pelajar IPT yang dihasut oleh Anwar, dijemput ke rumah untuk diberi motivasi |
SHAH ALAM- Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) sedia meminta maaf atas tindakan mereka menurunkan bendera berwajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi bersyarat.
Presidennya, Ahmad Syukri Abdul Razab berkata, tindakan mahasiswa menurunkan bendera selama lima minit itu juga membawa mesej jelas bahawa perdana menteri perlu serius terhadap suara mereka.
"Pendirian kami, tidak akan meminta maaf tetapi kami akan meminta maaf jika kerajaan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan memberi autonomi kepada univerisiti.
"Bukan sahaja kami, bahkan seluruh mahasiswa akan berterima kasih jika ia dapat dimansuhkan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.
Selain itu, Syukri turut mempersoalkan tindakan 'bisu' Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin dalam isu Auku dan meminta agar beliau bersuara.
Katanya, Khaled seolah-olah berselindung disebalik timbalannya, Datuk Saifuddin Abdullah dalam isu yang melanda mahasiswa ini.
"Kami tiada masalah dengan Datuk Saifuddin malah beliau merupakan ikon yang perlu dihormati oleh semua pihak.
"Bagaimanapun, saya bersimpati dengan beliau yang seolah-olah menjadi mangsa kepada orang yang tidak membuat kerja," katanya.
Beliau turut mendesak agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Khaled untuk mengeluarkan kenyataan berhubung isu Auku.