Biasanya jika melibatkan maruah dan kesucian Islam, amat jarang sekali untuk Nik Aziz segera tampil ke depan mengulas panjang. Tengok sajalah dalam isu Ngeh Koo Ham dari DAP itu hari, jenuh menunggu komen balas dari Nik Aziz.
Malah dalam isu pencegahan murtad oleh JAIS ke atas sebuah gereja di Selangor akhir tahun lalu juga, sukar sekali untuk membaca komentar dari Nik Aziz yang bersifat membela Islam, sebaliknya sebahagian besar kenyataan yang keluar dari mulut para pemimpin PAS ialah mencerca tindakan kuatkuasa oleh JAIS itu.
Tapi kali ini, tak semena-mena Nik Aziz segera menonjolkan dirinya untuk mengulas dan menghentam penjelasan oleh Soi Lek.
Malah dengan bangganya Menteri Besar Kelantan itu mendakwa Soi Lek sudah tertekan apabila memberi penjelasan terbuka selepas timbulnya daripada pemimpin dan penyokong PAS terhadap komentarnya sebelum ini.
Menariknya, baru sahaja sekitar seminggu dua lepas khalayak umum didedahkan dengan kenyataan semberono dari Nik Aziz pada 12 Ogos 2009 yang memberi lampu hijau untuk DAP menghina Islam atas alasan para pemimpin DAP bukannya beragama Islam.
Manakala para pemimpin PAS yang lain termasuk Presidennya, Hadi Awang pada 12 Ogos 2012 pula mengakui DAP berhak menolak dan mempersoalkan hudud, juga dengan beralasan bahawa pemimpin DAP tidak beragama Islam.
Tiba-tiba sekarang, Nik Aziz bertegas menganggap Soi Lek tertekan kerana telah menghina Islam. Betulkah Soi Lek yang tertekan atau sebenarnya Nik Aziz yang sedang menghadapi tekanan?
Dalam penjelasannya yang disiarkan akhbar Mingguan Malaysia Ahad lalu Soi Lek menegaskan kritikannya hanya terhad pada kesan hudud PAS terhadap ekonomi, sama sekali tidak bermaksud mempertikaikan ajaran Islam.
Mengikut fahaman Nik Aziz, barangkali Soi Lek hanya perlu menutup mulut sendiri membiarkan saja kritikannya terhadap hudud PAS dimanipulasi kononnya menghina Islam barulah dikatakan beliau tidak tertekan.
Presiden MCA itu pula tentunya tidak akan berdiam diri apabila melihat komennya telah disalah tafsir oleh PAS dan PR hanya semata-mata untuk memenuhi agenda politik kepartian PAS dalam usahanya membela sikap keras DAP terhadap orang Melayu Islam dan agama Islam itu sendiri.
Nik Aziz sebenarnya terasa agak terpukul apabila Soi Lek secara terbuka mengakui kritikannya hanya ditujukan pada hudud PAS, itu salah satu puncanya yang menyebabkan tiba-tiba laju ja Nik Aziz mengomel balas.
Lebih-lebih lagi apabila Soi Lek turut mengimbas kembali janji PAS melalui manifesto pilihanraya 1986 yang menyatakan bahawa perlaksanaan hudud akan turut meliputi orang bukan Islam, dan jelas berbeza dengan hudud PAS versi 1993.
Kelu lidah Nik Aziz untuk mencari jawapan konkrit kenapa adanya perbezaan antara hudud dalam manisfesto 1986 dengan hudud PAS versi 1993. Tak terjawab beb. Sahlah, yang sebetul-betulnya tertekan dalam isu hudud PAS ini ialah Nik Aziz itu sendiri.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.