Selasa, 31 Julai 2012

Bajet 2013 fokus kepada cukai import dan cukai jalan


Bulan September hadapan Perdana Menteri kita selaku Menteri Kewangan akan membentangkan bajet 2013. Sudah tentu rakyat mengharap kan bajet kali ini meringankan beban rakyat dalam menghadapi kenaikan harga barang.

Pemotongan cukai untuk benda-benda remeh seperti sukan berkuda, jet ski harus dielakkan. Ini semua bajet peliwat zaman dahulu.

Sebagai peminat kereta dan motosikal, TM berharapkan agar kerajaan dapat menurunkan cukai jalan kereta persendirian dari 2000cc ke atas yang sudah berusia lebih 15 tahun diberikan potongan cukai jalan kepada 50 hingga 70 peratus.

Selain kos penyelengaraan dan cukai jalan yang tinggi pemilik kenderaan juga terpaksa mencari syarikat insuran yang masih sanggup untuk memberi perlindungan insuran dan cas insuran yang dikenakan cukup tinggi, ada yang melebihi 200 peratus.

Kebanyakan pemilik kenderaan ini adalah mereka yang sudah bersara dan kos penyelenggaraan kenderaan ini amat tinggi. Untuk membeli kenderaan baru mereka kurang mampu, maklumlah sebuah kenderaan 2000cc ke atas harganya melebihi RM 200 ribu. Justeru, apa yang ada dikekalkan, kenderaan lama sudah tentu mempunyai nilai yang tersendiri kepada pemiliknya.

Kedua ialah cukai jalan motosikal berkuasa besar, zaman Anwar menjadi menteri kewangan, beliau dengan sengaja menaikkan cukai jalan dengan alasan ia barang mewah yang menjadi mainan orang berduit. Oleh itu dicadang agar kerajaan dapat menurunkan cukai jalan motosikal sebanyak 20- 40 peratus.

Cadangan ketiga ialah mengenai harga kereta baru yang akan dimurahkan jika Rafizi Ramli menjadi menteri kewangan. Hari ini kenderaan mewah yang diimport dikenakan cukai sehingga 300 peratus. Ini juga cadangan Anwar Ibrahim, hanya kenderaan hybrid yang mendapat mengecualian cukai import dan cukai eksais sehingga 2013 Harap pihak kerajaan dapat melanjutkan pengecualian cukai kereta hybrid ini sehingga 2020.[berdasarkan bajet 2012].

Mengenai cukai kereta import (CBU) oleh kerana ianya idea Anwar Ibrahim maka eloklah kerajaan mengurang kan cukai tersebut kepada 100 peratus sahaja. Jika dahulu kutipan cukai tinggi terhadap kereta import dilihat satu cara yang bagus untuk mengenakan cukai terhadap mereka yang suka menipu cukai pendapatan perniagaan. Di Taiping Adun Aulong adalah pakar dalam mengurang kan cukai pendapatan perniagaan. Malangnya walaupun perniagaan mereka tatak untung tetapi keinginan mereka berkereta besar dan mewah tetap ada, jadi eloklah cukai terhadap kereta mewah dikekalkan tetapi dengan sedikit penurunan.