Isnin, 18 Jun 2012

Demo oleh pengusaha lori pasir di RR Tapah.

Pagi tadi, lebih 300 buah lori 18 - 22 tayar yang berat muatan 60 hingga 70 tan telah mengadakan satu demonstrasi terancang bagi membantah usaha kerajaan negeri Perak tidak membenarkan mereka mengangkut keluar pasir dari Perak ke Selangor, Wilayah Persekutuan dan negeri lain.


Pejabat Tanah dan Galian dalam surat edarannya bertarikh 5 Jun 2012 hanya membenarkan lori 4 hingga 14 tayar( 4 doket) sahaja untuk kerja-kerja pengangkutan.


Demo terancang ini dilakukan oleh beberapa syarikat pengusaha pasir dari Lembah Kelang.


Menurut pekeliling tersebut , mesyuarat kerajaan pada 23 Mei 2012 telah memutuskan seperti berikut:-
  1. Menghadkan penggunaan lori 14 tayar bagi mengangkut batuan pasir dan mineral lain (pasir silika)
  2. Jabatan Mineral dan Geosains diminta membuat kajian berhubung jumlah deposit bahan batuan (pasir lombong) dan bahan mineral (pasir silika) yang ada di negeri Perak dan
  3. Masalah penerokaan haram diatas tanah kerajaan yang diluluskan permit 4C, hendaklah diselesaikan oleh pegawai tanah dan sekiranya gagal, pegawai tanah perlu menyediakan kertas mesyuarat bagi mendapatkan pertimbangan syarat.


Semasa membuat tinjauan demo terancang tadi didapati salah seorang taiko besar sedang berbual dan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap tindakan Pejabat Tanah dan Galian Perak.


Mereka menuntut agar menteri besar Perak YAB Dato Seri Dr Zambry membantu mereka. Ada antara mereka melaungkan slogan rakyat didahulukan , pencapaian diutamakan.
BLOG ASAL


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.