Lihat perbezaan kenyataan Cina Islam di bawah dengan kenyataan sebenar Najib; 


"kepercayaan rakyat boleh terhakis bukan sahaja kepada sistem kehakiman tetapi juga kepada kerajaan secara keseluruhannya jika berlaku kepincangan dalam pentadbiran mahkamah. " -Cina Islam


"saya percaya badan kehakiman telah melangkah ke satu tahap yang membanggakan terutama menerusi usaha-usaha yang dilakukan untuk mengurangkan kes-kes tertunggak,"- Kenyataan sebenar Najib.


Satu lagi isu yang dimainkan oleh Makloh ini ialah isu pengusiran peguam hak asasi manusia dari Perancis yang hadir untuk memberi ceramah di Pulau Pinang, ceramah bagaimana menentang kerajaan. Peguam tersebut disifatkan sebagai peguam kes penyelewengan kapal selam scorpene.  


Lim terus menyelar sistem kehakiman kononnya puluhan kes yang melibatkan krisis politik di Perak satu pun tidak menyebelahi Pakatan Rakyat dan menimbulkan seribu persoalan yang sukar dijawab ( Tolong Buktikan wahai Idham Lim )


Suaram executive director Cynthia Gabriel (C) and Fadiah Nadwa Fikri (R) call Bourdon’s deportation “arbitrary”. — Picture by Yow Hong Chieh
Suaram executive director Cynthia Gabriel (C) and Fadiah Nadwa Fikri (R) call Bourdon’s deportation “arbitrary”.
Wiliam Bourdon sebenarnya ialah peguam hak asasi manusia yang dibawa masuk oleh Anwar Ibrahim dan Cynthia Gabriel orang kuat Suaram yang menyokong pembangkang untuk satu sesi ceramah politik di Pulau Pinang.

Oleh itu ia menjadi hak sesebuah negara untuk mengahalang kemasukan sesiapa sahaja yang bertujuan mengganggu gugat negara.  Gabriel meyatakan kes pembelian kapal selam akan difailkan di Perancis ternyata satu pembohongan politik semata-mata.