Isnin, 21 Mei 2012

PERTUBUHAN HARAM VS PAKATAN HARAM

Angkuh dan lupa sejarah keturunan
HINDRAF merupakan satu 'pertubuhan haram dunia' kini ini mengembang kan kuasa mereka dalam politik Malaysia. Pada PRU 12 seorang wakil mereka berjaya menjadi hero golongan India dengan meletakkan dirinya sebagai wakil rakyat yang pertama dalam sejarah Hindraf.

Kini ketua mereka, Peguam Uthayakumar sekali lagi ingin bertanding di dua kerusi iaitu parlimen Kota Raja yang kini diwakili oleh Dr Siti Mariah (Pas) dan Dun Sri Andalas Dr Xavier Jayakumar dari Pkr.

Munculnya Hindraf di Malaysia ialah apabila salah seorang peguam menjanjikan jambatan emas kepada semua warga India yang berasal dari India. Peguam Hindraf menuntut ganti rugi daripada kerajaan British kerana membawa mereka masuk ke Malaysia sebagai buruh ladang, buruh keretapi dan lain-lain jenis pekerjaan kelas bawahan.

Tuntutan Hindraf tidak masuk akal kerana mereka sendiri yang memilih untuk menjadi warganegara persekutuan Tanah Melayu bersama-sama dengan MIC untuk menuntut kemerdekaan Malaysia.

Kaum India yang tidak bersetuju untuk menjadi rakyat Malaysia  telah lama kembali ke negara asal mereka dan kebanyakan dari daerah Cinai, Kerala atau sebelah pantai tenggara India. Mereka yang tinggal di Malaysia ialah mereka yang setuju dengan syarat-syarat kewarganegaraan yang telah ditetapkan ketika itu, oleh yang demikian generasi kedua , ketiga  dan seterusnya jangan lah nak memandai-mandai pula. Sila lihat kembali sejarah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.

Bukan sahaja kapada kaum India tetapi kaum-kaun lain juga. ingat balik dan baca balik sejarah tanah air.