Langkau ke kandungan utama

ISU MURTAD TAMATKAN KARIER POLITIK NURUL IZZAH

Sudah lebih seminggu kontroversi kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah yang menyokong kebebasan beragama bagi orang Melayu meletus dan masih belum reda lagi.

Kebodohan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu cuba menunjuk pandai dalam mentafsir ayat suci Al-Qur'an akhirnya memakan dirinya sendiri.

Lebih buruk lagi sikap bermuka-muka anak Ketua Pembangkang itu terserlah apabila kenyataan yang menggalakkan orang Melayu murtad dibuat pada forum yang dianjur oleh pihak gereja.

Truth Matters Forum bertajuk "Negara Islam: Versi mana?, Tanggungjawab Siapa?" adalah anjuran Oriental Hearts and MInd Study Institute (OHMSI) dan diadakan di Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya pada 3 November lalu.

Apabila ditanya oleh seorang peserta forum bernama Siti Kasim yang merupakan ahli Majlis Peguam serta menganggotai jawatankuasa hak asasi manusia berhubung isu kebebasan beragama, Nurul menjawab,"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama, mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata. Melayu sepatutnya bebas beragama."

Perbahasan yang berlaku selepas itu sudah banyak dilaporkan di dalam semua saluran media termasuk media arus perdana, media elektronik, laman sesawang, blog, twitter, facebook dan laman media sosial yang lain.

Yang menjadi kemusykilan sehingga mengapa Biro Agama PKR yang dipengerusikan oleh kroni Anwar Ibrahim bernama Dr Muhammad Nor Manuty tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi mahupun komen peribadi mengenai perkara ini.

Sikap membisu ini membawa kesimpulan bahawa ustaz-ustaz PKR hanya terkenal dengan skandal peribadi seperti Dr Badrolamin Bahron yang ditangkap berkhalwat dengan isteri orang di dalam bilik hotel.

Golongan intelektual agama di dalam PKR sebenarnya tidak berani menegur apa lagi mempertahankan Islam apabila salah seorang pemimpinnya membuat kenyataan yang bercanggah dengan Islam.

Jika mereka berdiam, dua pengertian boleh dibuat daripada sikap itu, samada mereka bersetuju dengan kenyataan Nurul Izzah ataupun takut untuk bercanggah pendapat dengan Anwar yang agresif mempertahan anaknya itu.

Apapun PKR bukanlah satu parti yang boleh diharapkan oleh umat Melayu-Islam untuk membela hak mereka atau kedudukan Islam sebagai agama persekutuan di dalam Perlembagaan.

Kuliah mingguan yang diadakan di kediaman Ketua Umum PKR tanpa putus dengan menjemput ulama luar negara dan para ustaz rupa-rupanya hanyalah satu lakonan Anwar semata-mata untuk menunjukkan dirinya Islamik.

Begitu juga majlis tazkirah yang diadakan di surau dan masjid oleh Anwar di setiap persinggahan dalam siri jelajahnya hanyalah sandiwara Anwar untuk menutup sikap hipokritnya.

Anwar bercakap mengenai isu-isu besar seperti ketelusan, keadilan sosial, memartabatkan Islam dan melawan rasuah tetapi apabila terkena batang hidung sendiri, beliau gagal melakukan muhasabah diri tetapi seperti kebiasaan meletakkan kesalahan kepada pihak lain.

Anwar anggap dirinya suci dan tergolong dalam kategori mazlum atau orang yang dizalimi tetapi hakikatnya beliau hanya menggunakan Islam untuk menegakkan idealogi politiknya songsang.

Kenyataan Nurul Izzah secara terang dan dibuat di khalayak ramai yang jelas bertentangan dengan pengertian sebenar ayat al-Qur'an yang dirujuk dan pendirian Islam dalam isu murtad tetap mahu dipertahankan oleh Anwar hanya kerana yang menyuarakan pendapat sedemikian adalah darah daging sendiri.

Jadi bagi Anwar Islam adalah kuda tunggangannya yang boleh dimanipulasi sekehendaknya dalam apa-apa keadaan sekalipun asalkan ia memberi manfaat politik kepada beliau.

Kelemahan yang ditunjukkan oleh biro agama PKR yang disebut sebagai Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama (BiPPA) dalam menangani kemelut yang dicetuskan oleh Nurul Izzah amat memalukan sekali.

Nama biro yang diberikan sungguh gah sekali tetapi malangnya apabila situasi timbul di mana Islam perlu dipertahankan, BiPPA hanya pandai menikus dan membenamkan kepalanya dalam pasir seperti seekor burung kasawari (ostrich).

