Selasa, 1 Oktober 2013

CEC DAP:   “2576 – 845 – 17 = 20 Pemenang Asal”?

 
Ayat Matematik di atas adalah contoh bagaimana Pemilihan semula CEC DAP dijalankan sehingga membawa keputusan yang 'tidak lari jauh' dari keputusan terdahulu.  Walaupun keputusan ini berjaya memberi kelegaan kepada parti itu, namun ia tetap tidak mampu menyelamatkan air muka Guan Eng dari jatuh selaras dengan undiannya yang jatuh ke tangga ke 5. 
 
Untuk pengetahuan semua, 2,576 adalah jumlah perwakilan yang layak mengundi dalam CEC DAP.  Bagaimanapun, 845 perwakilan telah tidak hadir dan menjadikan jumlah yang hadir pada Kongres Pemilihan Khas pada 29 September lalu hanyalah 1,731 sahaja. 
 
Dari jumlah itu, 6 orang tidak mengundi lalu menjadikan jumlah perwakilan yang mengundi hanyalah 1,725.  Adalah difahamkan, dari jumlah 1,725 ini terdapat juga 'pengundi hantu' dari kalangan mereka yang telah dipecat dari parti termasuk Jenice Lee. 
 
Dari situ pula, 17 dari 68 calon yang bertanding menarik diri di saat akhir.  Ini menjadikan jumlah yang bertanding hanyalah 49 orang sahaja. 
 
Dan dari 49 orang ini, hanya 20 orang yang perlu dipilih oleh 1,725 perwakilan untuk menganggotai Jawatankuasa Pusat parti DAP.  
 
Walaupun menarik diri di saat akhir bukanlah sesuatu yang melanggar undang-undang, namun kita tidak dapat mengelak dari mengesyaki adanya sesuatu yang tidak kena apabila jumlah yang menarik diri itu begitu ramai iaitu hampir 1/3. 
 
Begitu juga dengan jumlah ketidakhadiran yang jauh lebih ramai dari jumlah mereka yang tidak menerima notis mesyuarat sebelum ini iaitu 753 orang. 
 
Lebih pelik lagi apabila undi Zairil melonjak ke tangga 12 sedangkan kemenangannya sebelum ini juga difahamkan atas manipulasi dari kiraan semula.  Malah, kita difahamkan bahawa Zairil sendiri terkejut dengan kemenangannya.  Tidak cukup dengan itu, DAP juga tidak serik mengambil sikap keterlaluan dalam menonjolkan Zairil sebagai Melayu sedangkan beliau adalah 100% Cina! 
 
Maka tidak hairanlah apabila masih terdapat suara-suara lantang yang marah serta rungutan tidak puas hati di kalangan ahli-ahli DAP walaupun pemilihan semula telah pun selesai dijalankan. 
 
Walaupun ahli-ahli DAP ini mungkin tidak dapat membuktikan adanya sesuatu yang tidak kena, namun kita pasti, mereka kini telah belajar sesuatu yang menyakitkan berkenaan parti yang disokong mereka.  Hakikatnya, parti DAP adalah parti rasis, chauvinis yang dipimpin secara diktator oleh keluarga Lim dan Singh. 
 
DAP adalah sebuah parti yang tidak mungkin berlaku jujur dan tidak mungkin akan berani bersaing atas dasar meritokrasi dengan sebenar-benarnya.  Ketahuilah bahawa selagi boleh, puak-puak DAP ini akan memanipulasi, menipu dan melakukan apa saja untuk 'menang' walaupun mulut mereka tidak henti-henti melaungkan keadilan, ketelusan dan kesamarataan. 
 
Untuk ahli-ahli DAP terutama dari kaum bukan Cina untuk terus menyokong parti itu, mereka semestinya berada dalam dunia khayalan atau pun buta sepenuhnya. 


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.