Ahad, 13 November 2011

Isu Tanah Setinggan KTM Taiping

Isu tanah KTM ini telah dipanjangkan oleh En Ismail kepada Portal Aduan Rakyat Online dan menyebabkan Perak Today turun untuk menemui mereka. Selepas ini TM akan terjah Pegawai Daerah Taiping, Gamuda MMC, Exco Perak iaitu YB Dato Mohammad Zahir dan YB Dato Rusli Hussin. Tujuaannya ialah untuk mencari kebenaran.

Arahan perpindahan dan bayaran sewa rumah dibuat zaman 11 bulan pemerintahan Pakatan Rakyat, bukan BN

Tanah setinggan KTMB 
September 21st, 2011 | Author: admin


Kami penduduk penduduk setinggan tanah keretapi tanah melayu (KTM) yang terlibat dengan projek landasan berkembar yang berjumlah seramai 339 buah rumah dan keluarga bermula pada 2008 di arahkan mengosongkan tanah terbabit dan KTM membuat perjanjian dengan penduduk dengan mengatakan rumah mampu milik yang mana terdahulu.

Kami diberi pampasan berjumlah RM1000 untuk berpindah dan sewa rumah berjumlah RM300 selama 2 tahun sehingga rumah mampu milik di siapkan.

Tetapi setelah 2 tahun berlalu rumah yang dijanjikan tidak dapat disiapkan lagi dan ditambah setahun lagi hingga tahun 2011 bulan 6. Selepas itu kami yang seramai 339 keluarga tidak lagi di beri duit bayaran sewa umah.

Rumah mampu milik yang dijanjikan hanya tingal janji sahaja. Kami sekarang ini masih menyewa lagi. Belum ada penempatan yang tetap untuk kami seperti yang di janjikan. Kami semua telah diarah keluar dari rumah sewa kerana tidak mampu lagi membayar sewa. Kemana lg kami hendak pergi dan tinggal?

Pejabat Tanah Taiping pun menipu kami. Dia berjanji untuk memberi tanah kepada kami semua. Pajabat tanah memanggil Gamuda untuk mengambuskan lombong dengan tanah-tanah yang Gamuda telah korek itu untuk kompus kembali lombong itu.

Selepas itu kami diarahkan membayar kami duit sukat sebanyak RM650.00.dan dari Taiping pergi ke Ipoh untuk membuat pembayaran tersebut dengan kenderaan sendiri. Selepas itu kami di panggil dan diugut sesiapa yang tidak membayar dalam tempoh 2 bulan dari tarikh tersebut namanya akan disingkir.

Selepas tiu pajabat tanah melakukan cabut undi hanya di atas kertas. Kami yang tidak mampu bayar duit sukat sebanyak RM650.00 kerana kami penduduk miskin tidak dilayan sangat.

Selepas duit sukat selesai kami disuruh lagi membayar duit premium sebanyak RM1300.00. Kemudian diugut lagi sesiapa yang tidak menjelaskan dalam tempoh 2 bulan namanya akan disingkirkan lagi.

Mana dia janji KTM yang termaktub dalam surat akur janji. Janji KTM dengan penduduk dan kerajaan untuk menyediakan rumah mampu milik hinnga ke hari ini tidak dilaksanakan.

Kemana kami hendak pergi lagi sekarang ini? Banyak yang duduk di rumah sewa kena halau oleh tuan rumah. Kami dah pergi kepada semua wakil rakyat Taiping sampai ke Raja Muda kami ada hantar memorandon tetapi tidak dijawab.

Kepada timbalan perdana menteri pun kami ada hantar memorandum tetapi tidak dijawab juga. Kepada Datuk Zambry menteri besar Perak juga kami hantar tetapi tiada sebarang jawapan. Hanya diam membisu. Macam mana dengan kami ini sekarang ini?

By: ismail






Kerajaan tidak lepas tangan isu sewa setinggan KTMB

IPOH 12 Mei - Kerajaan negeri tidak pernah lepas tangan dalam menangani isu sewa rumah penduduk setinggan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Larut Matang, sebaliknya mengambil inisiatif menyambung bayaran bantuan tersebut yang tamat pada Jun tahun lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kamunting, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri juga telah mengemukakan permohonan kepada kerajaan Pusat supaya bantuan sewa rumah sebanyak RM300 itu yang sepatutnya berakhir Jun ini disambung kepada setahun atau enam bulan lagi.

"Mengenai hanya 80 peratus penduduk yang mendapat tawaran bagi mendapatkan tanah di Kurnia Jaya Tambahan pula, itu tidak benar kerana bilangan yang tidak memperolehnya kurang daripada 10 peratus. Segelintir sahaja tidak melepasi saringan Pejabat Tanah kerana ada yang telah mendapat tanah lain sementara terdapat juga salah seorang daripada pasangan suami isteri yang telah memperolehnya.

"Selain itu, ada juga yang memiliki tanah tetapi menyewakan rumah kepada orang lain," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, semalam.

Mohammad Zahir berkata, mana-mana keluarga yang mempunyai tanah lain tetapi mempunyai bilangan anak yang ramai boleh membuat rayuan bagi mendapatkan tanah di Kurnia Jaya Tambahan.

Mengulas mengenai dakwaan bahawa tanah yang diberikan itu jauh dari kawasan bandar serta tidak selamat, beliau menafikannya dengan mengatakan ia hanya mengambil masa 15 minit untuk berjalan kaki ke pasar raya Econsave, Kamunting dan hanya 10 minit ke bandar Taiping jika memandu.

Selain itu, beliau berkata, setakat ini, hanya 50 ke 60 peratus sahaja daripada kira-kira 339 penduduk terbabit yang telah melunaskan pembayaran khidmat juruukur.

"Ada pihak yang mengatakan ia terlalu mahal selain ada yang memohon untuk membuat bayaran ansuran. Namun, bagi penduduk yang tidak mampu untuk membina rumah sendiri, kita akan mendirikan rumah transit untuk mereka.

"Namun, mana-mana yang memenuhi syarat, boleh difikirkan untuk mendapatkan Rumah Mesra Rakyat di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) atau rumah kos rendah," katanya
.
View Larger Map