Kontroversi berkenaan syarikat berkaitan kerajaan atau GLC nampak-nya tidak pernah reda sejak kepimpinan terdahulu.
Jika dahulu sebuah syarikat kecil seperti ECM Libra dibenarkan 'menelan' syarikat milik kerajaan Avenue Capital tanpa penjelasan ynag sewajarnya, kini muncul pula beberapa kes yang baru.
Pembelian 30% saham E&O Berhad oleh Sime Darby Berhad untuk satu jumlah yang tidak masuk akal sama-sekali harus di-siasat pihak kerajaan kerana terdapat pelbagai bukti kukuh yang menunjukkan ke-arah jenayah komersial, iaitu 'insider trading'.
Isu penukaran saham atau penggabungan MAS dan penerbangan tambang murah Air Asia, seperti yang di-utarakan rakan saya YB Wangsa Maju, juga menjadi suatu tanda tanya yang besar.
Saya berpendapat isu ECM Libra dan Avenue Capital masih belum selesai dan harus di-siasat semula bersama Sime Darby – E&O, MAS – AirAsia serta kontroversi yang melibatkan Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Tan Sri Zarinah Anwar serta suaminya Datuk Azizan Abdul Rahman - kerana individu yang sama kelihatan terbabit dalam kontroversi – kontroversi terkini.
Tuan Yang DiPertua,
Sepertimana yang di-cadangkan untuk menjamin penerimaan sepenuhnya dasar transformasi di kalangan penjawat awam, pegawai tertinggi GLC juga harus di-pantau dengan lebih dekat agar kuasa ynag melampau tidak menjurus ke-arah amalan rasuah dan salahguna kuasa.
Pegawai GLC yang terbukti menyeleweng harus di-ambil tindakan yang tegas agar ianya menjadi pengajaran kepada yang lain, manakala yang di-ketahui terlibat dalam kes penyelewengan tetapi kurangan bukti untuk di-sabitkan kesalahan harus di-pindahkan serta-merta ke-jawatan lain.
Baru-baru ini timbul pula ura-ura tentang penyalahgunaan kuasa yang berleluasa serta penyelewengan dalam syarikat GLC telekom Malaysia Berhad.
Mungkin Menteri yang berkenaan boleh menjawab, apakah benar Menara TM di Bangsar serta Menara Celcom di Jalan Semarak (kedua-duanya milik TM) telah di-jual?
Saya harap cerita ini hanya khabar angin sahaja namun berdasarkan tingkahlaku mereka yang menerajui GLC – GLC kita yang lain, saya tidak terkejut langsung dengan khabar ini.
Sekali lagi saya ingin mendesak agar skandal penggabungan ECM Libra dan syarikat GLC Avenur Capital di-siasat semula kerana adalah mustahil untuk mana-mana pihak untuk menguasai sebuah GLC dengan asset tunai melebihi 3 BILLION ringgit tanpa apa-apa bayaran tunai, walaupun 1 ringgit.
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara pernah menyiasat skandal ECM Libra – Avenue Capital ini namun kesudahan-nya agak terbantut dan isu-isu yang kontroversi masih belum terjawab sehingga hari ini.
Saya mendesak agar Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara membuka kembali fail lama ini bagi mengelak GLC lain daripada menjadi mangsa permainan silap-mata yang serupa.
Janganlah wujud keadaan di-mana penjawat awam bergaji rendah harus patuh kepada segala garis panduan dan tatacara manakala yang menerima imbuhan ratusan ribu ringgit bebas menyeleweng syarikat kerajaan dengan bantuan penyangak dari luar.
Kita harus adil dalam perkara ini dan bukan-nya mengamalkan sikap pilih kasih seperti dalam parti DAP.
Wakil Rakyat biasa, bekas aktivis HINDRAF, di-gantung serta-merta selama enam bulan kerana cadangan ingin menukar rupa-bentuk Jalur Gemilang dalam Facebook tetapi Ketua Menteri yang memburukkan negara dan bercakap berbohong bebas tanpa apa-apa tindakan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.