300 ribu serang Putrajaya mohon Kad Pengenalan |
Ini lah agenda Pakatam Penghasut Pengkhianat Perosak Rakyat. Kelihatan 300 ribu orang India telah mengamat dan mengelapkan suasana di depan ibu pejabat JPN Putrajaya hari ini. Semua ini didalangi oleh peguam-peguam yang menjadi balaci Anwar dalam PKR.
Sebelum ini N. Surendran telah melakukan perkara yang sama di Perak tetapi tidak mendapat sambutan, oleh itu mereka cuba membawa perkara ini ke Putrajaya untuk menarik perhatian rakyat.
Ini adalah satu helah Anwar untuk menutup isu LGBT, isu beliau membawa Habibie dan isu Agama yang ditimbulkan oleh Nurul Izzah bulan lalu.
Ramai orang India yang berada di ladang-ladang getah tidak mempunyai kad pengenalan kerana kelahiran mereka tidak didaftarkan.
Banyak sebab perkara ini berlaku, antaranya ialah taraf warganegara ibu bapa yang datang dari India dan menetap di sini secara haram atau berkahwin dengan wanita India tempatan. Tahap pendidikan dan kesedaran yang rendah di kalangan mereka yang tidak mengambil endah tentang pendaftaran kelahiran.
Perkara lain ialah anak-anak haram yang dilahirkan bukan dari perkahwinan yang sah. Terdapat juga kes anak-anak gadis Melayu dan India Muslim wang berkahwin dengan lelaki Hindu dan bila anak dilahirkan mereka tidak berani mendaftarkan kelahiran anak mereka kerana takut diambil tindakan oleh pihak berkuasa berikutan ibu kepada anak adalah beragama Islam.
Isu ini perlu ditangani secara teliti, kita tidak mahu mereka diberikan kewarganegaraan pada hal mereka atau ibu bapa mereka bukan warga negara.
Hairan kenapa PKR sebelum ini membantah taraf warganegara yang diberikan kepada rakyat Indonesia, Filipina dll. Sepatutnya PKR membantah permohonan 300 ribu orang India yang memohon kewarganegaraan ini.