Selasa, 19 Jun 2012

Piket Lori di RR Tapah 3

SYARIKAT SUNGAI RAMBAI ANGKUT SANGAT BERKUASA DI SELANGOR DAN KEMUNGKINAN BESAR DAP JUGA LAH YANG MENJADI DALAN DALAM PIKET DI RR TAPAH. Salah laku, pilih kasih KSSB didedah Oleh Wan Jailani Razak wanjai@bharian.com.my 2010/07/18 UMNO dakwa ada bukti penyelewengan SHAH ALAM: Badan Perhubungan UMNO Selangor semalam mendedahkan bukti dalaman Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang menunjukkan berlakunya penyelewengan dan amalan pilih kasih membabitkan anak syarikat kerajaan negeri itu dalam menguruskan perlombongan pasir di negeri ini. Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar, berkata contoh amalan pilih kasih ialah jumlah diskaun pembelian pasir yang ketara ditawarkan syarikat yang diberi hak eksklusif dalam perlombongan pasir itu kepada syarikat kontraktor. Katanya, sebuah syarikat kontraktor yang dilantik KSSB iaitu Sungai Rambai Angkut Sdn Bhd (Sungai Rambai), misalnya, memperoleh diskaun 22 peratus atau RM4 bagi pembelian satu tan pasir berharga RM17.50 sedangkan syarikat lain hanya diberikan potongan 50 sen bagi kuantiti sama. Beliau mendakwa KSSB hanya dijadikan alat untuk mengaburi mata rakyat kerana Sungai Rambai dengan lembaga pengarah terdiri daripada bukan Bumiputera, dikatakan bermaharajalela mengutip keuntungan daripada kegiatan perlombongan pasir. “Mengapa Sungai Rambai diberi keistimewaan dengan mendapat diskaun lebih tinggi berbanding syarikat lain, sehingga lebih 20 peratus? Kalau orang lain nak kena beli pasir daripada KSSB kena bayar satu tan RM17 tetapi Sungai Rambai hanya bayar RM13.50 iaitu beza RM4. “Jadi, apa yang Sungai Rambai buat ialah menjadi broker iaitu menjual pasir kepada syarikat lain dengan harga lebih murah atau sama. Kalau jual RM16, masih dapat untung RM3. Sepatutnya bayar kepada KSSB tetapi syarikat lain bayar kepada akaun Sungai Rambai Angkut. Persoalannya, ke mana pergi keuntungan Sungai Rambai ini? Adakah ia diagihkan kepada parti politik? Saya tidak tahu,” katanya pada sidang media khas mendedahkan penyelewengan kerja perlombongan pasir di Selangor khususnya oleh KSSB di pejabatnya di Bangunan Umno Selangor, di sini, semalam.https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjTzhbGeVaJCYnzABa0jedOLFkrnGs4R5Bo9ZrTPwUMWDdmrETvyGxpRE3NcRpnfONgO50vuKo7_a8TE_7UxdzyQn3c_doL2mQ9P1K1Ldl_SHaJefyezk18mISy6NmmbErWYTvxZomxkfjB/s1600/16.jpg Berikutan pendedahan itu, Pemuda UMNO Selangor diarah menyiapkan laporan untuk diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat bagi menjalankan siasatan. Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang, berkata KSSB juga memberi kemudahan kredit kepada Sungai Rambai dan lima syarikat lain tetapi ia disalah guna syarikat terbabit sehingga mempunyai hutang tertunggak mencecah RM1 juta kepada KSSB. Katanya, mana-mana syarikat yang hendak mengeluarkan pasir perlu terlebih dulu membayar deposit kepada KSSB dan ada syarikat dikenakan sehingga RM100,000. “Ada beberapa syarikat tidak perlu letak deposit tetapi boleh keluarkan pasir. Sudah tentu Sungai Rambai tak payah bayar deposit. Begitu juga lima syarikat lain yang turut mendapat keistimewaan sama. Ambil pasir dulu, bayar kemudian. Saya dimaklumkan syarikat ini banyak yang tak bayar deposit kepada KSSB. Jadi, untung atau rugi KSSB?” katanya. Beliau juga mendedahkan unsur penipuan oleh KSSB dalam pembayaran doket (royalti) pasir kepada Pejabat Tanah Gombak, membabitkan pengeluaran pasir di lot bernombor 19439, Rawang. “Kita tidak akan habis di sini, kita dah mulakan ‘road show’ di Kampung Pandan, dua malam lalu sebelum diteruskan ke seluruh negeri bagi mendedahkan penyelewengan ini,” katanya. Katanya, KSSB membayar kepada Pejabat Tanah Gombak sebanyak RM30,000 untuk pengeluaran 10,000 tan pasir dengan kadar bayaran RM3 bagi setiap satu tan. “KSSB pula mengenakan bayaran doket kepada sebuah syarikat kontraktor RM8 bagi setiap tan. Bukti yang kami peroleh menunjukkan syarikat itu membayar RM116,400 kepada KSSB bagi pengeluaran sejumlah 14,550 tan pasir - lebih 4,550 tan daripada yang diisytiharkan KSSB kepada Pejabat Tanah Gombak,” katanya. Noh berkata, satu lagi bentuk penipuan dikatakan dilakukan KSSB ialah dalam penjualan pasir halus. Katanya, KSSB mengaburi pihak berkuasa dengan mengeluarkan resit pembayaran doket yang jelas tertera bagi pengeluaran ‘pasir kasar’ sebelum resit itu diubah kepada ‘pasir halus’ dengan tulisan tangan bagi simpanan pembeli. Pasir halus lebih mahal harganya berbanding pasir kasar. Beliau turut meminta Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, menghentikan pengeluaran permit pasir dan membubarkan KSSB yang dilihat hanya sebagai alat mengaburi mata rakyat kononnya kerajaan negeri mengamalkan pentadbiran yang telus. Ditanya sama ada beliau bersedia jika disaman kerajaan negeri berikutan pendedahan itu, Noh berkata, beliau bersedia disaman kerana mempunyai bukti yang cukup. “Kita juga tidak akan habis di sini, kita dah mulakan ‘road show’ di Kampung Pandan, dua malam lalu sebelum diteruskan ke seluruh negeri bagi mendedahkan penyelewengan ini,” katanya.