Selasa, 19 Mac 2013

Isu Menamatkan Perkhidmatan Imam Surau Diri Jumaat Taman Yayasan

Surat Cadangan oleh AJK Surau kepada Majlis Agama Islam Perak
8 salah laku imam yang dikesan oleh AJK Pengurusan Masjid
AJK cadangkan supaya ditamatkan perkhidmatan imam

Jawapan Majlis Islam Perak meragukan dan meletakkan tanggung jawab kepada Pemangku Sultan



Sepatutnya Majlis Islam Perak mengarahkan Pejabat Agama Taiping membuat siasatan dan menghantar laporan ke Ipoh

Surat bela diri daripada Imam yang cadangan untuk ditamatkan khidmat 










Isu menamatkan perkhidmatan imam nombor dua,   Abdul Kadir Yaakub , Surau Diri Jumaat Taman Yayasan Kamunting menjadi panas setelah diputar belit oleh media Pas dan beberapa orang penyokong Imam Abdul Kadir Yakub.

Surat yang dimukakan kepada pejabat agama meminta agar ditamatkan perkhidmatan imam telah mendapat jawapan yang mengelirukan daripada Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid iaitu Tuan Hj Saiful Azizi bin Abdul Manap .

Dalam surat beliau pada 7 Februari 2013 kepada Pengerusi surau menyatakan pemecatan imam tidak mengikut prosedur undang-undang. Paling malang apabila beliau menyatakan ia bidang kuasa Sultan.

Kalau semua nak diputuskan oleh Sultan apa guna kerajaan membayar gaji kepada kaki tangan kerajaan untuk melaksanakan tugas. Ini lah putar belit ketua penolong pengarah yang seolah-olah memihak kepada imam yang sememangnya pro dan orang kuat Pas di kawasan tersebut.

Paling malang lagi apabila Hj Saiful yang berjanji untuk turun ke masjid Adtec beberapa minggu lepas untuk menyelesaikan kemelut imam ini gagal turun dan menunaikan janji.

Isu menamatkan imam ini masih lagi tergantung. Abdul Kadir dan 3 sahabat beliau telah membuat perjumpaan dengan salah seorang AJK surau di sebuah Restoran Muhamad Bistro agar menarik balik isu pemecatan tetapi menurut ahli jawatan kuasa tersebut jika nak selesaikan masalah ini semua kenalah berdepan dengan pegawai di Ipoh.

PETIKAN DARI MEDIA PAS

Isu ini akan disambung dengan temubual video.....

bersambung/........