Rabu, 9 November 2011

JGN CAMPURI URUSAN AGAMA ISLAM

By PB

NGO dan badan-badan bukan Islam diminta jangan menimbulkan isu amalan orang Islam menyembelih lembu di kawasan sekolah sempena sambutan Hari Raya Korban. Ini kerana tindakan sedemikian menyentuh sensitiviti keagamaan, apatah lagi ibadah tersebut telah diamalkan sejak sekian lama.

Kontroversi terbaru ini dibangkitkan apabila Majlis Perundingan bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) mengeluarkan pandangan rasmi meminta umat Islam supaya tidak meneruskan amalan korban secara terbuka.

Tindakan tersebut antara lain menyebabkan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya melahirkan rasa kecewa kerana beliau melihat ia sebagai mencampuri amalan agama lain.

Beliau berpendapat lebih baik mereka jangan campur tangan, sebaliknya jika terkilan sedikit sebanyak cuba diselesaikan secara tertutup.

MCCBCHST pada Jumaat lalu mengeluarkan kenyataan menggesa supaya amalan menyembelih lembu-lembu tidak diteruskan di kawasan sekolah dan tempat-tempat awam.

Mereka kurang senang apabila ia dilakukan di hadapan penduduk dan pelajar berbilang kaum dan budaya, kerana ia tidak mengambil kira sensitiviti kanak-kanak sekolah dan masyarakat majmuk Malaysia.

Persoalannya mengapa perlu dibangkitkan perkara ini sekarang, walhal amalan tersebut dilakukan sejak puluhan tahun dahulu.

Kita tidak perlu dihadapkan dengan satu lagi isu dan kontroversi yang menunggang landasan 'hak asasi manusia'.

Sesuatu perlu dilakukan bagi menyekat keceloparan sesetengah pihak yang bertindak mengkritik dan mencampuri urusan agama Islam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.