Meminta Penjelasan Kerajaan PR Selangor Mengenai 2.09 Ekar Tanah Untuk Pembinaan Masjid
1. 1sya.com difahamkan bahawa terdapat sebanyak 2.09 ekar tanah dalam pelan pembangunan di peruntukkan untuk pembinaan Masjid di Damansara Perdana.
2. Mengikut pengetahuan 1sya.com, pemaju awal di kawasan yang berkaitan adalah MK Land dan MK Land sudah pun menghantar town planning mereka yang menepati perundangan komersial di sesebuah kawasan iaitu 1/3 daripada sebarang pembangunan mesti dikhaskan kepada pembangunan tanah komuniti . Terdapat sebanyak 2.09 ekar tanah dalam town planning tersebut adalah peruntukkan tanah kepada pembinaan masjid di Damansara Perdana.
3. Persoalan kini , mengapakah tanah untuk pembinaan masjid tersebut digunakan untuk pembangunan komersial ? Keadaan ini hanya berlaku apabila berlakunya pertukaran pemaju daripada MK Land kepada Mamoooth Empiree ?
4. Adakah terdapatnya proses pembatalan town planning yang pada mulanya ada peruntukkan untuk pembinaan Masjid telah bertukar menjadi pembangunan komersial ? Adakah terdapatnya pertukaran tanah untuk pembinaan masjid di kawasan lain ? Apa yang sebenarnya berlaku dalam isu ini ? Mengapa sesebuah tanah untuk membina masjid tiba – tiba hilang ?
5. Tanah yang pada awalnya dikhaskan untuk pembinaan masjid kini sudahpun berlakunya proses pembinaan komersial ( tidak dapat dipastikan untuk pembangunan apa ).
6. Rakyat Malaysia berharap satu penjelasan dapat diberikan kerana isu ini adalah sangat sensitif dan sekiranya benar tanah tersebut sepatutnya adalah demi pembangunan masjid maka kita berharap pembangunan komersial tersebut dapat dihentikan dengan serta merta.
7. Sekirannya benar isu ini maka Pakatan Rakyat diseru supaya jangan sesekali mencabar hak tanah rakyat , komuniti dan agama demi komersial semata – mata.
8. Bagaimana pun pembinaan sebuah tok pekong cina ( terbesar di PJU) diteruskan di sebelahnya.