Sabtu, 27 Julai 2013

SK Pristina Sungai Buloh : Guru Besar Dikhianati oleh staf sendiri

Polis menerima 18 laporan daripada ibu bapa, orang awam dan juga guru serta kakitangan sekolah yang tidak berpuas hati mengenai isu penggunaan bilik persalinan sebagai tempat makan di sebuah sekolah di Sungai Buloh, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Junaidi Bujang berkata kebanyakan laporan yang diterima menyatakan tindakan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Saujana Utama yang telah menempatkan pelajar bukan Islam makan di dalam bilik persalinan sekolah itu, adalah salah.

Ini termasuk dua laporan polis iaitu seorang daripada guru sekolah itu, dan satu lagi daripada kerani sekolah, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata tiga laporan dibuat pada hari kejadian, 10 laporan pada keesokan harinya, empat dibuat semalam dan satu hari ini di Balai Polis Saujana Utama.