Langkau ke kandungan utama

Harun Din kata demo Blackout seperti perhimpunan di Mekah!

Timbalan Mursyidul Am Datuk Dr Haron Din menyifatkan rakyat di negara ini layak untuk keluar berhimpun secara aman membantah dakwaan penipuan pilihan raya umum bulan lalu.
 
Beliau membayangkan perhimpunan yang kerap dilakukan pembangkang umpama umat Islam berhimpun di Mekah, lapor Harakahdaily.
 
Haron berkata beliau menyokong sebarang perhimpunan aman selagi ia tidak mencetuskan sebarang malapetaka walaupun PAS sebelum ini menolak cadangan itu.
 
"Lagipun, Islam dan perlembagaan negara membenarkan perhimpunan secara aman. Seperti juga kita berhimpun pada hari Jumaat. Itu juga dinamakan sebagai demonstrasi tetapi diadakan secara aman. Sama juga perhimpunan besar di Makkah. Perhimpunan aman saya sokong," kata beliau.
 
Pakatan pembangkang enggan mengiktiraf kemenangan Barisan Nasional (BN) dengan majoriti mudah 133 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen lalu mengajak rakyat seluruh negara untuk turun berhimpun menolak keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
 
Beberapa siri perhimpunan yang diberi nama 'Blackout505' diadakan di seluruh negara berjaya mengumpul jumlah besar rakyat yang majoritinya berbangsa Cina mendakwa berlaku penyelewengan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengendalikan PRU13.
 
Antara dakwaan-dakwaan termasuk dakwat kekal yang mudah ditanggalkan, mengimport pengundi hantu, jumlah kertas undi yang dikeluarkan melebihi pengundi dan gambar insiden 'lampu padam' yang masih gagal dibuktikan kesahihannya.
 
Sehubungan dengan itu kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil inisiatif meletakkan SPR di bawah satu jawatankuasa khas Parlimen dwi-partisan untuk tujuan pemantauan.
 
Namun setakat ini pembangkang enggan menyatakan sebarang komitmen terhadap cadangan tersebut malah berhasrat untuk memboikot majlis angkat sumpah sidang Parlimen ke-13 pada 24 Jun ini.
 
SPR menipu pengundi 
 
Haron dalam pada itu mendakwa SPR telah 'menipu' pengundi berhubung kredibiliti dakwat kekal yang digunapakai pada pilihan raya umum lalu.
 
Katanya istilah dakwat kekal yang didakwa mampu bertahan untuk tempoh tertentu bagaimanapun gagal dibuktikan oleh SPR. Justeru membangkitkan persoalan sama ada wujud unsur penipuan.
 
"Polis mempunyai kapasiti menyiasat siapa yang menipu siapa dalam kes tersebut. Pembekal membekalkan dakwat tidak kekal sedangkan dinamakan sebagai dakwat kekal. Ertinya pembekal menipu SPR. 
 
"Kalau SPR memesan dakwat tidak kekal tetapi menamakan dakwat kekal, maka SPR menipu kerajaan dan pengundi," katanya.
 
Pada hari mengundi 5 Mei lalu, Haron yang merupakan calon PAS kawasan Parlimen Arau antara individu yang membuat laporan polis berhubung dakwat yang dicalit ditangannya tidak kekal selepas membuang undi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ulasan

  1. Assalamualaikum

    Jual dan beli produk di laman web www.produkmuslim.info
    Sokongan anda amat dihargai

    Terima kasih

    BalasPadam
  2. INILAH CONTOH ULAMA YANG MEMBAWA KEHANCURAN UMMAH....BILA HATI ULAMA TIDAK DIPIMPIN..CAKAP-CAKAP MEREKA LEBIH MEMBAWA KEROSAKKAN....

