Langkau ke kandungan utama

Anwar Liwat Kesucian Huguan Siou



Masyarakat Kadazandusun nampaknya masih lagi tidak dapat memaafkan Anwar Ibrahim kerana ‘meliwat’ kesucian gelaran Huguan Siou iaitu kedudukan tertinggi bagi kaum tersebut. Bukan sahaja kerana ia tidak mengikut prosedur dan adat perlantikan tetapi yang lebih menyakitkan hati ialah ia merupakan jawatan ekslusif yang hanya boleh dipegang oleh kaum Kadazandusun Murut.

Justeru, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) telah menuntut permohonan maaf dari pihak PKR Ranau dan Anwar Ibrahim sendiri atas tindakan tidak bertanggungjawab menganugerahkan gelaran tersebut kepada Ketua Pembangkang itu. Menurut Setiausaha Agung KDCA, En. Suman Yasambun dalam kepercayaan kaum mereka, tindakan tersebut akan mengundang sumpahan ke atas pihak yang telah mencemar struktur kepimpinan, terutamanya apabila ia melibatkan Institusi Huguan Siou.

Huguan Siou merupakan ‘penjaga’ kepada budaya, norma-norma, artifaks dan tradisi Kadazandusun Murut yang diraikan setiap tahun dalam Pesta Kaamatan. Gelaran itu membawa bersamanya semangat perpaduan, keberanian dan keazaman.

Huguan Siou yang sah pada hari ini adalah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, sekali gus menjadikan perlantikan seorang lagi Huguan Siou sebagai satu penghinaan terhadap beliau, serta seluruh masyarakat Kadazandusun.
Jelaslah bahawa tindakan PKR Ranau adalah keterlaluan, selain tidak bijak. Lebih dari itu, tindakan Anwar untuk menerima penganugerahan itu juga, dilihat sebagai bukti sikapnya yang tidak sensitif dan gila kuasa.

Percubaan Anwar untuk memperbaiki keadaan dengan menafikan beliau ada menerima gelaran tersebut serta menuduhnya sebagai salah satu dari taktik kotor politik BN, nampaknya tidak berjaya. Ini kerana, seluruh rakyat Malaysia telah melihat sendiri gambar-gambar Anwar memakai hiasan kepala tradisi Kadazandusun yang dipanggil ‘sigar’ dan juga selempang yang tertulis ‘Huguan Siou Malaysia’. Mana mungkin terdapat Huguan Siou Malaysia sedangkan ia merupakan gelaran khas bagi satu kaum sahaja? 

Mana mungkin Anwar menjadi Huguan Siou sedangkan beliau bukan dari kaum Kadazandusun? Dan, mana mungkin terdapat dua orang Huguan Siou? Ketua Cabang PKR Ranau, Jonathan Yasin mungkin terbawa-bawa dengan keghairahannya untuk mengambil hati Anwar sehingga terlepas pandang akan kesucian gelaran Huguan Siou. Keinginan yang meluap-luap untuk menang pilihanraya telah menjadikan Jonathan terlupa siapa dan apakah Huguan Siou dan siapa dan apakah Anwar Ibrahim.

Namun begitu, Jonathan mungkin hanya melakukan apa yang diarahkan atau dinasihat oleh pihak atasan parti sahaja. Tidak mustahil, beliau diberikan tugas untuk menonjolkan sokongan dan penerimaan masyarakat Kadazan terhadap Anwar yang tidak berbelah bagi. Justeru, satu-satunya cara yang dapat difikirkannya ialah dengan menggambarkan Anwar sebagai pemimpin tertinggi masyarakat tersebut, iaitu sebagai Huguan Siou.

Jika Anwar mempunyai sedikit maruah atau moral, beliau pasti tahu bahawa cara terbaik untuk meredakan kemarahan kaum Kadazandusun adalah dengan meminta maaf atas ‘kejahilannya’ mengenai adat resam kaum tersebut. Tetapi, seperti yang kita sedia maklum, Anwar adalah jenis manusia yang tidak bermoral, tidak pernah mengaku salah dan tidak mungkin meminta maaf.

Penafian Anwar menyebabkan kaum Kadazandusun semakin ‘sakit hati’ terhadapnya. Anwar nampaknya langsung enggan bertanggungjawab malah tidak segan silu pula menuding jari terhadap BN walaupun bukti begitu nyata.

Ini tidak menghairankan kerana beliau juga tidak pernah mengaku menjadi pelakon utama dalam video seks yang tersebar sedangkan wajah serta gerakgeri pelakon tersebut saling tak tumpah dengan dirinya. Malah disahkan pula oleh sistem pengesan wajah sebagai 99% dirinya. Jika itupun Anwar masih boleh menafikan, maka tentu saja Anwar boleh menafikan apa saja.

