Aspan bersama Lim Kit Siang dan Sakmongkol 47 |
Dua ahli politik cari makan dalam Umno kini sudah pun berada dalam parti Dap. Orang yang dimaksudkan ialah Aspan Alias dan Ariff Sabri aka Sakmongkol 47, tapi yang menjadi fokus malam ini ialah Aspan Alias dari Negeri Sembilan yang dah nampak bahawa BN akan kalah di negeri tersebut.
Oleh kerana beliau nampak Dap boleh berkuasa dengan bantuan dan sokongan Pas, maka beliau cepat-cepat menyertai Dap dengan harapan dapat menjadi menteri besar. Ini yang banyak diperkatakan oleh orang yang mengenali beliau.
Aspan merupakan orang yang sangat setia kepada Tengku Razaleigh Hamzah. Bayangkan lah Ku Li merupakan bekas menteri kewangan sebelum menubuhkan parti S46. Aspan tetap setia bersama Ku Li hidup dan matinya adalah Ku Li. Ke bulan ke bintang Ku Li pergi disitulah Aspan berada.
Aspan pernah hidup senang lenang di bawah ketiak Ku Li. Beliau mendapat banyak AP untuk mengimpot kereta dari luar. Berapa pula kekayan dan harta Aspan selepas mendapat AP dari Menteri Kewangan, Hanya Allah sahaja yang mengetahui. Bukan wang ringgit malah setiap teguk air dan setiap sebiji nasi yang masuk ke perutnya adalah datang dari Umno.
" Ingat lah Aspan, masa awak susah dahulu siapa yang tolong awak, adakah Dap bagi AP dan bantu awak? Berani kah kamu bersumpah dalam masjid yang melayu dan Umno tak pernah tolong awak? "
Mungkin hari ini Aspan sudah jatuh miskin dan menyalahkan melayu/ mno yang memerintah sejak 1957. Kegagalan orang Melayu dalam perniagaan adalah salah diri sendiri bukan kerajaan. Orang Cina berjaya dalam segala bidang pun kerana pemerintahan Umno dan Bn.
Cumanya orang Cina tidak berbelanja melebihi pendapatan. Aspan mungkin sebaliknya, dapat 10 juta belanja 20 juta, itu lah sebabnya hari ini beliau miskin dan terpaksa mengemis dengan Dap untuk meneruskan kelangsungan hidup beliau. Apa lagi nak diharapkan kepada Ku Li yang sudah sampai ke penghujung jalan.
Aspan bagaikan dedalu terpaksa mencari pokok lain untuk menumpang hidup. Berikut ialah apa yang ditulis olehnya petang tadi.
Sejak merdeka isu Melayu berkumandang, Melayu tidak kemana juga
Isu Melayu tetap menjadi bahan kempen UMNO dan BN semasa kita sedang menanti tarikh muktamad pilihanraya yang akan datang. PRU boleh jadi hampir atau mungkin lambat lagi. Mungkin Najib menangguhkan PRU ke13 ini sampai akhir penggal pada bulan mac 2013. Terpulang kepada beliau untuk menentukannya.
Yang saya hendak sebut hanya tentang isu yang dimainkan oleh UMNO dan BN sekarang ini dan isu yang paling jelas ialah isu keselamatan dan masa depan orang Melayu. Isu ini digunakan setiap kali pilihanraya diadakan. Ia semata-mata untuk menakutkan orang Melayu untuk meninggalkan UMNO dan memberikan sokongan ke pihak lain. Ia menunjukkan kegagalan UMNO untuk memberikan penyelesaian terhadap isu Melayu ini.
Sejak mencapai kemerdekaan ini sahajalah isu yang dimainkan. Ia merupakan lagu lama yang sudah jarang didengar. Lagu ini kita dengar bermusim sahaja, iaitu semasa pilihanraya diadakan. Ianya adalah seperti lagu lama nyanyian Momok Latif dan anak muda sekarang ini sudah tidak suka mendengarnya lagi.
