Sabtu, 13 Julai 2013

PRK KUALA BESUT: PAS TIDAK ISLAMIK

Amat ganjil apabila Pas mempertikai akan pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut di adakan di bulan Ramadhan. Pas yang kononnya sebuah parti yang berteraskan Islam dilihat obses dengan PRK cara ganas dan penuh unsur-unsur negatif di beberapa PRK sebelum ini. Dengan kehadiran bulan Ramadhan telah menyebabkan mereka termangu seketika dan terus menyalahkan SPR. Keganjilan Pas telah diterjemahkan di dalam satu artikel dalam HARAKAH berjudul  'PRK bulan puasa, SPR sengaja sulitkan PAS'.
Ramadan adalah bulan bagi umat Islam menunaikan ibadat puasa. Umat Islam akan menyemarakkan kehadirannya dengan pelbagai ibadat lain. Jadual umat Islam sepanjang Ramadan selalunya sangat padat dengan ibadat-ibadat khusus, seperti bertadarus al-Quran, berzikir, beristighfar, bertarawih, qiyamullail dan seumpamanya.

Fokus ibadat itu tidak sepatutnya dialihkan kepada aktiviti politik. Namun, dalam kes di Kuala Besut ini, keadaan itu sudah tidak dapat dielakkan. Kesengajaan SPR memilih tarikh-tarikh tersebut untuk PRK ini agak mendukacitakan. Seolah-olah sudah tidak ada tarikh lain lebih sesuai dalam kalendar tahunan badan tersebut. Seolah-olah juga SPR tidak mengambil kira kepentingan memanfaatkan bulan Ramadan untuk ibadat-ibadat khusus tadi.
Sejarah telah membuktikan, bahawa Ramadhan adalah bulan kesabaran sekaligus bulan perjuangan. Ini terbukti dengan beberapa peristiwa besar yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w dan zaman pemimpin Islam yang lain.

Di zaman Rasulullah S.a.w, Perang Badar, Perang Khandaq, Fathu Makkah, dan Perang Tabuk terjadi di bulan Ramadhan. Puasa tak menyurutkan semangat juang para sahabat.

Di zaman Salafussoleh, ada peristiwa Penaklukan Andalusia, Kekalahan Tentera Salib, Kekalahan Tentera Mongol, dan lainnya, itu pun berlangsung di bulan Ramadhan. Lapar dan haus tak mengerdilkan mimpi mereka dalam menegakkan kalimatullah di bumi ini.