Khamis, 23 Mei 2013

Karpal Singh cuba musnahkan perlembagaan negara sekali lagi.


Satu ketika dahulu sebelum Karpal Singh lumpuh, beliau pernah memperlekehkan Perlembagaan Persekutuan dengan melemparkan buku perlembagaan tersebut ke lantai Dewan Rakyat, akibat daripada itu, beliau telah ditampar oleh Pak Kiai Arshad kerana menghina raja-raja melayu dan perlembagaan persekutuan.

Baru-baru ini Karpal sekali lagi terjatuh dari kerusi roda semasa diangkat naik ke pentas untuk berceramah. Kini kebiadapan terserlah lagi kerana kenyataan beliau mahu menghapuskan Dewan Senat atau dikenali sebagai Dewan Negara. 

Justeru,

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan Karpal mempersoal dan mempolitikkan peranan Dewan Negara jelas cuba menafikan kuasa Perlembagaan negara. Usaha DAP memansuhkan Dewan Negara diketahui sejak dahulu lagi dan kali ini kami mahu tindakan tegas diambil terhadap Karpal berhubung isu tersebut.

Menghapuskan dewan Senat atau dewan negara bererti menghapuskan kuasa rakyat.Tindakan Dap jelas menunjukkan mereka ingin mengembalikan kuasa sosialis demokratik pro komunis ke dalam pentadbiran negara, kini mereka juga sedang menghasut rakyat supaya menolak sistem Raja-Raja Melayu dan penghinaan paling ketara akhir-akhir ini ialah kepada Sultan Johor

Dewan Negara

Dewan Negara ialah Senat bagi Persekutuan Malaysia. Ia bertindak sebagai dewan perwakilan rakyat yang tertinggi di Malaysia. Dewan Negara merupakan salah satu daripada dua dewan dalam Parlimen, satu lagi dikenali sebagai Dewan Rakyat.

Seramai 70 ahli Dewan Negara atau Senator di mana hanya 26 daripada 70 yang dipilih melalui pengundian oleh negeri dengan 2 Senator setiap negeri di Persekutuan dan 44 lagi dilantik dan dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong. 

Tugas Dewan Negara ialah mengkaji semula dan meluluskan rang undang-undang yang dibawa naik oleh oleh Dewan Rakyat. 

Kedua-dua dewan perlu meluluskan rang undang-undang yang dibuat sebelum akhirnya dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk perkenan Baginda. 

Dewan Negara mempunyai kuasa dan pengaruh yang lebih besar dalam soal suatu Rang Undang-undang yang bertujuan membuat pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan. 

Dewan Negara mempunyai kuasa untuk menolak dan membatalkan sebarang Rang Undang-undang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan kelebihan suara/majoriti 2/3 dalam Dewan Negara dan Dewan Rakyat pada bacaan kali kedua dan kali ketiga. 

Pindaan Perlembagaan Persekutuan Perlembagan Persekutuan bukan sahaja mesti diluluskan oleh majoriti 2/3 di Dewan Rakyat sahaja tetapi juga mesti diluluskan dengan majoriti 2/3 di Dewan Negara Dewan Negara 

Dewan Negara berhak menggunakan kuasa vetonya jika Rang undang-undang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan itu ditolak. kuasa veto yang dipunyai oleh Dewan Negara berkenaan Rang Undang-undang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan telah di peruntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.


Individu yang dilantik mesti berjaya mencapai kepujian dalam kerjaya, perniagaan, industri, pertanian, aktiviti kebudayaan atau khidmat sosial atau wakil dalam kaum-kaum minoriti atau berkebolehan dalam mewakili kepentingan pribumi (Orang Asli)"

Setiap daripada perhimpunan legislatif 13 negeri memilih dua (2) Senator. Tempoh jawatan adalah 3 tahun dan Senator-Senator hanya boleh dipilih sekali sahaja, berturut-turut atau pun tidak. 

Yang Di-Pertuan Agong melantik dua Senator bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu lagi pada Wilayah Persekutuan Labuan di bawah nasihat Perdana Menteri. 44 Senator yang lain, tidak merujuk kepada negeri, dilantik oleh Sultan, juga atas nasihat Perdana Menteri.

Untuk kelayakan, calon mestilah seorang warganegara Malaysia yang tinggal di Persekutuan, mesti tidak muflis menurut perintah kepada sebarang negeri luar, mesti tidak menerima hukuman penjara selama setahun atau lebih, dan mesti tidak disaman RM2,000 atau lebih. 

Ahli Senat tidak merasa sebarang kesan pilihan raya sepertimana rumah lebih rendah iaitu Dewan Rakyat, dan mereka akan terus memegang jawatan meskipun pembubaran Dewan Rakyat untuk suatu pilihan raya.