Gula ( per kg) harga sebenar RM 2.84 yang dibayar pengguna RM 2.50. Subsidi kerajaan 34 sen
Tepung Gandum ( per kg) harga sebenar RM 2.06, yang dibayar oleh pengguna RM 1.35. Subsidi 71 sen
Minyak Masak (per kg) harga sebenar RM 4.75 yang dibayar pengguna RM 2.50. Subsidi RM 2.25
Petrol RON 95 (per liter) harga sebenar RM 2.73, yang dibayar pengguna RM 2.10. Subsidi 63 sen.
Diesel (per liter) harga sebenar RM 2.80, Pengguna bayar RM 2.00. Subsidi kerajaan 80 sen
LPG ( 14 kg) harga sebenar RM 52.14. Pengguna hanya bayar RM 25.54. Subsidi kerajaan RM 25.54.
Sebab itu 6 barang tersebut menjadi barang yang di seludup keluar secara haram ke negara jiran.
Terdapat pengusaha stesen minyak dan orang perseorangan membeli minyak pada harga subsidi dan menjualnya semula ke kilang dengan harga yang lebih tinggi. Begitu senangnya mereka membuat duit secara haram dan mengkhianati kerajaan.
Keenam-enam barang kawalan ini hendaklah dihapuskan subsidi secara perlahan-lahan. Kerajaan perlu meniru negara jiran yang membiarkan barang ditentukan oleh pasaran dunia.
Ekonomi negara jiran lebih baik dan kukuh daripada kita. Bila nilai ringgit rendah berbanding negara jiran, puak-puak pembangkang mengutuk kerajaan kononnya tidak pandai menjaga ekonomi. Biarlah kerajaan tak pandai jaga ekonomi asalkan tidak zalim seperti pembangkang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.