Orang Cina pula lain sikap mereka, walaupun menjual air tebu dengan motosikal roda tiga, perniagaan mereka didaftarkan dan mereka menyimpan wang dalam bank. Oleh itu kita tidak hairan bagaimana seorang peniaga air batu dengan hanya menggunakan motosikal roda tiga mampu memiliki rumah teres yang harga ratusan ribu ringgit. Puncanya ialah sikap mereka yang lebih profesional dalam perniagaan mereka.
"Bertahun-tahun kami kumpul duit untuk membina rumah, tetapi tidak sampai satu jam rumah musnah dengan sekelip mata'.
Kata-kata itu diluahkan salah seorang penghuni setinggan berhampiran Jalan 1/48A, Bandar Baru Sentul, di sini Suhopi Husin, 55, yang kediamannya dirobohkan dalam operasi yang dijalankan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PPTGWP) baru-baru ini.
Sambil melahirkan rasa terkilan dengan kejadian itu, dia mengakui kediaman yang dibina dengan nilai RM50,000 musnah tanpa sempat diduduki mereka sekeluarga.
"Tanah yang menempatkan rumah kami memang bukan milik kami.
"Tetapi tetapi sebagai manusia di mana timbang rasa dan belas kasihan pihak bertanggung jawab terhadap kami apabila tempat berteduh kami dirobohkan tanpa budi bicara," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Suhopi yang berniaga kecil-kecilan sambil dibantu isterinya, Fauziah Endin, 46, berkata, sebelum rumah tersebut disiapkan tiada sebarang notis amaran dikeluarkan agar kerja-kerja pembinaan dihentikan.
"Apa yang mengecewakan selepas rumah siap dibina, pihak bertanggung jawab terus merobohkan rumah kami hanya dengan dua hari notis pengosongan," ujarnya.
Pada 1 Ogos lalu, sebanyak tujuh buah rumah setinggan di kawasan berkenaan dirobohkan dalam operasi yang dilaksanakan PTGWP.
Utusan Malaysia difahamkan, ada antara penduduk tidak sempat mengeluarkan barangan mereka kerana tempoh pengosongan yang terlalu singkat serta ketiadaan penghuni di rumah.
Penduduk tersebut menerima notis itu bertarikh 30 Julai lalu yang meminta rumah-rumah terlibat dikosongkan selewat-lewatnya pada 31 Julai sebelum operasi meroboh dijalankan sehari kemudian.
Tambah Suhopi, dia kini buntu memikirkan nasib yang menimpa mereka sekeluarga dan terpaksa terus menyewa di flat berdekatan dengan sewa RM550 sebulan.
Sementara itu, Fauziah berkata, 1 Syawal yang berlalu minggu lepas langsung tidak memberi sebarang makna buat mereka sekeluarga kerana impian untuk berhari raya di rumah baharu itu tidak tercapai.
Menurutnya, dia berasa sedih tindakan pihak berkuasa yang merobohkan kediaman mereka tanpa mengikut prosedur sepatutnya dan memperlakukan mereka seolah-olah pendatang asing.
"Setahu saya kerja-kerja perobohan hanya dilakukan dalam tempoh 14 hari selepas notis diberikan, situasi kami pula berbeza tidak sampai dua hari notis diberi rumah kami dirobohkan.
"Tambahan pula ketika kerja-kerja meroboh dilaksanakan kami berada di Melaka menziarah saudara sakit," luahnya.
Katanya, laporan polis juga sudah dibuat bagi membolehkan mereka mengambil tindakan undang-undang untuk menuntut ganti rugi yang terpaksa ditanggung.
"Lebih mengecewakan, siling yang dipasang di rumah itu juga belum habis dibayar dan kini terpaksa berhutang kerana perlu mengumpul duit terlebih dahulu," ujar dengan nada sedih.
Akhirnya penduduk setinggan ini terpaksa juga menyewa flat dengan sewaan RM 550 sebulan.