Pemimpin Pas seperti Mat Sabu kerap buat lawak dalam ceramahnya mengenai pengundi hantu dan pengundi Bangla yang akan menjadi pengundi pada PRU 13.
Menurut Pas, Umno sedang giat memberikan kerakyatan kepada pendatang asing seperti Bangla, Myanmar, [ Mat Sabu lupa sebut Pakistan jual karpet dan Awang Hitam Afrika].
Kenapa Pas mesti takut dengan pendatang seperti Indonesia, Bangla, Myanmar dan sebagainya yang menetap di Malaysia dan akhirnya menjadi warganegara.
Ini menunjukkan Pas menjadi balaci kepada Dap. Parti Chauvenist Cina ini yang sepatutnya risau kerana jumlah bangla dan lain-lain akan menyebabkan jumlah pengundi Dap berkurangan, tetapi Dap tak berani cakap, mereka suruh Mat Sabu dan cai-cai Pas yang bercakap bagi pihak Dap.
Ambil contoh di Borneo, Sabah dan Sarawak. semasa Inggeris berkuasa, kedatangan imigeren dari Tongsan datang dalam jumlah yang cukup besar, hari ini jumlah mereka menjadi 80 % daripada jumlah penduduk.
Di Sibu, Kapitan Wong Nai Siong membawa masuk lebih 200 ribu pengikutnya yang beragama Kristian dari menjadi mangsa pembunuhan di tanah besar. Hari ini mereka menguasai sosio, ekonomi dan politik di Borneo. Jika dahulu mereka datuk nenek mereka menyokong kerajaan tetapi generasi kedua, ketiga dan seterusnya sudah tidak lagi menyokong pemerintah sebaliknya cenderung kepada menyokong Dap.
Oleh itu di Sabah wujudnya penentangan terhadap warga tanpa negara dari keturunan Mindanou yang memohon menjadi warganegara. Mereka juga risau dengan jumlah mereka yang akan melebihi pengundi Dap.
Berbalik kepada gambar di atas, Pas tak perlu risau dengan penambahan pengundi Bangla kerana mereka lebih mulia dan baik daripada Dap.