Rabu, 2 Mei 2012

KENAPA MEREKA JADI BEGINI?

Berani sungguh anak Cina ini memijak gambar pemimpin kita
Biadab! Berani menghina Perdana Menteri. Dahulu mereka tak berani buat begini

Bawah usia 30an

Adakah mereka golongan tidak berpelajaran?

Berani memijak dan mencela pemimpin



Sedih melihat kaum Cina berperangai sedemikian rupa. Dahulu datuk nenek mereka tidak berani bertindak kurang ajar atau biadab sebegini rupa. Mereka tahu betapa beruntungnya dapat menjadi warga Persekutuan Tanah Melayu.

Untuk membolehkan mereka menjadi warganegara, beberapa syarat wajib mereka patuhi. Antaranya ialah menghormati budaya dan adat resam orang Melayu, memahami agama Islam adalah agama rasmi orang Melayu. Memahami 7 Wasiat Raja-Raja Melayu. Mereka juga hendaklah boleh berbahasa Melayu, jika belum mereka wajib belajar untuk menguasai Bahasa Melayu.

Agama lain boleh diamalkan oleh bukan Melayu tetapi tidak boleh atau cuba untuk mengembang kan atau menyebarkan agama lain kepada orang Melayu. Semua syarat-syarat untuk menjadi warga negara telah dipatuhi.

Mereka juga boleh mengamalkan adat budaya mereka tanpa disekat oleh orang Melayu. mereka boleh menggunakan nama asal mereka, mereka  boleh membuka sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa ibunda mereka [ rujuk penyata Barnes, Rahman Talib dan Razak].

Terlalu banyak pengorbanan yang diberikan oleh Sultan dan orang Melayu dalam menerima warga British menjadi rakyat negara.

Untuk mencapai kemerdekaan daripada British pula suruhanjaya yang dinamakan Suruhanjaya Lord Reid telah dipatuhi dan di persetujui. Jus Soli dipatuhi. Umno, Mca dan Mic bersetuju untuk sama-sama bekerjasama dalam memerdekakan tanah air daripada British.

Umno, Mca dan Mic berikrar untuk sama-sama membangun kan Persekutuan Tanah Melayu, tetapi sayang seribu kali sayang. Cita-cita murni ketiga-tiga parti ini semakin hari semakin luntur. Hasrat pemimpin terdahulu yang inginkan sebuah negara maju mengikut acuan kita pada 2020 telah dicemari dan dinodai.

Salah siapa apabila remaja di atas menjadi biadab dan kurang ajar. Mereka generasi ke 3 atau ke 4 sudah lupa sejarah, lupa 7 Wasiat Raja-Raja Melayu, lupa jus soli, lupa untuk menghormati adat dan budaya Melayu.

Kita tidak boleh menyalahkan mereka 100 peratus, mereka jadi begitu kerana salah orang Melayu sendiri. Apabila Melayu berani memijak gambar gambar pemimpin kita sendiri, bila melayu menderhaka, bila melayu sendiri tidak menghormati sultan, bila melayu sendiri tidak menghormati agama, bila melayu sendiri menentang pemimpin, maka orang lain pun akan berkata. " Tengok! mereka sendiri kurang ajar kepada pemimpin mereka, ini lah masa kita pula untuk menghina bangsa dan pemimpin melayu."  Ibarat anak yang menderhaka kepada kedua ibu bapa, maka anak dan menantu juga turut naik tocang. Jadilah Melayu seperti iklan Petronas.

Di Taiping, baru-baru ini. Seorang rakan telah melaporkan bahawa Ahli Parlimen Nga Kor Ming dalam ceramahnya telah berkata, hasrat mereka ialah untuk merubah sistem negara, Malaysia mahu dijadikan sebuah republik, kuasa sultan dihapuskan. Sistem kuota dihapuskan. Sistem kemasukan ke universiti akan diubah. sistem tender juga akan diubah. Malaysia akan menjadi sebuah negara baru yang lebih terbuka dan adil.

Indonesia dijadikan contoh, tetapi mereka lupa bahawa Sukarno dalam pentadbirannya telah melarang orang Cina merayakan Tahun Baru Cina, Orang Cina wajib menggunakan nama Indonesia, Tiada sekolah Cina dan tidak boleh bercakap dalam bahasa cina.

Semangat muhibbah dan bekerjasama antara kaum telah musnah sama sekali apabila tertubuh parti Pas, Dap dan Pkr. Sejarah zaman kesultanan Melayu Melaka kini berulang lagi. Dalam Sejarah Melayu telah tertulis kisah Si Kitol, Raja Mendeliar dan Khoja Hussien. Hari ini ketiga-tiga watak tersebut muncul kembali.

Jika anak tidak menghormati bapa apa lagi orang lain.
Tahniah kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran kerana menyedari hakikat ini dan mulai 2013 pelajaran sejarah menjadi subjek wajib lulus dalam SPM.  Dahulu subjek sejarah dijadikan subjek elektif dan digugurkan dari sukatan pelajaran kepada pelajar aliran sains dalam tingkatan 4 dan 5.