Jumaat, 30 Ogos 2013

MUSLIHAT TERAKHIR ANWAR UNTUK BEBAS DARI KES LIWAT

Apakah muslihat Anwar?

Adakah kerana gentar dengan kes liwat yang akan masuk fasa akhir,  kita semua maklum rayuan peguam Saiful telah membuat rayuan di Mahkamah Rayuan pada 17 dan 18 September 2013. Anwar mungkin sudah terasa bahawa beliau bakal merengkok dalam penjara buat kali kedua. Jadi untuk membolehkan beliau bebas, Anwar mengharapkan Najib menerima beliau ke dalam kerajaan dan sekaligus menggugurkan kes liwat.


Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dalam perutusan sempena Hari Kemerdekaan negara ke-56 berkata, pembangkang bersedia menerima keputusan pilihan raya umum ke 13 (PRU13), dan ini sekali gus memberikan isyarat kesediaannya untuk memulakan rundingan perpaduan dengan kerajaan.
Anwar turut menggesa pertemuan segera diadakan antara Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) bagi membincangkan masalah negara.
“Titik pertemuan BN dan PR perlu segera dicari bagi menyelamatkan negara di samping menyeru melupakan kesalahan masing-masing sempena hari kemerdekaan negara esok,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya.
Ketua Umum PKR itu berkata, meskipun PR mendapat undi majoriti rakyat, namun mereka bersedia melupakan ketegangan dan penyelewengan yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa pilihan raya 5 Mei lalu.
Beliau berkata, antara topik yang boleh dibincangkan bersama ialah membabitkan isu kaum dan agama yang mencetuskan ketegangan akhir-akhir ini; masalah ekonomi negara yang semakin merudum dan masalah jenayah yang semakin membimbangkan rakyat di seluruh negara.
Katanya, perbincangan juga harus menyentuh aspek urus tadbir kerajaan bagi membasmi rasuah dan keadilan dalam pemberian tender.
“Datuk Seri Najib Razak harus terbuka untuk berbincang kerana banyak dasar dan program yang boleh disepakati bersama. Pendekatan PR untuk mengajak BN berbincang bukan bagi membentuk sebuah kerajaan perpaduan tetapi perbincangan terbuka yang biasa diamalkan kerajaan demokrasi.
“Kami mahu perubahan yang adil bagi memastikan negara mengamalkan prinsip demokrasi. Ini kerana pendedahan Fitch Ratings baru-baru ini perlu dipandang serius oleh kerajaan kerana kira-kira RM20 billion setahun dapat dijimatkan jika urus tadbir ekonomi negara dilakukan dengan cara yang baik.
“Bagi mencapai hasrat itu, maka penting kerajaan BN mengurangkan defisit fiskal serta menangani rasuah serta telus dalam pemberian tender,” katanya.
Beliau berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus diberi kebebasan sepenuhnya bagi menyiasat pembabitan rasuah tokoh besar di samping pihak polis digesa untuk menjalankan siasatan mengikut lunas undang-undang yang ditetapkan.
Anwar berkata, kerajaan harus segera menghentikan kegiatan menghasut rakyat menggunakan media arus perdana serta tidak menggunakan badan bukan kerajaan (NGO) sebagai alat bagi menyampaikan propaganda kerajaan.
“Dalam usia kemerdekaan negara mencecah 56 tahun, negara masih berdepan dengan isu polarisasi kaum dan menghadapi bibit perpecahan dalam agama. Masyarakat sepatutnya dididik untuk menjadi lebih matang bukan didedahkan dengan agenda politik sedemikian.
“Kita harus bertanya adakah hari ini Perlembagaan Persekutuan subur diamalkan dalam negara atau sudah ada pencabulan terhadap kanun negara itu,” katanya yang menyifatkan pemimpin BN masih enggan belajar dari sejarah negara yang lalu.
Perdana menteri sebelum ini berkata, PR perlu bersedia menerima keputusan PRU13 sebelum perbincangan dimulakan. - 30 Ogos, 2013.

Akhir kata, jangan lah percaya dengan pujuk rayu setan ini, beliau wajar dihumban jauh daripada mengganggu gugat negara.  

