Apabila berlaku kejadian pesawat penumpang hilang dari radar ia membawa satu pengertian yang cukup besar. Pertama berlaku kejutan pada pusat kawalan udara negara dan rantau.
Mana-mana kerajaan dan syarikat tidak boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan terutama kepada media.
Apa-apa berita dan maklumat adalah hak pihak yang tertentu sahaja. Oleh sebab itu pihak Mas agak lewat membuat sidang media walaupun berita kehilangan pesawat telah disebarkan di laman sosial lebih kurang jam 6.00 dan 7.00 pagi.
Paling melucukan ialah puak parti pembangkang yang menuduh kerajaan dan Mas dengan cerita yang tak masuk akal, tanpa mengira sensitiviti keluarga penumpang yang ada dalam pesawat.
Mantan Mb Perak DS Nizar membuat lawak kononnya ada tarikan bermuda triangle baru di Laut China Selatan. Si bahalol Pas iaitu pelawak tak lalu menuduh pesawat meletup diudara dan Mas tak mahu umumkan takut rugi. Ada juga yang menuduh ia adalah tindakan pengganas militan Islam.
Kalau dalam menangani isu begini pun tak reti macam mana nak jadi pemimpin dan memerintah negara. Patutlah negeri Perak huru hara dibuatnya selama 11 bulan memerintah. Selangor pun sama, dahulu pembangkang menuduh projek Langat 2 membazirkan wang dan tidak memberi faedah kepada penduduk Lembah Kelang, tetapi kini apabila Selangor sendiri gagal dalam mengatasi masalah air, akhir akur dengan projek Langat 2 namun ianya sudah terlewat. 3 tahun lagi baru dapat merasa titisan air pertama dari Langat 2.
Di Pulau Pinang, kerajaan Bn telah merancang jambatan kedua untuk mengatasi kesesakan di jambatan yang ada, namun walaupun jambatan kedua telah dibuka dengan rasmi 1 Mac 2014 baru-baru ini, ada berita angin yang disebarkan kononnya jambatan tersebut tidak selamat digunakan kerana banyak keretakan dan permukaan jalan tidak rata, bumpi dan sebagainya. Kelmarin Tm telah membuktikan bahawa jambatan sepanjang 24 atau 26km itu adalah selamat dan terbaik keadaannya.
So kepada puak pembangkang jangan lah buat lawak bodoh, sama-samalah kita doakan akan keselamatan penumpang pesawat yang hilang dari radar tersebut.
Biarlah pihak berwajib menyiasat mengikut SOP antarabangsa. Sekian