IKYS kena tutup
Oleh Shaarani Ismail
shaarani@bharian.com.my
2010/07/18
IKYS dibina untuk membantu anak golongan berpendapatan rendah mendapat latihan kemahiran.
Selangor dakwa institut kemahiran rugi
|
KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor kelmarin menutup Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) di Sungai Besar, yang menyebabkan masa depan kira-kira 280 pelajar, kebanyakannya berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dari seluruh negeri itu, terjejas.
Penutupan IKYS yang mula beroperasi pada Januari 2000, dipercayai berpunca daripada dakwaan kerajaan pakatan pembangkang bahawa ia tidak memberikan keuntungan kepada Yayasan Selangor dan kerajaan negeri.
Pelajar yang tidak berpuas hati kerana terpaksa berpindah ke sebuah kolej lain membabitkan kos tinggi, mengadu kepada Barisan Nasional (BN) Selangor.
Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, mempertikai kan alasan bahawa institut itu tidak menguntung-kan yang disifatkannya sebagai tidak munasabah.
“Keuntungan adalah alasan yang amat tidak munasabah kerana seperti kita sedia maklum, penubuhan yayasan bukanlah bermat-lamatkan keuntungan.
“Pembinaannya adalah untuk membantu anak golongan berpendapatan rendah yang tidak berpeluang menyambung pengajian ke peringkat tinggi mendapatkan latihan kemahiran di institusi disediakan kerajaan negeri iaitu Yayasan Selangor.
“Memang sasaran kerajaan negeri (pada ketika itu) untuk membantu anak golongan miskin mendapatkan latihan di IKYS supaya mereka dapat dibela bagi mengubah taraf kehidupan mereka,” katanya kepada Berita Minggu, semalam.
Menurutnya, satu himpunan rakyat bagi membantah penutupan IKYS akan diadakan di hadapan kampus berkenaan, hari ini yang turut dihadiri semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Selangor.
Dr Mohamad Khir berkata, IKYS dibina dengan kos sebanyak RM25 juta di kampus tetapnya di Sabak Bernam selepas berpindah dari kampus sementaranya di Kuala Selangor dengan nama Institut Kemahiran Selangor sebelum ditukar kepada IKYS pada 2005.
Katanya, apa yang dipersoalkan adalah masa depan pelajar itu yang terpaksa berpindah ke kolej baru iaitu Kolej Antarabangsa INPENS di Kuala Selangor yang akan membabitkan kos pembelajaran lebih tinggi.
“Apakah yang akan terjadi kepada kampus IKYS yang ditinggalkan? Kita tidak mahu kampus IKYS menjadi ‘gajah putih’ selepas segala prasarana yang dibangunkan di situ dibiarkan begitu saja selepas ia ditutup. Kita pun hairan, apakah tujuan sebenar kerajaan menutup operasi IKYS?
“Ketika ini rata-rata pelajar adalah dari kalangan mereka yang tinggal berdekatan dan dengan perpindahan tempat belajar, mereka terpaksa berulang-alik dan terpaksa menanggung kos tambahan sedangkan mereka bukannya dari golongan yang kehidupannya senang,” katanya.
Ketika ini IKYS menawarkan pelbagai kursus kemahiran antaranya pendawaian satu fasa secara sepenuh masa, teknologi penyejukan dan penyaman udara domestik secara sepenuh masa, pendawaian tiga fasa secara separuh masa, program kawalan motor secara separuh masa dan program intensif peperiksaan yang mendapat pengiktirafan Suruhanjaya Tenaga Malaysia (STM).
TM_NOTE:
Akhir ini kita sering dimomokkan oleh Anwar Ibrahim dalam ceramah beliau kononnya jika beliau menjadi perdana menteri , PTPTN akan dihapuskan. Untung dari Petronas mampu untuk menampung kos PTPTN.
Anwar telah menggunakan modal keuntungan minyak dalam semua tajuk ceramahnya. Hanya satu sumber boleh menyelesaikan semua masalah. Cerita Anwar macam cerita seorang pekerja rendah am N 1 atau R1 berangan nak beli Mitshubishi Airtrek.
Orang Pas dan Pkr percaya apa yang di cakapkan oleh Anwar, tetapi apa yang berlaku kepada sistem pendidikan di Selangor, orang Pas dan Pkr tak tahu. Banyak kolej yang dibangunkan oleh kerajaan BN terpaksa ditutup kerana penyelewengan dan tidak diuruskan dengan baik.
IPT di atas ditutup adalah arahan Dap, kerana institut sedemikian hanya melatih tenaga-tenaga melayu dari kampung. Dap tidak mahu melihat anak melayu maju dan berilmu.
Fokus Dap ialah menghapus kan PTPTN. Kita semua tahu bahawa yuran yang dikenakan di IPTA adalah kecil dan sebahagian besar telah ditanggung oleh kerajaan.
Menurut Dato Ahmad Maslan, 90 % yuran IPT telah dibiayai oleh kerajaan, ini ramai orang Pas tak percaya.
Orang Dap yang kaya-kaya menghantar anak mereka belajar di kolej swasta dan mereka tahu yuran yang mereka tanggung adalah jauh lebih tinggi daripada IPTA.
Anak mereka tidak dapat masuk IPTA kerana kuota orang Cina sudah penuh. Ini lah tuntutan mereka yang sebenarnya.
Jika Dap berjaya memerintah negara ini, kemasukan pelajar ke IPTA tidak lagi bergantung kepada kuota, hanya mereka yang pandai dan mempunyai kelulusan yang terbaik sahaja akan masuk IPTA. Orang melayu yang markah cukup makan tak layak masuk.
Setelah berjaya memerintah, tiada lagi pinjaman PTPTN dan biasiswa manggantikannya, tetapi berapa peratus pula orang melayu yang akan masuk IPTA? kemungkinan besar 99 peratus adalah anak-anak Dap.
Ini perjuangan sebenar Dap yang bersifat perkauman. Dengan propaganda untuk menghapus kan PTPTN, Anwar berharap orang muda akan menyokong pembangkang dan memberi undi kepada mereka.
Anwar dan Pas boleh lah diibaratkan sebagai dajal yang menjanjikan syurga jika mengikut mereka. Pada hal ia hanyalah janji palsu yang bakal menyesatkan umat melayu.
Jika benar Anwar ikhlas sila hapus kan yuran pengajian di IPT yang dikuasai oleh kerajaan Selangor, sila tanggung semua kos pelajar di luar negara.
Kepada Pas pula sila hapus kan yuran Pasti dan yuran sekolah agama tajaan mereka. Di Taiping terdapat sekolah rendah agama Darul Mulkan dan yurannya amatlah tinggi. Sila hapus kan.