honda S660 |
Toyota |
Honda Hybrid |
Terlebih model |
Elektrik |
Perlukah kereta ini berada dalam KLIMS? |
Perlu? |
Ruang yang besar untuk kereta klassikAmerika |
HARGA kenderaan hibrid kemungkinan akan meningkat sekiranya kerajaan memutuskan untuk tidak melanjutkan pengecualian duti import dan eksais ke atas kereta hibrid yang akan tamat pada akhir tahun ini.
Seorang penganalisis industri automotif berkata, apa yang diketahui mereka setakat ini adalah insentif bagi kenderaan hibrid yang dinikmati pengeluar kenderaan jenama asing sekarang tidak akan dilanjutkan oleh kerajaan.
“Sebaliknya, kerajaan dijangka memberikan insentif cukai kepada kenderaan hibrid yang dipasang dalam negara (CKD) tetapi bukan lagi kepada kenderaan hibrid yang diimport siap dipasang (CBU),” katanya ketika dihubungi, semalam.
Katanya, ini bermakna mana-mana kenderaan hibrid yang diimport selepas 1 Januari 2014 akan dikenakan duti import dan eksais, menjadikan harga kenderaan hibrid import yang dijual di negara ini jauh lebih mahal berbanding sekarang.
Sementara itu, penganalisis MIDF Research pula berkata, status pelaksanaan insentif cukai untuk kenderaan hibrid belum diketahui buat masa ini sehinggalah Dasar Automotif Nasional (NAP) diumumkan, tahun depan.
“Jika insentif cukai itu tidak dilanjutkan, kesannya adalah harga bagi kenderaan import hibrid akan meningkat,” katanya.
Harap insentif cukai hibrid kekal
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia Mohamad Madani Sahari berkata, pihaknya berharap insentif cukai itu akan terus dilanjutkan selari hasrat kerajaan mempromosikan Malaysia sebagai hab serantau untuk kenderaan hibrid dan kenderaan cekap tenaga (EEV).
“Kita tunggu sahaja apabila NAP diumumkan pada pertengahan Januari tahun depan,” katanya ketika diminta mengulas kemungkinan insentif cukai itu dilanjutkan atau sebaliknya.
Sebelum ini, penganalisis dan pemain industri automotif mempersoal status insentif cukai bagi kenderaan hibrid selepas tiada sebarang pengumuman dibuat mengenainya pada pembentangan Bajet 2014, bulan lalu.
SEDIKIT KOMEN ATAU NOTA KAKI ATAU NOTA LUTUT,
Setakat hari ini, hanya Honda dan Toyota sahaja yang mengambil peluang memperkenalkan model hybrid, pun begitu honda terlebih dahulu mencuba secara CKD untuk model Jazz, manakala Civic, Crz dan Insight masih di import dari Jepun secara CBU.
Insentif jualan tanpa cukai akan berakhir hujung tahun ini dan ia tidak perlu disambung memandangkan sudah cukup tempoh 3 tahun untuk memperkenalkan model hybrid ke pasaran tempatan.
Pengeluar kereta perlulah berusaha untuk memasarkan kenderaan ini secara CKD kerana ia lebih menguntungkan ekonomi negara. Insestif perlu lebih banyak diberikan jika kenderaan tersebut di pasang secara CKD.
Proton dilihat cuba memperkenalkan kereta elektrik sepenuhnya dan kenderaan elektrik telah pun diguna oleh jabatan kerajaan di Lembah Kelang.
Proton pula ketinggalan dalam memperkenalkan enjin hybrid kerana ketiadaan teknologi dan mengharapkan dana kerajaan untuk membantu membangunkan enjin hybrid dan sehingga hari ini belum ada kata putus dari pihak kerajaan. Proton sudah hampir 30 tahun usianya masih lagi belum mampu berdikari dan masih mengharapkan gabungan atau merger dengan pengeluar dari Jepun dan China untuk memperkenalkan model baru mereka.
Tun Mahathir satu ketika dahulu pernah membeli Agusta, Agusta merupakan syarikat pengeluar motosikal terhebat dari Italy, Agusta menghadapi masalah pemasaran dan Tun Mahathir melihat ia satu peluang untuk Proton dan mengembangkan teknologi enjin dan pengeluaran kenderaan trike yang kini menjadi kegilaan di Eropah.
Sayang seribu kali sayang kerana Agusta dijual begitu sahaja oleh pihak yang tidak berpandangan jauh dan ia mengundang kemarahan Tun dan Tengku Mahalel. Nasi sudah jadi bubur, mujurlah Proton masih mengekalkan Lotus, boleh juga melariskan jualan Suprima, Satria dll.
Baru-baru ini satu pameran auto atau KLIMS 13 telah diadakan di PWTC, jelas menunjukkan usaha Volkswagen, Peugeot, Citroen dll telah berlumba-lumba memasarkan kenderaan mereka sesuai dengan teknologi semasa. Tidak hairan jika tahun-tahun akan datang rakyat akan beralih kepada model Eropah kerana keselesaan dan teknologi dan akan mengancam kereta CKD Jepun dab Korea seperti Toyota, Nissan, Kia dan Hyundai.
KLIMS kali ini kurang menyerlah kerana ketiadaan penyertaan Proton dan Naza. KLIMS 10 Naza menguasai ruang kereta mewah dan motosikal, tahun ini terasa sunyi tanpa Naza. Begitu juga dengan ketiadaan Volvo dan BMW, amat terasa sedikit kurang dalam kemeriahan auto show bertaraf dunia. Klims hanya lebih banyak show amoi atau model sahaja bukannya kereta baru. Kenderaan konsep juga amat sedikit jika di bandingkan dengan Tokyo Auto Show yang sedang berjalan. Diharapkan Klims akan datang penganjur jangan lupa menjemput syarikat pengeluar motosikal untuk mempamerkan kenderaan mereka.
Penganjur Klims kali ini menyatakan mereka menghadapi masalah ruang, oleh itu Proton tak ada tempat. Masalah ruang tidak timbul sekiranya penganjur tidak membenarkan syarikat aksesori mempamerkan jualan mereka, penonton mahu melihat kereta bukan aksesori kereta. Begitu juga dengan ruang yang besar diberikan kepada kereta funny car yang menunjukkan kreativiti mereka menghias kereta, kereta driff, kereta antik, kereta wrap, semuanya tidak sesuai untuk dipamerkan dalam Klims.
Sekian