    BalasPadam
  3. aiyaaa... semakin songsang puak2 ularmak pas ni...

    lepas ni puak2 pas tak payah pegi mekah sbb taraf berhimpun jalanan bersama dgn puak2 kafir ni dah sama taraf dgn ke mekah.. sembahyang jumaat pun tak ke masjid, cukup berhimpun dijalanan sbb dah sama taraf gak.. besar pahala diorang dapat tu.. tapi ada ke dalam al quran mengatakan berhimpun dijalanan, selain berhimpun dimekah/ hari jumaat, sama taraf dgn..??
    besar pahala yeop... kalau mati mati syhid tu.. kepada negara2 yg rakyatnya miskin tak perlu ke mekah, cukup datang ke malaysia berhimpun dah sama seperti pegi haji ke mekah..

    fuhhh... yooo.. hanya ularmak2 pas saja yg layak keluar patua utk menyamakan perlakuan amal ibadat dgn perlakuan yg lain2..

    nafsu politk punya pasal habis semuanya disama tarafkan seperti ibadat..

    semakin sesat puak2 ni.. hukum hakam/dosa pahala betul2 ditangan ularmak2 songsang pas...

    hanya kerana mereka2 ini berserban/berjubah/berjanggut dan ada sedikit ilmu maka mereka merasakan sudah cukup besar dan maha tinggi serta zujud dan maha maksum dan bagi mereka2 ini merasakan sudah layak utk mengeluarkan apa saja patua walaupun songsang utk menyamakan apa saja tindakan songsang mereka bagi menghalalkan segala perbuatan nafsu serakah mereka sehingga amal ibadat pun dihina dan disama ratakan dgn perhimpunan dijalan2 raya..

    mereka2 inilah perosak dan ularmak2 agama diakhir zaman..

    pas semakin sonsang dan sesat.. balasan Allah swt semakin nyata keatas pas..

    BalasPadam
  4. Nauzubillah..apa dh jadi ngan alim ulamak ni? Sama ke jamaah jumaat dgn prhimpunan sentuh kulit amoi dn buka aurat? Adakah ini penyakit nyanyok politik yg telah bertukar tuan? Apa nk jadi ngan melayu? Islam dilelong murah.. Astaghfirullah.

    BalasPadam
  5. akhir zaman ni, apa yg nak diharapkan dgn org yg boleh berinteraksi dgn JIN.

    BalasPadam
  6. dia nak ganti pok nik doh

    BalasPadam
  7. Harun Din bahalul.Nak jadi ular dalam semak jugak dia- ularmak.

    BalasPadam
  8. dah gila ke? tak tau nak beza antara yg baik dan buruk? ahli agama islam apa benda ni? orang yg tak bersekolah pun tau membezakan antara baik dan buruk.

    BalasPadam
  9. Gila dah berjangkit,, dari Tok Guru turun kerr H Din

    BalasPadam
  10. Dulu aku respect dia tapi aejak gilakan pangkat dunia ni aku dah hilang respect. Takan harun din bodoh sangat samapai tak tahu apa yg berlaku masa 505 blaxkout event. Penuh penipuan, fitnah dan adu domba dan maksiat. muhasabah la harun din, jujutla pada diri, masyarakat dan Allah.

    BalasPadam
  11. kadang2 ckap mcam alim..ilmu tk kurang..hebat..tapi ckap kadang2 masaallah..masaallah..hentam kromo..lari jauh menyimpang..kiasan pun tk sesuai pada tpt nya..aseek aseek..nk kait kan dgn Islam, mesti mau ingt..tk smua org Islam itu party Pas..

    BalasPadam
  12. Adakah sama niatnya beramai-ramai ketika berada di Bumi Melah dan berhimpun beramai-ramai membuat demo. Perbuatan di Mekah kerana Allah SWT tetapi himpunan jalanan ini untuk apa?? Harun Din??? Sama ke tarafnya??Jangan libatkan Allah didalam menghalalkan 'tujuan' politik PAS.

    BalasPadam
  13. MOHD FADZLI KULIM HI TECH9 Jun 2013 11:05 PG

    Inilah yang saya selalu takutkan..sejak saya mula mengenal orang bernama manusia sejak tahun 80an...
    ULAMAK JADIAN YANG DIRESAPI JIWA SYAITAN...MENGHASUT ORANG RAMAI DAN PENGIKUT DGN BERMACAM-MACAM PERUMPAMAAN DAN HUJAH2 YANG SANGAT DANGKAL, BODOH, KELIRU, JIWA KACAU....AJARAN SYAITAN KAH INI....BERCAKAP LAH SELALU DGN SYAITAN WAHAI HARON DIN

    BalasPadam
  14. INILAH KALAU SYAITAN NAK TOLONG PUN KITA TERIMA...NIK AJIS. 2x5 Aaron jIN