Peristiwa di Gereja Full Gospel Tabernacle akan tercatat di dalam memori Nurul Izzah sebagai sejarah hitam sehingga akhirnya hayatnya.

Dari segi karier politik Nurul Izzah, ia sudahpun tamat sebelum pun ianya bermula, jadi eloklah beliau bersara sahaja daripada bidang yang bukan menjadi kepakarannya.

Pastinya orang Melayu di Lembah Pantai yang diwakilinya akan berfikir sepuluh kali sebelum memberi undi kepada Nurul Izzah pada Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

Pengundi Islam akan terfikir apakah mereka akan terus menyokong seorang yang tidak sayangkan Islam dan merelakan orang Islam murtad dengan mudah sekali ataupun mengundi pihak yang sekian lama telah membela dan menaikkan syiar Islam sejak merdeka.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PAU 1987: Najib Penyelamat Nyawa Politik Dr Mahathir. Tapi kenapa dia bencikan Najib?

#SuaraMerdeka - Kebebasan . Persamaan . Keadilan

*PADA* malam 23 April 1987, kira-kira 30 tahun yang lalu. Satu perhimpunan telah diadakan di Hotel Hilton Kuala Lumpur. Hotel di Jalan Sultan Ismail ini di antara hotel antarabangsa terawal di ibu kota, sekarang sudah pun hilang dari pandangan setelah 'direbahkan' (flattened) untuk dibuat bangunan baru, yang kini dikatakan terbengkalai.
Cukup genting pada masa itu prebutan kuasa antara dua tokoh - Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li).
Hotel Hilton menjadi markas jentera kempen Dr Mahathir, manakala Hotel Regent di Jalan Imbi menjadi markas Ku Li.
Perhimpunan Agung UMNO dan pemilihan akan diadakan di PWTC keesokan harinya pada 24 April.
Perhimpunan di Hilton itu diadakan oleh Dr Mahathir bagi mengumpul sokongan. Suasana amat terdesak. Dr. Mahathir selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri terasa amat terancam. Dia cukup tertekan. Dia menghadapi tentangan maha hebat untuk mempertahankan jawatan Presiden. Ku Li bukan c…

Perihal Elaun Keraian Kakitangan Kerajaan

ELAUN KERAIAN
BAGI pegawai-pegawai kerajaan gred 43 ke atas, mereka di peruntukkan dengan elaun keraian yang merupakan sebahagian daripada pendapatan mereka. Elaun minima RM400 sebulan di kecualikan daripada cukai pendapatan.

Imbuhan Tetap Keraian yang diberikan kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai tertentu dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional merupakan elaun yang dibayar atas kadar tetap secara bulanan.

Tujuan pemberian Imbuhan Tetap Keraian adalah sebab jawatan dan tanggung jawab pegawai memerlukan mereka meraikan tetamu bagi mewujudkan suasana ramah mesra. -- FAQ SSM oleh JPA

Namun pada kebiasaannya, Imbuhan Tetap Keraian ini hanya digunakan untuk meraikan diri sendiri ataupun keluarga sendiri sahaja ataupun untuk membayar hutang-hutang peribadi sahaja.

Andai kata ada tetamu yang datang ke pejabat dan mereka di jamu, itu adalah dari perbelanjaan pejabat. Malahan ada pejabat yang membayar makan minum tetamu yang diraikan di hotel/restoran menggunak…

Mahathir Menangis Di London Kerana Kecewa Karenah Ahli Ahli Parti Bunga

Aidilfitri tahun ini agak berbeza bagi Mahathir. Jauh dia membawa diri ke London. Membawa hati dan perasaan yang kecewa terhadap ahli ahli parti bunga dan rakan rakan barunya dalam Pakatan Harapan. 
Merajuk sungguh. Mahathir merasakan inilah masa terbaik untuk dia meluah rasa hati dan mengubat kecewa bersama keluarganya. Mahathir takut sangat bila RCI Skandal Forex ditubuhkan. Mahathir merasakan masanya mungkin terhad untuk bersama keluarganya lagi. 
Ada yang nampak, Mahathir mengesat air matanya ketika solat hari raya Aidilfitri. Sugul dan termenung jauh memandang ke sejadah. Entah apa yang difikirkan. Namun mereka yang berada di saf belakang jelas nampak kekecewaan Mahathir di pagi raya.  https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1543654558988349&substory_index=0&id=697192853634528
Menurut sumber dalaman PPBM, Mahathir sebenarnya sudah mula rasa kecewa dengan ahli-ahli PPBM. Di peringkat atas, Muhyiddin masih berkeras mahu meletakkan orang orangnya di bahagian bahagian tertent…