Isnin, 22 April 2013

Dap semakin biadap seperti abang besar atau diktator



Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng adalah seorang diktator. Mahir hanya dalam bahasa cina, bahasa Inggeris dan Melayu beliau sungguh memalukan sebagai seorang pemimpim.

Isu DAP dengan RoS jelas menunjukkan betapa DAP gagal menyelesaikan isu penting, dan apabila ROS ambil tindakan yang mengikut peruntukan undang-undang.

Bila ROS bertindak terhadap aduan yang mereka terima daripada ahli Dap sendiri, DAP dengan mudah meuutar belit cerita kononnya ia jadi mangsa pembunuhan politik.

Isu CEC DAP bukan masalah BN dan BN tiada sebab untuk campurtangan.

Masalah ditimbulkan oleh ahli-ahli DAP sendiri dan RoS hanya bertindak sebab ada aduan dari ahli-ahli DAP.

Semua calon-calon DAP di Melaka adalah pilihan LGE dan isteri sehinggakan ramai tak puas hati. Ramai calon DAP akhirnya bertanding atas tiket bebas.

DAP gemar melabel BN dan UMNO sebagai rasis. LKS dan LGE sebenarnya dua orang rasis terbesar dalam Malaysia.

Pentadbiran LGE di P Pinang bolehlah disimpulkan sama dengan Kim Jong Il di Korea Utara. Belum jadi Tuhan namun sudah berlagak macam Tuhan.

Tindakan LGE & isteri menyibuk di Melaka menimbulkan kemarahan ahli-ahli DAP. Mereka rasakan pendapat pimpinan DAP. Melaka diketepikan oleh LGE & isteri beliau.

Sementara itu, Pengerusi DAP Karpal Singh memberikan tempoh 24 jam kepada calon-calon bebas DAP untuk meminta maaf, jelas menunjukkan sikap kuku besi pemimpin-pemimpin DAP.

Ini lagi satu sikap samseng, kenapa calon bebas perlu mohon maaf daripada Dap?

Ini negara demokrasi, sesiapapun boleh bertanding maa.

Di Taiping, Nga Kor Ming sibuk mainkan isu rasis. Beliau menuduh Dato Tan Lian Hoe hanya membantu kaum Cina sahaja dan mengabaikan kaum lain iaitu kaum India.

Kor Ming berbuat demikian sebagai cubaan untuk meraihkan sokongan orang India yang sudah beralih kepada BN.

Kor Ming cuba menidakkan bantuan-bantuan yang diberikan oleh Dato Tan kepada masyarakat India.

Nga sepanjang 5 tahun menjadi wakil rakyat, tak ada apa satu bantuan yang beliau berikan, hadir ke Taiping hanya untuk merasmikan sukan Tadika Pasti, hadir majlis berkhatan disurau dan untuk ceramah bagi mengutip tabung pilihanraya.

Kor ming telah dilabelkan sebagai ular yang pandai menipu, rakan sendiri pun (Yew Tian Hoe) sanggup ditipu inikan pula pengundi seperti kaum India.

Nga Korming diakui sendiri oleh Yew sebagai ahli parlimen pemalas dan tidak buat kerja, dia hanya tahu membuat fitnah dan menipu sahaja.

Nga bukan manusia tetapi seekor ular yang sangat bahaya.