    BalasPadam
  15. Inilah mslahnya bila ulama kejar kuasa politik semuanya boleh bg mbenarkn pbuatan mereka. Prlu diingati berkumpulnya umat islam di mekah adalah atas niat yg bgtu suci utk ibadat bg menunaikn perintah ALLAH SWT yg trcatit dlm rukun islam sedangkan perhimpunan pmbngkang atas niat utk mghuru harakn negara jd tiada asas utk mnyamaknnya.. wallahualam,

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perihal Elaun Keraian Kakitangan Kerajaan

ELAUN KERAIAN
BAGI pegawai-pegawai kerajaan gred 43 ke atas, mereka di peruntukkan dengan elaun keraian yang merupakan sebahagian daripada pendapatan mereka. Elaun minima RM400 sebulan di kecualikan daripada cukai pendapatan.

Imbuhan Tetap Keraian yang diberikan kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai tertentu dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional merupakan elaun yang dibayar atas kadar tetap secara bulanan.

Tujuan pemberian Imbuhan Tetap Keraian adalah sebab jawatan dan tanggung jawab pegawai memerlukan mereka meraikan tetamu bagi mewujudkan suasana ramah mesra. -- FAQ SSM oleh JPA

Namun pada kebiasaannya, Imbuhan Tetap Keraian ini hanya digunakan untuk meraikan diri sendiri ataupun keluarga sendiri sahaja ataupun untuk membayar hutang-hutang peribadi sahaja.

Andai kata ada tetamu yang datang ke pejabat dan mereka di jamu, itu adalah dari perbelanjaan pejabat. Malahan ada pejabat yang membayar makan minum tetamu yang diraikan di hotel/restoran menggunak…

#SIAPA_ARAH_BUNUH_ALTANTUYA?

(By: Ariff Ahmad)
Walaupun Kerajaan Australia telah bersetuju untuk membenar Sirul dibawa pulang ke Malaysia tetapi reaksi Mahathir terhadap isu tersebut adalah seperti dia tidak berminat untuk membenarkan Sirul Azhar pulang ke Malaysia (sila rujuk FAKTA 1).  
Mengapa Mahathir tidak berapa bersetuju dengan cadangan tersebut. Untuk memahaminya, maka kita perlu rujuk kepada sejarah pembelian kapal selam tersebut.
Mengikut siasatan saya, Rancangan untuk membeli kapal selam telah mula dibahas di Parlimen seawal tahun 1993 lagi (sila rujuk pada beberapa SCREENSHOT HANSARD dibawah). Persoalannya ialah, jika Mahathir sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan berkata dia tidak tahu tentang rancangan hendak membeli KAPAL SELAM, jadi apa yang Mahathir buat semasa isu tersebut dibahas di Parlimen. DIA TIDUR AGAKNYA  
Ini adalah fakta-fakta tentang siapa yang terlibat didalam pembelian kapal selam Scorpene
👉1) Yang mencadangkan pembelian kapal selam ialah
a) Mokhzani Mahathir dan 
b) Ibrahim M…

APA SEBENARNYA TUN MAHATHIR MAHU?

TS Zeti dan Tun Daim telah mengakui ekonomi negara kekal kukuh dan rezab simpanan negara mempunyai rm436 billion, tertinggi dalam sejarah negara!
Terbaru Tun Mahathir telah membuat kenyataan yang mana 1MDB ...penubuhan siasatan diRaja ( RCI ) tidak perlu kerana tiada bukti kukuh untuk disabitkan kesalahan pada Najib.
Kini semuanya sudah nyata dan jelas..100% sebelum ini isu2 tersebut telah di politikkan kerana ada sesuatu yang tersembunyi hanya Najib dan Mahathir sahaja yang mengetahui.
Dulu Mahathir kata Najib dan kerajaan BN perlu ditumbangkan untuk menyelamatkan negara dari MUFLIS  dan juga tak mahu aset2 negara dijual ke negara luar. 
Malah dengan konsisten mengatakan Najib penyamun dan pencuri harta rakyat serta mengayakan keluarga mereka.
Hanya 5 hari sahaja Mahathir dapat kuasa..segalanya sudah terjawab hanya dengan kenyataan Zeti dan Daim sahaja.
Adakah Mahathir jujur dengan perjuangan agama bangsa dan negara?
Dalam sejarah satu permainan politik yang amat kotor...fitnah, pembohongan…