Inilah masalahnya jika terlalu dahagakan sanjungan dan penerimaan tetapi sukar mendapatnya. Anwar telah lama mengidam menjadi pemimpin tertinggi dalam negara. Memandangkan terlalu sukar sekali untuk memakai gelaran Perdana Menteri Malaysia, maka gelaran Huguan Siou Malaysia sahaja sudah memadai baginya, buat masa ini.

Malangnya, gelaran Huguan Siou Malaysia itu nampaknya telah menjauhkan lagi Anwar dari gelaran Perdana Menteri Malaysia.

Ulasan

  1. The first Gay Huguan Siou?...Hopefully not to be the first Malaysian Gay PM...

    Orang kata dalam Malaysia sekarang time BN ni rasuah dah jadi halal...

    Tapi i kata jangan sampai PR perintah kerana pasti rasuah masih lagi halal kerana ketuanya raja rasuah, gay halal, lesbian halal, liberal halal, wahabbi ok, syiah berkembang pesat, majlis maulid diharamkan, tahlil is a taboo...berkumpul ramai-ramai tapi tak boleh buat tahlil lagi, dah wahabbi berkuasa...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perihal Elaun Keraian Kakitangan Kerajaan

ELAUN KERAIAN
BAGI pegawai-pegawai kerajaan gred 43 ke atas, mereka di peruntukkan dengan elaun keraian yang merupakan sebahagian daripada pendapatan mereka. Elaun minima RM400 sebulan di kecualikan daripada cukai pendapatan.

Imbuhan Tetap Keraian yang diberikan kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai tertentu dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional merupakan elaun yang dibayar atas kadar tetap secara bulanan.

Tujuan pemberian Imbuhan Tetap Keraian adalah sebab jawatan dan tanggung jawab pegawai memerlukan mereka meraikan tetamu bagi mewujudkan suasana ramah mesra. -- FAQ SSM oleh JPA

Namun pada kebiasaannya, Imbuhan Tetap Keraian ini hanya digunakan untuk meraikan diri sendiri ataupun keluarga sendiri sahaja ataupun untuk membayar hutang-hutang peribadi sahaja.

Andai kata ada tetamu yang datang ke pejabat dan mereka di jamu, itu adalah dari perbelanjaan pejabat. Malahan ada pejabat yang membayar makan minum tetamu yang diraikan di hotel/restoran menggunak…

Mahathir Menangis Di London Kerana Kecewa Karenah Ahli Ahli Parti Bunga

Aidilfitri tahun ini agak berbeza bagi Mahathir. Jauh dia membawa diri ke London. Membawa hati dan perasaan yang kecewa terhadap ahli ahli parti bunga dan rakan rakan barunya dalam Pakatan Harapan. 
Merajuk sungguh. Mahathir merasakan inilah masa terbaik untuk dia meluah rasa hati dan mengubat kecewa bersama keluarganya. Mahathir takut sangat bila RCI Skandal Forex ditubuhkan. Mahathir merasakan masanya mungkin terhad untuk bersama keluarganya lagi. 
Ada yang nampak, Mahathir mengesat air matanya ketika solat hari raya Aidilfitri. Sugul dan termenung jauh memandang ke sejadah. Entah apa yang difikirkan. Namun mereka yang berada di saf belakang jelas nampak kekecewaan Mahathir di pagi raya.  https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1543654558988349&substory_index=0&id=697192853634528
Menurut sumber dalaman PPBM, Mahathir sebenarnya sudah mula rasa kecewa dengan ahli-ahli PPBM. Di peringkat atas, Muhyiddin masih berkeras mahu meletakkan orang orangnya di bahagian bahagian tertent…

APA SEBENARNYA TUN MAHATHIR MAHU?

TS Zeti dan Tun Daim telah mengakui ekonomi negara kekal kukuh dan rezab simpanan negara mempunyai rm436 billion, tertinggi dalam sejarah negara!
Terbaru Tun Mahathir telah membuat kenyataan yang mana 1MDB ...penubuhan siasatan diRaja ( RCI ) tidak perlu kerana tiada bukti kukuh untuk disabitkan kesalahan pada Najib.
Kini semuanya sudah nyata dan jelas..100% sebelum ini isu2 tersebut telah di politikkan kerana ada sesuatu yang tersembunyi hanya Najib dan Mahathir sahaja yang mengetahui.
Dulu Mahathir kata Najib dan kerajaan BN perlu ditumbangkan untuk menyelamatkan negara dari MUFLIS  dan juga tak mahu aset2 negara dijual ke negara luar. 
Malah dengan konsisten mengatakan Najib penyamun dan pencuri harta rakyat serta mengayakan keluarga mereka.
Hanya 5 hari sahaja Mahathir dapat kuasa..segalanya sudah terjawab hanya dengan kenyataan Zeti dan Daim sahaja.
Adakah Mahathir jujur dengan perjuangan agama bangsa dan negara?
Dalam sejarah satu permainan politik yang amat kotor...fitnah, pembohongan…