Isnin, 7 Oktober 2013

Kubur 'TIPU' Mat Indera sepi tanpa kunjungan Ustaz Akmal dan Mat Sabu

Setelah pembohongan kubur Mat Indera yang kononnya sentiasa berbau harum dibongkar ole krew Taipingmali awal tahun lalu telah menunjukkan hasil hari ini.
Jika dahulu kubur ini di naik taraf dengan membuat kepuk, benteng untuk mengelakkan tanah runtuh serta meletakkan papan tanda sumbangan Pas kawasan Batu Wilayah Persekutuan, kini kubur tersebut sepi dan terbiar.
Ketika Mat Sabu dan Ustaz Akmal Kamaruddin calon Pas Larut mula mengadakan cerita tentang kubur ini, setiap minggu kubur tersebut dikunjungi oleh pemimpin Pas dan setiap minggu terdapat rombongan menggunakan bas sewa khas dari seluruh negara terutama dari Parti Pas.
Hari ini TM melapangkan masa untuk melihat kubur palsu tersebut ternyata sudah tidak seceria dan sebersih dahulu, malah pokok kemboja yang meneduhi kubur tersebut juga sudah hilang, kemudia TM naik ke atas bukit tersebut untuk melihat kubur sebenar Mat Indera dan jelas menunjukkan binaan ala jirat cina masih kekal di situ.



Sekian...