BN sudah kehilangan isu dalam keadaan ‘defensive’ yang sedang mereka alami sekarang ini. Sejak berpuluh tahun dahulu kita mendengar isu ini tetapi Melayu tetap dalam keadaan ketinggalan. Pemimpin-pemimpin besar negara adalah orang Melayu, Ketua Setiausaha Kementerian-kementerian orang Melayu, KSN orang Melayu, Ketua Polis Negara orang Melayu, Ketua Turus Angkatan Tentera orang Melayu, pegawai-pegawai Daerah orang Melayu.
Apa lagi? Wakil-wakil rakyat dan penggubal dasar majoritinya orang Melayu. Tetapi kenapa Melayu masih layu? Segala-gala kuasa dan kemudahan diberikan kepada penggubal dasar Melayu serta pelaksana Melayu tetapi Melayu tetap ketinggalan. Pemimpin-pemimpin dan parti yang sama juga yang terus menerus melaungkan isu untung nasib Melayu tetapi sedarkah mereka yang mereka yang bertanggungjawab diatas kegagalan Melayu untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa bukan Melayu.
Kini pilihanraya sudah hampir dan isu ini kembali berkumandang. UMNO mengakui yang mereka merupakan segala-galanya untuk orang Melayu. Kalau benar UMNO itu adalah segala-galanya kenapa Melayu masih menjadi pengemis bukan sahaja kepada bangsa asing malahan kepada parti mereka sendiri yang bernama UMNO itu. Kenapa orang Melayu masih begitu takut untuk berubah sedangkan kegagalan UMNO begitu nyata, telah gagal untuk memperjuangkan orang Melayu.
Sampai bila Melayu hendak menunggu kejayaan pemimpin yang merupakan pemimpin-pemimpin Melayu dalam UMNO itu? Melayu diseru bersatu untuk kesinambungan dan kemajuan masa depan dan Melayu telah bersatu selama 5 dekad. Tetapi semasa Melayu bersatu bersama mereka mereka menggunakan kesempatan untuk kepentingan politik peribadi. Ramai yang tidak berkelayakan untuk pemimpin telah menjadi pemimpin kerana Melayu bersatu.
Tak kemana juga orang Melayu. Maka sekarang Melayu telah ramai yang mengambil keputusan untuk masih bersatu, tetapi kali ini mereka mahu bersatu di luar UMNO. Orang melayu kini sudah menjadi Melayu yang bermaklumat. Maka mereka mula mengubah haluan bukan kerana saja-saja untuk mengubah haluan tetapi UMNO telah memaksa mereka untuk meninggalkan keyakinan terhadap UMNO itu untuk mencari penyelesaian untung nasib mereka diluar UMNO yang telah mencengkam pemikiran mereka sejak berdekad-dekad yang lampau.
UMNO tidak boleh diyakini lagi untuk menggalas tanggungjawab untuk memajukan mereka. Hanya pengundi-pengundi didesa-desa pendalaman sahaja yang masih cekal dengan UMNO atau pun mereka yang masih mempunyai mentaliti desa itu. Ahmad mungkin telah keluar bandar meninggalkan desanya tetapi Ahmad tidak mampu untuk mengeluarkan ‘mentality’ desanya untuk bersama-sama untuk mengayuh kehadapan untuk mencari kemajuan dalam dunia yang begitu ‘competitive’ ini.
Apabila UMNO sedar yang Melayu dan rakyat tidak lagi memberikan dukungan kepada mereka, maka UMNO menggunakan segala tektik kotor untuk mengekalkan kuasa. Cara dan sikap pimpinan UMNO disetiap peringkat ini menampakkan tanda-tanda yang mereka akan menjadi pembangkang.
Berbalik kepada isu Melayu tadi, kita ingin bertanya kepada semua umat Melayu, kenapa UMNO gagal memperjuangkan Melayu sedangkan inilah isu yang kononnya diperjuangkan mereka sejak lama dahulu.
Saya yakin, sekarang ini sudah ramai yang mampu untuk memberikan jawapannya serta penyelesaian terhadap isu ini.