Bandar Taiping Perak merupakan salah sebuah bandar yang tertua dan merupakan bandar warisan negara. Taiping dinamakan dengan rasmi selepas Perjanjian Pangkor pada 1874. Kini berusia 140 tahun.
Taiping juga dikenali sebagai bandar hujan atau lebih digemari dengan nama The Rain Town. Juga merupakan bandar paling lembab kerana menerima jumlah hujan tertinggi di Malaysia.
140 tahun juga penduduk Taiping penerima bekalan air terawat terawal dalam negara, disamping 33 perkara lain yang pertama dalam sejarah tanah air.
Hari ini Taiping mencatatkan satu lagi sejarah baru dan wajar dicatat ke dalam buku rekod dunia mahu pun arkib negara kerana buat pertama kali sejak 1874 atau sejak 1824 berlakunya catuan air pertama kali.
Sumber utama air bagi penduduk Taiping adalah dari sungai di Bukit Larut seperti Sungai Batu Teguh dan kemudian dari Kolam Bukit Merah yang punca airnya beberapa sungai utama seperti Sungai Kurau, Sungai Ijok dan sungai sungai lain dari Banjaran Bintang.
Menurut exco kerajaan negeri ia bukan kelemahan pengurusan seperti yang didakwa oleh ahli parlimen Dap Taiping. Kekurangan air terawat yang diproses oleh Jabatan Air Perak adalah kerana kemarau yang berpanjangan sejak 3 bulan kebelakangan ini.
Suhu panas sehingga mencecah 37° Celsius juga pernah dicatat beberapa kali di Taiping. Kekurangan hujan menyebabkan bacaan tolok air dibeberapa sungai menurun dan mengakibatkan penurunan paras air dibeberapa logi takungan memproses air terawat.
Mengapa air sungai berkurangan.
Hutan semakin berkurangan, hutan dibersihkan untuk dijadikan ladang dan kawasan pertanian. Hutan hilang upaya untuk menyerap dan menyimpan air. Setiap kali hujan air akan masuk ke sungai dengan jumlah luar biasa. Habis hujan, habis air di kawasan tadahan, air sungai kembali lesu, cetek dan tercemar dengan kesan tanah.
Kini hampir kesemua air sungai berwarna kuning bercampur lumpur. Di Taiping atau Larut Matang dan Selama, penerokaan hutan secara haram dan halal cukup menakutkan. Jika dahulu bukit kelihatan hijau kebiruan kini yang kelihatan ialah tanah-tanah merah akibat kegiatan manusia, selain hilangnya peranan hutan sebagai penyerap dan penyimpan air, kita juga kehilangan fauna. Kini di kawasan bukit atau tanah tinggi tidak kedengaran lagi bunyi-bunyi haiwan pada waktu malam dan pagi. Tiada hutan bermakna tiada lagi haiwan liar.
Faktor lain ialah kemajuan sekitar Taiping begitu pesat selepas kerajaan negeri diambil alih oleh BN daripada pembangkang. Jika kita ke Taiping kita dapat lihat sendiri begitu banyak perubahan berlaku.
Kadangkala menimbulkan tanda tanya dan persoalan mengapa tanah tanah prime land yang dahulunya milik kerajaan negeri dan persekutuan kini diperolehi oleh pemaju. Contoh ketara ialah di sekitar Jalan Muzium Hulu, Jalan Istana Larut, Jalan Tupai dan lainnya.
Mungkin juga JBA dan PBT terlepas pandang unjuran-unjuran kerana tidak menjangka akan kemajuan yang mendadak di Taiping.
Apa pun marilah kita lihat keratan-keratan akhbar dan blog berikut. Yang pasti satu lagi titik sejarah terukir di Taiping.