Isnin, 20 Mei 2013

Batalkan kontrak kerajaan dengan Air Asia dan kembali kepada MAS

kembalikan hak kepada MAS

Sejak beberapa tahun lepas, banyak jabatan kerajaan telah diarahkan menggunakan perkhidmatan penerbangan Air Asia untuk kaki tangannya yang membuat penerbangan dengan menggunakan warrant ticket  kononnya syarikat tersebut menawarkan tambang murah dan menjimatkan kos kerajaan.

Hakikatnya tidak ada penjimatan dalam penerbangan Air Asia, kos yang dikenakan hampir sama dengan Malaysia Airline System. Penumpang tiket kerajaan diletakkan dalam kategori  hot sit. Hanya yang istimewa ialah penumpang tidak perlu berbaris panjang seperti penumpang lain semasa menaiki kapal terbang. Makanan juga telah ditetapkan mengikut menu dan had muatan luggage juga percuma 20kg untuk seorang.

Tidak ada keistimewaan lain dalam menaiki Air Asia malah ia membawa satu mimpi atau kerisauan yang menakutkan.

Antara kerisauan ialah kita terpaksa datang awal ke terminal tambang murah jika terlewat 5 minit tiket kita akan dibatalkan begitu sahaja tanpa ada belas kasihan dan tanpa ada pertimbangan kenapa terlewat. Kerisauan kedua ialah had masa berhenti sebelum penerbangan semula ialah 30 minit sahaja.

Ketiga ialah penumpang hot sit  pun terpaksa berjalan untuk naik ke pesawat, kalau pesawat letaknya 700 meter maka terpaksalah menapak 700 meter walaupun sakit, demam atau bertongkat. nak dapat kerusi roda bukan percuma, terpaksa bayar lagi dengan kos yang mahal.

Oleh itu TM berharap pihak kerajaan dapat menarik balik semua arahan  tentang penggunaan perkhidmatan syarikat ini dan kembali ke asal iaitu MAS.

Hari ini pun KLIA semakin sunyi kerana kekurangan penumpang dan terminal tambang murah sudah macam pasar malam kerana ramai yang mengharapkan penerbangan tambang murah untuk makan angin ke luar negara.

Biarlah Air Asia dengan tambang murah penerbangan makan angin, urusan kerajaan balik lah semula ke MAS.  Itulah yang diharapkan oleh ramai kakitangan kerajaan.