Khamis, 7 Februari 2013

061/02/13- Yong Teck Lee dan PR Sabah sama-sama gila -Elok lah


YTL dan Parti PKR, Dap dan Pas di Sabah sama-sama gila, berebut kerusi macam beruk.  Bagus lah buat lah macam tu....Tu pun ada hati nak memerintah Sabah. Bayangkan betapa ruginya Rakyat Sabah jika memilih parti Pembangkang dari Semenanjung dan 10 kali rugi jika memilih YTL sebagai Ketua Menteri. 


Oleh Clara Chooi
Penolong Pengarang Berita
KUALA LUMPUR, 7 Feb — Pembangkang di Sabah kelihatan berada diambang perpecahan terbesar dengan Parti Maju Sabah (SAPP) dan dua sekutu baru Pakatan Rakyat (PR) dalam peperangan mulut yang boleh menggagalkan impian mereka merampas negeri itu pada Pilihan Raya 2013.
Dengan Datuk Yong Teck Lee dari SAPP di satu pihak, dan bekas orang kuat Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing dan Datuk Seri Lajim Ukin di pihak yang lain, kedua-dua puak secara terbuka berperang mulut dan salah menyalahkan, dengan setiap pihak menuduh yang lain tamak politik dan enggan bersatu menentang BN.
Bumburing dan Lajim, kedua-dua ahli parlimen, kini masing-masing memimpin Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS), dua pergerakan politik mesra PR- dibentuk tahun lalu selepas meninggalkan jawatan dalam BN.
Yong (gambar) telah menyamakan Bumburing dan Lajim seperti kerbau yang dicucuk hidung, mendakwa kedua-duanya melobi kawan baru PR mereka di Semenanjung untuk bertanding dalam pilihan raya.
“Mereka tidak mempunyai pilihan selain dari ‘kowtow’ kepada Kuala Lumpur. Mereka terpaksa ke Kuala Lumpur untuk melobi menjadi calon,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider semalam.
Bekas ketua menteri Sabah itu juga menuduh kedua-dua lelaki tersebut memberikan hadiah mahal seperti udang galah, udang harimau dan sarang burung kepada pemimpin PR di ibu kota “semata-mata untuk terpilih sebagai calon”.
Yong juga menambah mereka tidak berupaya untuk mempertahankan Perjanjian Malaysia 1963 dan memperjuangkan autonomi Sabah — kunci perjuangan bagi kempen politik SAPP.
Pengarah Informasi dan Komunikasi APS Lesaya Lopog Sorudim tidak menyerah kalah dengan mengatakan Yong dan SAPP “rabun politik” dan “melucutkan” isu.
“Bolehkah sesiapa yang berfikiran waras cuba membayangkan Bumburing dan Lajim turun dari kapal terbang di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa KL) dengan berbaldi-baldi udang harimau atau udang galah atau ikatan sarang burung di bawah ketiak mereka yang kononnya diberikan kepada beberapa pemimpin di Kuala Lumpur dalam usaha untuk dipilih sebagai calon?” katanya dalam satu kenyataan melalui emel.
Sorudim juga mengadu kenyataan Yong adalah sama seperti menuduh Bumburing dan Lakim memberi rasuah, memberi satu peringatan bahawa kedua-dua lelaki itu telah meninggalkan kedudukan enak mereka dalam BN untuk menyokong perjuangan pembangkang di Sabah.
Ahli Parlimen Tuaran Bumburing merupakan bekas timbalan presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) manakala ahli parlimen Beaufort Lajim dahulunya ketua bahagian Umno dan anggota majlis tertinggi.
“Biar saya ingatkan Yong Teck Lee sudah beberapa kali dalam ucapan Bumburing yang didengari oleh ribuan orang mengatakan jika beliau dapat membantu penubuhan kerajaan baru menggantikan BN tanpa perlu menjadi calon, beliau akan menjadi lelaki paling gembira di dunia,” tulis Sorudim dalam emelnya.
Beliau mengatakan Yong bukan sahaja menghina kedua-dua Bumburing dan Lajim, tetapi Sabah secara umum, dan sebahagian besarnya orang-orang Kadazandusun dan Murut (KDM), dan masyarakat Melayu, yang beliau melihat kedua-duanya sebagai “pembawa bendera”.
The Malaysian Insider difahamkan, Bumburing telah ditugaskan untuk menguruskan kerusi KDM di Sabah untuk memastikan sokong komuniti tersebut beralih kepada pembangkang, walaupun parti PR berasakan Semenanjung yang menggepalai pertempuran. Lajim pula ditugaskan untuk mendapatkan sokongan Melayu.
Terdapat ramai pembangkang di Sabah, dan menjelang pilihan raya umum ke-13 ini , mereka berebut jumlah kerusi dari 60 kerusi dewan undangan negeri yang dipertandingkan.
PR, pakatan pembangkang yang ditubuhkan di Semenanjung selepas kekalahan teruk BN dalam Pilihan Raya 2008, melihat ini adalah peluang untuk menjatuhkan gabungan pemerintah itu dari kubu mereka di Sabah.
Tetapi penduduk Sabah mula bersifat kenegerian apabila pembangkang di negeri itu mula menggunakan slogan “Sabah untuk Sabah”, yang menyebabkan rasa benci ke atas Malaya oleh penduduk tempatan.
Seperti SAPP, Parti Pembaharuan Negeri (STAR), yang diketuai Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata pentadbiran negeri harus dikuasai parti Sabah.
Kedua-dua PR dan SAPP masih belum berbincang dengan Jeffrey yang mahu meletakkan calon di majoriti kerusi atau semua 60 kerusi negeri.
Tetapi dengan SAPP yang masih mahu bertanding di sebahagian besar kerusi, dan PR masih tidak mahu berganjak, ia dilihat bakal menjadi pembangkang yang rapuh dalam menghadapi gergasi BN untuk merebut Sabah pada pilihan raya akan datang.
The Malaysian Insider melaporkan Selasa lepas perbincangan kerusi antara PR dan SAPP dihentikan buat sementara waktu, menurut Bumburing.
Yong tidak menolak bahawa partinya menunggu PR membuat keputusan bagi menentukan formula kerusinya untuk tiga parti, Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang diketuai Bumburing dan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) yang diketuai Lajim.
Tetapi, dengan SAPP sudah bertembung dengan PR dalam rundingan kerusi untuk pilihan raya, peperangan mulut terbaru parti itu dengan Bumburing dan Lajim boleh membawa kepada kebuntuan dan boleh menyebabkan pertandingan tiga atau empat penjuru semasa pilihan raya.
Memberi respon tentang ini, Sorudim merasa terkejut Yong dilihat menghalakan serangannya kepada rakan pembangkang di Sabah berbanding BN.
“Sepatutnya mereka menyerang BN dan Umno, menghairankan SAPP memilih untuk menyerang rakan-rakan pemimpin pembangkang Sabah.
“Ini hanya membuktikan bahawa matlamat utama SAPP dan objektif adalah untuk mendapatkan kuasa politik untuk diri mereka sendiri.
“Ini juga menunjukkan mereka tidak lagi berminat dalam apa-apa bentuk persefahaman pilihanraya dan pakatan dengan kumpulan pembangkang lain di Sabah pada PRU 13 akan datang,” katanya.
Terdapat 60 kerusi dewan undangan negeri dan 25 kerusi parlimen di negeri Sabah, yang sering dikatakan sebagai deposit tetap BN bersama jirannya Sarawak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan