Khamis, 25 April 2013

Nizar Jamaluddin kena taji dengan budak UNIMAS di Taman Damai Simpang

Gila kah aku?

Malam tadi bertempat di sebuah rumah ahli Pas di Taman Damai Simpang Parlimen Bukit Gantang, Pas telah mengadakan satu ceramah politik untuk kempen PRU 13.

Dalam ceramah tersebut, Nizar telah bercakap mengenai penghapusan tol lebuh raya dan penghapusan bantuan PTPTN.

Bagaimanapun ceramah beliau telah diganggu oleh seorang mahasiswa yang sedang bercuti di rumahnya. Pelajar tersebut telah menjerit kepada Nizar " Apa barang nak mansuhkan PTPTN?" Ia menyebabkan Nizar menghentikan ceramah beliau dan pergi untuk berdebat dengan pelajar tersebut.

Tanya Nizar " Kenapa kamu suka sangat dengan PTPTN?" Jawab pelajar tersebut " Kerana PTPTN lah saya orang yang miskin dapat masuk IPT. Kalau dimansuhkan PTPTN bagaimana orang miskin nak dapat kewangan untuk belajar di unversiti, kalau Pas memerintah, PTPTN dimansuh, bagaimana pula orang miskin nak masuk IPT?"

Hari ini ratusan ribu pelajar berlajar diuniversiti dan IPT telah dibiayai oleh PTPTN." Kerajaan hanya mampu membantu sebahagian kecil sahaja pelajar cemerlang dengan biasiswa JPA bukan semua boleh dan layak diberikan biasiswa. Mansuh PTPTN bererti peluang orang miskin untuk ke IPT akan tertutup rapat. Hanya anak orang kaya sahaja yang layak ke IPT.

Nizar gagal untuk meneruskan hujah lalu keluar dari rumah tersebut. Banyak lagi lah hujah-hujah pelajar tersebut yang gagal dipatahkan oleh Nizar.

Pagi tadi pula, penduduk Taman Damai menyedarai bahawa gambar calon iaitu gambar YB Datuk Rosli Husin yang baru diterima dari logistik telah hilang dari bilik gerakan mereka dan taman tersebut , setelah dicari gambar tersebut ditemui semula di tempat pembuangan sampah yang berhampiran dengan taman tersebut. Oleh itu satu laporan polis telah dibuat dan suspek adalah mereka yang bersama dengan Nizar di ceramah tersebut.

Petang ini didapati bendera BN telah banyak berkibar di taman tersebut dan bendera Pas berkurangan, mungkin diturunkan oleh penduduk taman tersebut yang tidak berpuas hati dengan cara Nizar berkempen.