Sabtu, 21 Disember 2013

Terbaru dari Yuktes Vijay dedah kes liwat Anwar dan cabar agar beliau disaman oleh Abang Nod

Antara faktor-faktor yang dinyatakan oleh Pendakwaraya untuk memfailkan Rayuan untuk Kes Liwat 2 adalah

keraguan terhadap integriti sampel DNA yang diambil daripada Saiful

kecuaian Pegawai Penyiasat

kenyataan hipotesis oleh 'expert witness' iaitu David Wells dan Brian Macdonald

Dalam Petisyen yang difailkan, sebanyak 9 sebab telah dikemukakan oleh Pihak Pendakwaraya untuk pertimbangan semula Hakim-hakim di Mahkamah Rayuan daripada aspek undang-undang. Menurut Petisyen yang difailkan, Hakim Mahkamah Tinggi telah salah tafsir kes dan bukti-bukti yang dibentangkan berikutan kewujudan beberapa percanggahan dalam keputusan Hakim Mahkamah Tinggi sebelum itu dengan keputusan muktamadnya pada 9 Januari. 

Misalnya, jikalau integriti sampel diragui, ATAS DASAR APA Tuan Hakim menyuruh Anwar Ibrahim untuk 'enter defence'. 'Enter defence' bermaksud Pihak Pendakwaraya telah membuktikan ada kemungkinan besar Anwar Ibrahim bersalah.  

Hakim Mahkamah Tinggi dalam alasan penghakimannya pada masa tersebut telah mengesyorkan integriti sampel DNA Saiful tidak dikompromi. Oleh itu, ada asas untuk menyuruh Anwar Ibrahim untuk menjawab tuduhan ke atasnya. 
Dalam hujah-hujah yang dibentangkan oleh Peguambela Anwar berdasarkan kenyataan saksi pakar daripada Australia, soal tentang kesahihan sampel tersebut tidak menjadi hujah utama. Alasan 'break in the chain of evidence' di mana bukti-bukti yang penting untuk kes telah dikompromikan. Kita berhujah bahawa DSP Judy iaitu Pegawai Penyiasat Kes Liwat 2 adalah seorang yang tidak mempunyai integriti berdasarkan rekod lama beliau yang pernah disiasat untuk sebuah kes sebelum ini. 

Malah, DSP Judy telah melanggar peraturan IGSO iaitu Inspector General Standing Orders. Peraturan IGSO yang dilanggarnya ialah tidak mendengar arahan daripada Jabatan Kimia untuk menyimpannya dalam Lokar untuk Simpan Ekshibit Mahkamah yang digunakan untuk kes-kes yang lain tetapi telah menyimpannya dalam lokar peribadinya di dalam bilik.
Yang pelik, dia juga mengaku telah buka botol sampel untuk 'gamkan' penutup botol itu dengan lebih kemas. Ganjil! 

Secara  ringkas, sampel DNA tidak ada masalah daripada segi integriti maupun kesahihannya. Malah, sampel tersebut telah didapati padan dengan sampel DNA Anwar yang diambil daripada lokap di mana dia ditahan untuk satu malam. Memandangkan undang-undang pada masa itu memerlukan kebenaran daripada tertuduh untuk memberi sampel DNA, kita telah pertikaikan penggunaan DNA yang diambil daripada lokap. Kan Anwar Ibrahim menggigil untuk beri DNA-nya. 

Huraian di atas adalah petunjuk penting kepada sandiwara masa kini di mana Anwar cuba cari pelbagai alasan untuk tangguhkan kesnya. Mengapa Anwar meroyan begini? Gelisah pula itu!

Adakah Tan Sri Shafee faktornya? Adakah Anwar takut penglibatan Tan Sri Shafee bermaksud campur tangan UMNO? Tidak. Tidak ada asas untuk pemikiran sedemikian pun!

Anwar tidak pernah kalah kes kepada Tan Sri Shafee atas sebab-sebab yang mencurigakan. 

Dua kes yang saya terlibat secara langsung lawan Tan Sri Shafee untuk pihak Anwar adalah kes saman terhadap Khairy dan Hamzah Zainudin. Kes Khairy itu kita kalah sebab Peguam sebelum itu telah silap besar daripada aspek teknikal iaitu 'service of writ'. Kes Hamzah pula Anwar tarik balik. 

Mana campur tangan UMNO di sini?

BERSAMA PAKAR DNA BRIAN MACDONALD
Kisah sebenar di sebalik kegelisahan Anwar ialah dia tahu dia akan kalah Rayuan ini. Sebabnya adalah 9 faktor yang dikemukakan oleh Pendakwaraya untuk pertimbangan semula menyelaputi subjek dan konteks hujah-hujah yang dibentangkan oleh Sankara Nair dan diselidik oleh saya semasa kes masih di Mahkamah Tinggi. 

Hanya Sankara dan saya yang faham secara menyeluruh segala aspek teknikal dan undang-undang hujah kami. Ini kerana hujah-hujah kami terdiri daripada banyak aspek teknikal DNA dan Forensik yang tidak pernah dihakimi di mana-mana Mahkamah di Malaysia. Bukan di Mahkamah Persekutuan pun!
Karpal tidak tahu apa-apa tentangnya. Sama juga dengan RamKarpal. 

