Sabtu, 12 Oktober 2013

Sah! Penumpang Twin Otter tidak memakai talipinggang keselamatan

Pesawat jenis Twin Otter MASwings yang merempuh sebuah rumah di Kampung Sin San di sini kelmarin didakwa terlanggar pelepah pokok kelapa menyebabkan ia berpusing-pusing sebelum terhempas.

Salah seorang penumpang, Junani Bladi, 53, memberitahu, akibat kejadian tersebut dia terhumban ke depan menyebabkan tangannya terseliuh manakala bahagian belakang badan pula terasa sakit.

Prosedur penerbangan , penumpang dan anak kapal dikehendaki memakai tali pinggang keselamatan semasa hendak berlepas, mendarat dan semasa cuaca buruk. Tali pinggang hanya boleh ditanggalkan apabila lampu isyarat dimatikan.