Harakah
Bersaksikan puluhan ribu rakyat Kelantan malam tadi Datuk Seri Anwar 
Ibrahim menegaskan beliau dan keluarga tidak akan lari meninggalkan 
negara biar pun berdepan dengan kezaliman yang menjijikan.
“Saya, anak dan isteri tidak sekali-kali meninggalkan negara ini biar pun berdepan dengan  penghinaan yang begitu rupa.
“Saya telah mengadakan perjumpaan keluarga melibatkan isteri, anak 
dan menantu telah mencapai keputusan ini. Cuma mereka bimbang sekiranya 
saya sekali lagi dipenjara akan dicederakan seperti pernah berlaku 
sebelum ini.
“Kalau saya lari orang lain pula akan kena. Saya telah menjelaskan 
kepada rakan-rakan di luar negara rakyat bukan marahkan saya tetapi 
segelintir pemimpin yang rasuah dan zalim,” katanya pada program Amanat 
Terakhir di padang Majlis Daerah Machang.
Hadir sama Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw, Pengarah Pilihan
 Raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin 
Nasution Ismail, Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, anggota 
Exco, Dr Muhammad Fadzli Hassan dan pemimpin-pemimpin PAS dan PKR.
Pada 9 Januari ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mengumumkan 
keputusan perbicaraan kes liwat versi II selepas perbicaraan yang penuh 
kontroversi berlangsung tahun lepas.
Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, beliau dipelawa 
rakan-rakan di Turki dan negara Arab yang bersedia memberi tempat 
kepadanya memandangkan penganiayaan dan penghinaan terhadapnya masih 
berterusan.
Katanya, Perdana Menteri Turki, Tayyid Erdogan ada mempelawanya 
mendapat perlindungan di negara itu dan begitu juga rakan-rakan di 
negara Arab.
Bagaimanapun kata beliau Erdogan lebih memahami suasana sebenar 
kerana beliau juga pernah dipenjarakan oleh pemerintah Turki sebelum ini
 kerana pendakwaan yang bermesej politik.
“Begitu juga dengan apa yang saya hadapi sekarang, lebih kurang sama 
dengan Erdogan alami sebelum  beliau berada di kedudukan sekarang 
sebagai pemimpin utama Turki,” ujarnya.
Oleh itu beliau berharap rakyat dan penyokong Pakatan bermunajat 
kepada Allah kerana segala keputusan dan tindakan di bawah 
penguasaanNya.
Seng Giaw sebelum itu memberitahu dua hakim yang pernah mengadili 
perbicaraan kes liwat I iaitu Datuk Augustine Paul dan Datuk Ariffin 
Jaka sudah meninggalkan dunia.
 KEBANYAKAN YANG HADIR ADALAH TONGONG-TONGONG PAS YANG DAHULU NYA BERTEPUK TANGAN DAN BERSORAK BILA MAT SABU SEBUT ANWAR ALJUBURI WAL LIWATI AL BONTOT TAHI.
SEKARANG PUAK-PUAK YANG SAMA JUGA BERTAKBIR UNTUK ORANG YANG PERNAH DI CACI MAKI DAHULU.
PAS MUNAPEK....
