Ahad, 8 April 2012

Akhirnya kerajaan Selangor menyalahkan diri sendiri

Pada hari pertama berlaku banjir, kerajaan negeri meminta kerajaan persekutuan bertanggung jawab untuk menyelesaikan masalah dan tuntutan kediu ialah meminta RM 1 billion untuk menangani masalah banjir. Tiba-tiba kerajaan negeri hanya mampu menyediakan setakat RM 5 juta sahaja.

Banjir di Selangor bukan lah masalah kerajaan persekutuan, tetapi masalah yang disebabkan oleh kerajaan negeri yang terlalu kedekut untuk membelanjankan wang rakyat. Mereka berbangga dengan wang resab berjumlah hampir RM 2 billion dalam perbendaharaan negeri tetapi kebajikan rakyat tidak dipedulikan.

Semua jenis saliran dan perparitan adalah dibawah PBT dan perlu dibersihkan mengikut jadual. Pas pula lagi haprak, dalam harakah dok bantai Noh Omar dalam isu banjir. Ini bukan jawapan menyelesaika masalah banjir sengaja mengaitkan untuk tujuan politik.

Pas kalau tak menyalahkan orang lain, bukan lah Pas namanya. Dulu di Kota Bharu berlaku banjir besar, Pas menyalah orang Kota Bharu kerana memilih Zaid Ibrahim sebagai wakil rakyat.

Banjir di Kedah  pun Pas menyalahkan BN kononnya BN yang meluluskan banyak lesen balak, walhal mereka lah yang meluluskannya.  Perangai Pas lebih menapek dan lebih yahudi dari yahudi.

Berikut adalah dua petikan dari media pembangkang untuk rujukan,

Khamis April 5, 2012
Kerajaan Selangor Peruntuk RM5 Juta Untuk Program Tebatan Banjir Di Klang
SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor meluluskan peruntukan segera RM5 juta bagi program tebatan banjir di bandar Klang, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. beliau berkata usaha itu perlu dengan mengambil kira banjir kilat yang melanda Klang pada 30 Mac di Kampung Delek, Telok Gadong, sebahagian Pandamaran, Kota Alam Shah, Selat Klang dan Taman Seri Andalas. "Penyelidikan dan kajian dijalankan pihak-pihak berkaitan mengenai banjir yang berlaku di Klang dan kita perlu utamakan kawasan-kawasan yang perlu dimasukkan dalam program tebatan banjir itu. "Negeri ini mendapati bahawa lebih daripada RM20 juta diperlukan bagi tebatan banjir di Klang sahaja dalam usaha mengurangkan kemungkinan banjir dan RM5 juta itu adalah peruntukan awal. "Kita jangka tebatan banjir akan dijalankan minggu depan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di sini, Khamis. Abdul Khalid berkata kerajaan negeri juga meluluskan peruntukan RM3 juta bagi membantu 2,500 keluarga mangsa banjir dengan setiap isi rumah mendapat RM500. - BERNAMA


 Pusat didakwa sekat usaha atasi banjir di Selangor 02 Apr 2012
SHAH ALAM, 2 April: Tuduhan Datuk Seri Noh Omar yang menyalahkan Kerajaan Negeri Selangor ekoran kejadian banjir kilat di Klang menunjukkan  mentaliti pemimpin UMNO-Barisan Nasional yang sentiasa mempolitikkan isu.Tetapi, mereka tidak memberi sebarang idea untuk penambahbaikan dan menyelesaikan masalah.Malaysia beriklim khatulistiwa yang menerima hujan lebat melebihi 2000mm setahun. Justeru,  masalah banjir perlu diatasi secara holistik oleh Kerajaan Pusat dan mana-mana kerajaan negeri, kata Exco kerajaan negeri, Ronnie Liu .Di Selangor, katanya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bertanggungjawab menyelesaikan masalah banjir. Namun begitu, JPS adalah jabatan persekutuan yang berada di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Oleh itu, dana dan peruntukan pengurusan dan pembangunan adalah datangnya dari Kerajaan Pusat, tambah beliau.
Menurut beliau, peruntukan untuk JPS di Selangor telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) manakala Kerajaan Negeri hanya bertanggungjawab kepada pembayaran gaji pegawai dan kakitangan JPS yang bekerja di negeri ini."Ini bermakna semua urusan pembangunan dan pengurusan sungai adalah tanggungjawab Kerajaan Pusat termasuk kerja-kerja tebatan banjir," dakwanya.Walaubagaimanapun, kata Exco kerajaan tempatan itu, menyedari masalah banjir adalah besar maka Kerajaan Negeri Sejak 2008, telah menguatkuasakan peraturan bahawa sebarang projek pembangunan perlu dibuat mengikut kejadian dataran banjir 50 tahun.Ini berbeza  dengan amalan  pentadbiran negeri terdahulu yang tidak mengikut dataran banjir 50 tahun.Kerajaan negeri terdahulu juga tidak mempunyai pelan pembangunan yang teratur. "Justeru, banjir kilat baru-baru ini merupakan hasil dari produk pembangunan yang dilakukan oleh mereka," dakwa Ronnie.Menurut beliau, kerajaan Negeri Selangor sudah berbincang dengan JPS dan dimaklumkan JPS telah memohon RM1 billion daripada Kerajaan Pusat bagi menyelesaikan masalah banjir ini termasuk menjalankan kerja-kerja pengurusan, pembersihan dan penyelenggaraan sungai.
Peruntukan ini telah dimasukkan dalam RMK-10 tetapi apa yang mendukacitakan kita ialah permohonan ini bukan dianggap permohonan penting oleh Kerajaan Pusat malah permohonan ini dikategorikan tahap ketiga.Lebih malang lagi, tambahnya, meskipun ada seorang menteri dari Selangor iaitu Noh Omar tetapi beliau gagal menekankan kepentingan dana RM1 billion diturunkan ke Negeri Selangor.Beliau bukan sahaja gagal memastikan peruntukan disalurkan malah  beliau cuba menyalahkan pegawai dan kakitangan profesional JPS, katanya. "Persoalaannya, bagaimana JPS mampu melaksanakan tugas dengan baik  jika Kerajaan Pusat  menyekat peruntukan ini dan Noh Omar pula tidak melihat peruntukan ini penting kepada rakyat Selangor khususnya di daerah Klang?" soal beliau.Bagi Ronnie, memperkecilkan kakitangan JPS bukan jalan terbaik menyelesaikan masalah banjir.Malangnya, tambahnya, apabila berlaku musibah seperti bencana alam seperti ini,  pemimpin BN tanpa usul periksa menyalahkan kakitangan kerajaan.Bagi Ronnie, Noh Omar tidak jauh beza dengan mantan Menteri Besar, Dr Khir Toyo yang menuduh Unit Perancang Ekonomi (UPEN) menyerahkan konsesi air kepada Puncak Niaga sedangkan seluruh negara tahu keputusan ini dibuat oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri ketika itu.Noh Omar tidak perlu berdolah-dalih dalam isu ini. "Jika beliau jujur untuk membantu rakyat Selangor, beliau perlu mendesak Kerajaan Pusat menyalurkan segera peruntukan RM1 biliion kepada JPS supaya masalah banjir dapat diatasi segera," katanya.

Sekarang baru nak bertanggung jawab untuk menyelesaikan masalah selepas ditimpa bala akibat kerakusan pemimpin dalam kerajaan negeri.