Selasa, 29 Mei 2012

Nizar Mengungkit Di Ladang Kelapa Sawit

Hanya kenyataan itu yang paling sesuai digambarkan kepada Adun Syok Sendiri dari Pasir Panjang, Datuk Nizar Jamaluddin berikutan beliau masih lagi mengungkit jasa sekelumit yang dibuat kepada Arwah Pak Teh.

Macam mana nak berkat kerja kalau tak habis-habis menipu dan membohong malah lebih teruk mengungkit kononnya besar sangat jasanya selama 11 bulan itu.

Namun jika difikir dengan logik akal, selama 11 bulan Pakatan Rakyat mentadbir di Perak bermacam-macam perkara sepatutnya boleh dilakukan. Bukan hanya meluluskan tanah Arwah Pak Teh seluas 45 ekar itu.

Semalam, di dalam ladang kelapa sawit, Nizar Jamaluddin sekali lagi berjaya memesongkan akidah dan pemikiran rakyat dan kali ini di sekitar Selama, Perak.

Memulakan penipuannya dengan ayat ‘Zambry menipu dalam dewan undangan negeri lagi dasyat dari saya’, Nizar kemudiannya membuat fitnah satu persatu kononnya BN adalah parti yang lebih teruk dari DAP.

Ini antara ungkapan Nizar ketika beliau dengan megahnya mengungkit jasa sekelumit Pakatan Rakyat.

“Zambry ini orang yang ada PHD, dia boleh kata dia meluluskan tanah arwah Pak Teh di Pengkalan Hulu… tapi saudara tahu siapa yang sebenarnya meluluskan tanah itu… sudah tentulah Pakatan Rakyat.

Hampir 4 tahun berlalu kisah itu, Nizar masih mencanang kehebatannya meluluskan tanah itu kepada rakyat sedangkan hakikat sebenar kerajaan BN telah meluluskan pelbagai permohonan yang memberi manfaat kepada rakyat tetapi tidak pulak diheboh sampai bertahun-tahun.

Mungkin kerana pilihanraya yang semakin hampir, menyebabkan Nizar kembali menggunakan strategi yang kononnya kerajaan PR di Perak sebenarnya memberi banyak jasa kepada rakyat.

Hanya yang bodoh saha boleh percaya apa yang Nizar katakan itu.

Sudahlah buat ceramah di celah-celah ladang kelapa sawit boleh pula tambah dana dosa untuk jalan mudah ke neraka.

Lebih teruk, Nizar Jamaluddin bersama-sama rakan-rakan seperjuangannya boleh berbangga dengan menghina Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Satu Malaysia sudah tahu bahawa Mufti Perak adalah antara ulama’ agama yang dihormati berdasarkan ilmu-ilmu tinggi serta pengalamannya dalam perkara-perkara berkaitan Islam.

Namun boleh pula, Nizar merasakan ilmu keagamaannya lebih tinggi dari mufti sampaikan boleh melemparkan kata-kata makian yang paling dasyat ke atas ulama’ tersebut.

Hina sungguh tingkah laku Nizar itu, wajarlah rakyat Perak menghentikan dan menolak manusia yang tidak bertamadun seperti ini

PERAK TODAY