6 ulasan:

  1. Hehe....nak terjun lobang lg ke.....hahaha..

    BalasPadam
  2. Semua perpecahan yang berlaku dikalangan Melayu dalam UMNO, PKR dan PAS sekarang disebakan oleh Anuar , Nik Aziz serta Hj Hadi Awang. Nasi dah jadi bubur, tapi nasib baik orang Melayu dah matang berpolitik dan segala perencanaan petualang2 agama dan bangsa ini dapat dipatahkan dalam PR13.Kalau tidak Mqalaysia dah lama jadi Iraq,mesir dan Libya.Kita harap petualang2 ini dihukum oleh ALLAH semasa masih hidup di dunia ini. Kita berdoa agar Melayu bertaut kembali kedalam Islam yang sejati melalui kesatuan AHLIL SUNAH WAL JAMAAH....Amin.

    BalasPadam
  3. Assalam Bro

    Pembohong tu... SPR tetap jadi kambing hitam... Nak bincang masalah negara... boleh bincang kat PARLIMEN...Ketua Umum PKR itu berkata, meskipun PR mendapat undi majoriti rakyat, namun mereka bersedia melupakan ketegangan dan penyelewengan yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa pilihan raya 5 Mei lalu. Orang BODOH aje yang masih percaya cakap dia...

    BalasPadam
  4. NUAR NAK BINCANG MASAALAH NEGARA ?
    BUKANKAH DIA YANG BUAT MASAALAH NEGARA.
    JELAS ORANG GOBLOK.
    MINTA NAJIB BIJAK BACA MUSLIHAT NUAR.

    BalasPadam
  5. Tak ada ANUar tu..amanlah Malaysia. Black Out 505 pun dah completely Black Out. Setuju..ucapannya adalah untuk mengelak kes mahkamah..Tak sabar nak tengok Video yg diserah oleh Dato' Nala kpd Mahkamah..he..he..

    BalasPadam
  6. Pembangkang begitu yakin perjuangan mereka benar kerana kata para pemimpin mereka sepatutnya mereka yang menang PRU-13 baru-baru ini. Kekalahan mereka kerana penipuan SPR-kononnya berlaku blackout dibeberapa tempat semasa pengiraan undi. Dan ada 40,000 pengundi Bangla telah dibawa masuk oleh SPR untuk menjadi pengundi hantu. Dan dakwat yang diguna oleh SPR tidak kekal, boleh dibasuh dengan sabun cap kapak je!

    Dan yang lebih hebat, pemimpin mereka mendakwa sebenarnya mereka menang kerana mendapat undi popular lebih 50%, sedangkan BN dapat undi popular tidak sampai 50%. Walaupun hakikatnya BN mendapat 133 kerusi, sedangkan dema hanya mendapat 89 kerusi!

    Dengan pembohongan dan putarbelit itu, para pemimpin mereka mengajak mereka supaya mengadakan himpunan haram, dan pemimpin mereka berjanji akan memboikot majlis angkat sumpah Dewan Rakyat konon atas prinsip kerana membantah pilihanraya konon dicabuli!

    Sedangkan kalau ditanya dema mana bukti ada berlaku blackout semasa PRU-13, dema pun akan terkedu tak boleh nak jawab. Malah yang mendakwa berlaku blackout pun dah mengaku itu cerita rekaan!

    Kalau ditanya mana bukti 40,000 Bangla datang mengundi, mana bukti Boeing 747 sebanyak 100 buah terbang keluar masuk daripada Dhakka-KLIA untuk bawa masuk 40,000 Bangla ni; dema pun akan geleng kepala tahu itu adalah sesuatu yang mustahil!

    Kalau ditanya dema mana bukti yang dakwat kekal itu boleh dicuci; mana bukti pengundi yang berjaya menyuci dakwat itu boleh mengundi semula; dema sendiri pun tahu bukti itu tidak ada!

    Walaupun tahu dakwaan berlaku blackout, 40,000 pengundi Bangla dibawa masuk, pengundi dakwat kekal boleh mengundi semula semuanya adalah dakwaan palsu dan tidak boleh dibuktikan, penyokong tegar dan taksub ini tetap gagal menggunakan otak mereka dan kekal berada dalam keadaan saperti kaldai dicucuk hidung percaya bulat-bulat apa yang didakwa oleh para Peliwat Democrazy dema!

    BalasPadam