 Kini saya bukan lagi bersama Anwar dan Sankara pula tidak mewakili Anwar dalam Rayuan ini. Mengapa.Kenapa.Apa dah jadi adalah cerita untuk hari lain. Anwar Ibrahim ini satu makhluk yang tak tahu nak kenang budi. Sanggup 'hack' e-mel Peguam Peribadi sendiri untuk lihat kaitan di antara saya dan Sankara dan jika Sankara turut terlibat dengan saya dalam pendedahan wajah sebenarnya. Yang saya kesal, hubungan dengan manusia baik seperti Sankara yang putus.

Sumbangan Karpal dalam Kes Liwat 2 adalah untuk jatuh sakit dan tangguhkan kes. Dan juga untuk beri hujah politik di Mahkamah. Mereka yang tahu undang-undang dan proses Mahkamah semestinya akan tahu siapakah sebenarnya yang memenangkan Anwar Kes tersebut. Begitu ketara.

BERSAMA PAKAR FORENSIK DR DAVID WELLS
Hujah-hujah tersebut boleh dibidas hanya dengan pemahaman yang terperinci tentang aspek DNA dan Forensik. Erti kata lain, hanya Sankara Nair dan saya yang mampu nak pertahankan hujah tersebut. Atau bidasnya.

Kan penyelidikan dibuat oleh saya dan dididik oleh Brian dan David serta dibimbing oleh Sankara nair. Sankara kini bermasam muka dengan Anwar kerana mengesyakinya dam saya pula bernekad untuk menghapuskan Agen CIA ini!

Baru-baru ini Anwar menerusi salah seorang kenalan kita berdua telah suruh saya untuk tidak libatkan diri dalam Kes Liwat 2 ini. Dia tidak mahu saya bantu Tan Sri. Nak tahu jumlah wang yang saya di-offer? 300Ribu! Tunai...Di Selangor Club..Di tempat parking..

Dengar khabar juga Anwar dalam proses memujuk Sankara. Dia tidak percayakan Karpal. Itu hakikat! Akrab kan DAP dan PKR? :)

Kalaulah Anwar ini sememangnya mangsa konspirasi,
kenapa tiada saksi selain saksi pakar dan Najwan yang bekerja untuk MB Selangor masa kes..
Mana Hasanudin?
Mana Ezam?

Kenapa tak sub poena PM dan isterinya?
Kenapa tak berani masuk kandang saksi?
Mana alibi yang disebut untuk dapatkan ikat jamin?
Mana ahli ekonomi yang kononnya bersama Anwar masa itu?


Anwar dan Saiful adalah pasangan biseksual yang memang melakukan hubungan seks. Bukan saja di sini tapi di Hong Kong dan banyak lagi tempat di luar negara. Faham tak sekarang kenapa Karpal kata 'suka sama suka' di Mahkamah?


KENYATAAN SAIFUL DILIWAT BANYAK KALI DIBUANG ATAS DESAKAN KARPAL
Saiful insaf ke derhaka bukan masalah saya. Tapi dia tidak rela untuk lakukan aktiviti homoseksual dengan Anwar lagi. Namun, Anwar paksanya. Macam rogol.

Sama seperti cerita yang diberitahu oleh bekas banduan yang bersama Anwar di Sungai Buloh. Saya tidak mendedahkan identitinya kerana tidak ingin mengkompromikan masa depan budak tersebut. Namun, diberitahu dia bakal jadi saksi dalam Kes Nalla.

Guess who else might choose to be a witness in Nalla's case? ;)


Anwar Ibrahim adalah seorang biseksual yang gila seks seperti mana yang diakuinya sendiri apabila sperma Male Y dikenal pasti miliknya. Masa tu penaung untuk pakar saksi daripada Australia dah bengang gila dan enggan 'finance' Anwar lagi. Kita di barisan peguam sememangnya dah tahu fakta ini.

Male Y milik Anwar. Hanya kerana DNA diambil tanpa kebenaran, ianya tidak boleh digunakan. Sampel daripada dubur Saiful yang dipadankan dengan DNA daripada Tuala dan Berus Gigi yang ditinggalkan Anwar Ibrahim di lokap memang padan. Ini tidak dipertikaikan oleh pakar kita pun.

Saman lah. Kalau apa yang saya catit di sini adalah 'konspirasi Barisan Nasional' iaitu Alasan serta Automatik Respon untuk segala soalan yang melibatkan seksualitinya.

Pendedahan bonus..Kan hari minggu :

Anwar Ibrahim telah melakukan hubungan seks dengan seorang wanita 2 minggu sebelum melakukan ujian perubatan untuk Kes Liwat ini.  Nak tahu siapa?

Tanya Eskay. Tanya Anwar.

Anwar Ibrahim,

Saman saya. Kita berdua ada perhitungan yang belum selesai.

by Yuktes Vijay
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan