Selasa, 17 Disember 2013
Sediakan Pelan Strategi bukan merungut tentang kos sara hidup yang meningkat
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan menyuarakan kebimbangan golongan belia berhubung isu kenaikan kos sara hidup semasa mesyuarat Kabinet, pada Rabu.
"Saya mengambil maklum apa yang dibangkitkan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) yang mewakili semua belia di luar sana berhubung kos sara hidup. Saya akan suarakan kerisauan golongan belia ini pada mesyuarat Jemaah Menteri Rabu ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang II Penggal ke-29 2013-2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.
Khairy berkata tiga perkara pokok bagi golongan belia di negara ini ialah kos sara hidup, rasuah dan kejadian jenayah.
"Perkara ini perlu dibangkitkan di peringkat Jemaah Menteri supaya tidak ada tekanan dalam kalangan rakyat," katanya.
Beliau mengulas ucapan Presiden MBM Mohamed Maliki Mohd Rapiee yang membangkitkan kebimbangan dan kerisauan golongan belia berhubung peningkatan kos sara hidup.
Mohamed Maliki turut menyatakan kebimbangan golongan belia berhubung Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) yang dijangka dilaksanakan pada 2015.
"Golongan belia ingin tahu mengenai kadar fiskal, kadar cukai dan lanskap serantau kesan daripada komuniti ekonomi itu," katanya.
Terdahulu, Khairy dalam ucapannya berkata Kementerian Belia dan Sukan sedang dalam proses semakan semula Dasar Pembangunan Belia Negara (1997) bagi menghasilkan Dasar Belia Malaysia (DBM) yang lebih mantap dan komprehensif.
"Semakan semula dasar ini sedang diperkemas dan diperinci dengan mengambil kira penambahbaikan dan penyesuaian dengan peredaran masa kini serta dasar-dasar utama negara.
"Cadangan DBM juga dirangka agar menepati keperluan dan suara hati belia Malaysia," jelasnya.
Mengenai Parlimen Belia Malaysia (PBM), Khairy berkata sehingga kini, seramai 147,514 orang belia sudah mendaftar sebagai pemilih, iaitu 73.48 peratus daripada 200,000 sasaran minimum yang ditetapkan.
"Pemilihan untuk Anggota Parlimen Belia dijangka pada Februari 2014 dan persidangan akan diadakan pada April 2014. Saya menyeru kepada semua agar bersama-sama membantu promosi Parlimen Belia yang akan berakhir pada 31 Dis ini," katanya. - BERNAMA
Visit website
NOTA LUTUT
Peningkatan harga barang akan terus berlaku, kos sara hidup akan terus meningkat. Ini perkara biasa. 10 tahun lalu, 30 tahun lalu, 50 tahun lalu, 100 tahun lalu, barang semua murah tetapi kuasa membeli amat kecil.
Masih ingat lagi, awal 70an dan 80an sebuah Honda cub bawah 100cc harganya bawah RM 800.00 tetapi berapa ramai yang mampu memilikinya.
Sekati gula putih ( 600 gram) berharga 15 sen pada tahun 60an sebelum perang Israel -Arab, bila harga gula mula meningkat kepada 30 sen ia mencetuskan suasana panik seketika, namun ia kembali normal selepas beberapa bulan,
Tahun 70an kereta sport MG boleh isi minyak RM 1.00 atau RM 2.00 untuk ronda waktu petang pada hujung minggu.
Ingat kembali kisah hidup cikgu yang dilakonkan oleh Tan Sri P. Ramlee dalam filem berjudul "Masam-masam manis", gaji guru RM 13.00 sebulan, untuk mencari duit lebih P. Ramlee terpaksa kerja di kelab malam. Tak mampu untuk beli sebuah vespa. Kini kehidupan cikgu sangat berbeza, baru keluar mengajar sudah mampu beli kereta RM 50 - 100 ribu.
Oleh itu kita tak perlu panik dengan kos sara hidup dan pening+katan harga barangan keperluan. Kebijaksaan berbelanja yang berhemah perlu diamalkan. Generasi hari ini tidak bijak menguruskan perbelanjaan kerana terdapat bermacam-macam godaan melalui iklan setiap hari, bak kata pengerusi BMB Pemuda Umno Lifestyle.
Dahulu seorang pelajar sekolah beli sebiji pemadam untuk setahun, tetapi budak-budak hari ini setiap hari sampai ke sekolah akan beli 10 pemadam untuk berjudi golek getah dan untuk diracik halus-halus untuk di baling-baling kepada rakan. Mungkin Ibdil terlibat lifestyle ini masa kecil.
Tahun 80an sebuah kereta Toyota 1.3 GL versi terakhir dijual dengan harga RM 17 ribu, Mazda 323 versi FWD hatchback berharga RM 14 ribu tetapi berapa kerat yang mampu memilikinya.
Kini sebuah Perodua Viva/ Kancil sejak keluaran pertama 1994/95, harganya tidak berubah RM 24 ribu sampai sekarang, lihat! Berapa banyak yang beli, budak lulus SRP dan kerja kilang pun mampu bergaya dengan Viva yang sarat dengan aksesori.
Kini secawan kopi di sebuah restoran mewah boleh cecah RM 20 ringgit, pun begitu setiap hari penuh sesak dengan anak muda bukan Melayu.
Agaknya kalau secawan kopi harga RM 70.00 seperti di Jepun apa pula reaksi kita?
Sekian/........